KDB + E-Pembelajaran – Teknologi dan Anda & Paper Folding Art : Youtube Origami

Tarikh : 12 Januari 2020 (Ahad)
Masa : 10:00 Pagi - 12:30 T/hari
Lokasi

: Pusat Internet Ulu Sepri

Peserta

: 10 Orang

 

TUJUAN:

  • Memberi pendedahan dan pendekatan kepada komuniti setempat mengenai teknologi masa kini iaitu komputer dan internet
  • Memberi pendedahan mengenai literasi digital dan media iaitu kemampuan seseorang untuk menggunakan pelbagai media untuk mengakses, menganalisis serta menghasilkan maklumat untuk keperluan dalam kehidupan seharian
  • Melalui aktiviti E-Pembelajaran, para peserta dapat menonjolkan bakat dan kreativiti mereka dalam menghasilkan origami yang menarik
 

AKTIVITI: 

  • Petugas memberi pendedahan kepada para peserta mengenai teknologi masa kini iaitu komputer dan internet
  • Kemudian, petugas meminta salah seorang peserta untuk membuka enjin carian Google dan membuka Youtube dan mencari cara-cara untuk menghasilkan origami yang mudah dan ringkas
  • Petugas menyediakan peralatan-peralatan yang diperlukan bagi menghasilkan origami mengikut aplikasi di Youtube
  • Para peserta memulakan aktiviti mereka dengan bantuan yang minimal daripada petugas

 

Galeri Gambar


 

KDB + Latihan Keusahawanan – Mengurus Jejak Digital Anda & Junior Chef (Corndog)

Tarikh : 10 Januari 2020 (Jumaat)
Masa : 3:00 Petang - 6:00 petang
Lokasi

: Pusat Internet Ulu Sepri

Peserta

: 17 Orang

 

TUJUAN:

    • Pendedahan mengenai Panduan Etika dan Daya Bijak di Internet (mengurus jejak digital anda)
  • Pendedahan mengenai Panduan Keselamatan Di Internet (Mengenal pasti penipuan dan muslihat di internet)
  • Dapat melahirkan usahawan cilik kelahiran Pusat Internet Ulu Seperi melalui aktiviti keusahawanan Junior Chef Corndog
  • Para peserta dapat menghasilkan makanan minum petang yang mudah bersama para peserta yang lain

 

AKTIVITI:

  • Aktiviti dimulakan dengan petugas memberi penerangan mengenai panduan dan etika yang betul ketika menggunakan komputer dan internet
  • Kemudian, petugas memberi pendedahan mengenai panduan keselamatan iaitu mengenalpasti aktiviti penipuan dan muslihat yang terdapat di internet
  • Aktiviti diteruskan lagi dengan aktiviti keusahawanan – Junior Chef Corndog
  • Petugas membuka aplikasi Youtube dan mempertontonkan para peserta dengan resepi dan juga cara-cara untuk membuat corndog yang mudah dan ringkas
  • Kemudian, petugas menerangkan satu persatu bahan dan peralatan yang diperlukan bagi menjayakan kelas Chef Junior Corndog ini
  • Aktiviti keusahawanan dimulakan dengan bimbingan dan pemantauan daripada petugas
  • Aktiviti minum petang bersama para peserta yang terlibat

 

Galeri Gambar


 

Advokasi SKMM + Kelas Multimedia – Online Grooming & New Year Eve 2020 Poster

Tarikh : 04 Januari 2020 (Sabtu)
Masa : 3:00 Petang - 5:30 Petang
Lokasi

: Pusat Internet Ulu Sepri

Peserta

: 5 Orang

 

TUJUAN:

  • Memberi pendedahan kepada para peserta mengenai Online Grooming  yang menjadi tular pada masa kini
  • Mendedahkan maksud Online Grooming  kepada para peserta iaitu Grooming merupakan proses membina hubungan emosional dengan mangsa, untuk mendapatkan kepercayaan mereka untuk eksploitasi dan penderaan masa depan
  • Memberi kesedaran kepada para peserta tentang bahayanya penggunaan siber tanpa kawalan dan langkah-langkah yang perlu diambil bagi mengelakkan diri dari menjadi mangsa jenayah Online Grooming
  • Melalui aktiviti multimedia pula, para peserta dapat menghasilkan poster tahun baru 2020 mengikut kreativiti dan idea mereka yang tersendiri dengan menggunakan aplikasi Canva.my

 

AKTIVITI:

  • Aktiviti dimulakan dengan petugas memberi penerangan mengenai Advokasi SKMM iaitu Online Grooming yang merangkumi aspek :
    • -Langkah-langkah pencegahan Online Grooming yang melibatkan kanak-kanak
    • -Cara-cara berlakunya Online Grooming
    • -Taktik penyamar
    • -Tujuan Online Grooming
    • -Maksud Online Grooming
  • Kemudian, aktiviti diteruskan dengan kelas Multimedia iaitu mencipta Poster Tahun Baru 2020 dengan menggunakan aplikasi Canva.my
  • Petugas memberi penerangan ringkas sebelum aktiviti bermula
  • Aktiviti mencipta poster dimulakan dengan pemantauan daripada petugas

 

Galeri Gambar


 

KDB + Permainan Pendidikan – Maklumat Palsu & Chess Training Online

Tarikh : 05 Januari 2020 (Ahad)
Masa : 10:00 Pagi - 1:00 T/hari
Lokasi

: Pusat Internet Ulu Sepri

Peserta

: 15 Orang

 

TUJUAN:

  • Memberi pendedahan kepada para peserta agar jangan mudah untuk kongsi maklumat yang tidak sah sama ada di alam maya, aplikasi Whatsapp mahupun artikel
  • Para peserta juga diberi peringatan agar terus berhati-hati dalam mencari dan menyebarkan sesuatu maklumat yang belum pasti kesasihannya
  • Melalui permainan pendidikan Chess Training Online pula, dapat melatih para peserta untuk menjadi seseorang yang hebat dalam permainan Chess ini
  • Dapat memupuk semangat bersaing dalam diri para peserta untuk memenangi pertandingan chess ini

Para peserta dapat mengisi masa yang terluang dengan melakukan aktiviti yang berfaedah

 

AKTIVITI:

  • Aktiviti dimulakan dengan petugas memberi penerangan  mengenai aspek-aspek yang terkandung di dalam Klik Dengan Bijak – Maklumat Palsu iaitu :
    -Maksud sebenar maklumat palsu
    -Jenis-jenis maklumat palsu
    -Definisi bagi jenis-jenis maklumat palsu
    -Apakah kemudaratan yang akan berlaku jika maklumat palsu tersebar?
    -Bagaimana mahu pastikan sumber maklumat itu sahih?
  • Aktiviti diteruskan dengan permainan pendidikan iaitu Chess Online Training
  • Petugas meminta para peserta untuk membuka enjin carian google dan mencari Chess Training Online
  • Petugas memberi tunjuk ajar kepada para peserta sebelum aktiviti permainan ini dimulakan

 

Galeri Gambar


 

E-PEMBELAJARAN UPIN IPIN ADVANTURE (COLOURING)

Tarikh : 03 Januari 2020 (Jumaat)
Masa : 3:00 Petang - 5:00 Petang
Lokasi

: Pusat Internet Ulu Sepri

Peserta

: 10 Orang

 

 

TUJUAN:

  • Dapat meningkatkan kemahiran berfikir para peserta iaitu sewaktu aktiviti mewarna para peserta akan berfikir warna apa yang ingin digunakan, padanan warna dan ini akan menggalakkan para peserta untuk berfikir dengan lebih kreativiti.
  • Melalui aktiviti ini juga dapat meningkatkan kemahiran sosial dan emosi para peserta iaitu dapat membantu para peserta belajar mematuhi peraturan dan arahan.
  • Seterusnya, para peserta akan lebih fokus disebabkan mereka akan asyik dengan mewarna sambil memikirkan untuk menjadikannya lebih cantik.

 

AKTIVITI:

  • Aktiviti dimulakan dengan petugas menerangkan mengenai aktiviti yang akan dijalankan.
  • Kemudian, petugas mengedarkan bahan edaran kepada para peserta iaitu bahan edaran yang mengandungi gambar Upin Ipin Advanture.
  • Para peserta memulakan aktiviti mewarna mereka dengan dipantau oleh petugas.
  • Sesi bergambar bersama paa peserta yang terlibat.

 

Galeri Gambar