KLIK DENGAN BIJAK & E-PEMBELAJARAN – KETAGIHAN GAJET & INTERAKTIF KIDS

Tarikh : 13 November 2019 (Rabu)
Masa : 2.00 Petang – 5.00 Petang
Lokasi

: Pusat Internet Ulu Sepri

Peserta

: 7 Orang

 

TUJUAN  :

  • Memberi pendedahan kepada para peserta tentang bahana dan risiko yang akan terjadi sekiranya seseorang itu ketagihan gajet
  • Para peserta turut didedahkan dengan tips dan langkah-langkah daripada ketagihan menggunakan gajet
  • Melalui aktiviti E-Pembelajaran Interaktif Kids, para peserta dapat bermain permainan pendidikan bersama kawan-kawan yang lain
  • Melalui aktiviti ini juga dapat melatih para peserta untuk mahir dalam menggunakan komputer dan tetikus

 

AKTIVITI  :

  • Aktiviti dimulakan dengan petugas meminta para peserta untuk membuka enjin carian google dan mencari informasi mengenai ketagihan gajet
  • Kemudian, petugas memberi penerangan mengenai maksud sebanar ketagihan gajet bagi memudahkan pemahaman para peserta
  • Seterusnya, petugas memberi penerangan mengenai tips dan langkah-langkah supaya tidak terjebak dengan ketagihan gajet
  • Aktiviti diteruskan dengan kelas E-Pembelajaran Interaktif Kids dan petugas meminta para peserta untuk membuka laman sesawang www.abcya.com
  • Petugas menerangkan mengenai cara-cara menggunakan permainan pendidikan ini
  • Para peserta memulakan aktiviti permainan pendidikan mereka mengikut subjek yang telah mereka pilih

 

Galeri Gambar

KLIK DENGAN BIJAK & LATIHAN KEUSAHAWANAN – HAK & TANGGUNGJAWAB WARGA DIGITAL & IDEA PIZZA HOMEMADE

Tarikh : 08 November 2019 (Jumaat)
Masa : 2.30 Petang – 5.30 Petang
Lokasi

: Pusat Internet Ulu Sepri

Peserta

: 10 Orang

 

TUJUAN  :

    • Para peserta didedahkan dengan latar belakang MCMC
  • Petugas memberi pendedahan mengenai jenayah siber secara menyeleuruh kepada para peserta yang terlibat

Para peserta juga diberi penerangan mengenai pengawalseliaan alam siber / media baru yang melibatkan pelbagai agensi lain

  • Melalui aktiviti latihan keusahawanan pula, secara tidak langsung dapat mencetuskan minat para peserta untuk memulakan perniagaan secara kecil-kecilan dengan menggunakan Youtube sebagai platform mendapatkan dan menjana idea perniagaan

AKTIVITI  :

  • Aktiviti dimulakan dengan petugas memberi penerangan mengenai Klik Dengan Bijak – Hak & Tanggungjawab Warga Digital
  • Aktiviti diteruskan dengan petugas meminta para peserta untuk membuka enjin carian google dan mencari Resepi mudah untuk menghasilkan Pizza Homemade
  • Setelah selesai mencari resepi yang mudah dan ringkas untuk dihasilkan, petugas memberi penerangan mengenai bahan-bahan dan peralatan yang diperlukan bagi menghasilkan Pizza Homemade yang ringkas dan lazat
  • Aktiviti latihan keusahawanan menghasilkan Pizza Homemade dimulakan dengan bantuan daripada petugas
  • Aktiviti minum petang bersama para peserta yang terlibat

 

KELAS KLIK DENGAN BIJAK, PROMOSI PUSAT INTERNET & KELAS MULTIMEDIA – ASPIRASI DIGITAL, PROMOSI FACEBOOK PAGE & PORTAL PUSAT INTERNET + CANVA.COM (EDITING PICTURE)

Tarikh : 13 Oktober 2019 (Ahad)
Masa : 2.30 Petang - 5.00 Petang
Lokasi

: Pusat Internet Ulu Sepri

Peserta : 10 Orang

 

TUJUAN  :

  • Menjadikan ICT dan internet sebagai medium pembelajaran
  • Menanamkan elemen Klik Dengan Bijak semasa penggunaan komputer dan internet
  • Dapat mempromosikan Facebook Page dan Portal Pusat Internet kepada komuniti setempat
  • Para peserta dapat mempelajari cara-cara untuk mengedit gambar dan seterusnya menghasilkan kad ucapan ringkas menggunakan canva.com

 

AKTIVITI  :

  • Petugas memulakan aktiviti dengan menerangkan elemen Klik Dengan Bijak kepada para peserta
  • Seterusnya petugas membuka Facebook Page Pusat Internet  Ulu Seperi dan juga Portal Pusat Internet bagi tujuan promosi
  • Aktiviti diteruskan dengan kelas Multimedia Canva.com iaitu menghasilkan kad ucapan ringkas dan menarik
  • Petugas memberi tunjuk ajar setiap elemen yang terdapat di dalam aplikasi canva.com bagi menghasilkan kad ucapan yang menarik dan kreatif

 

Galeri Gambar

 

 

 

E-KERAJAAN – JAWATAN KOSONG SPA 8I DAN KELAS RESUME SERTA CURICULUM VITAE (CV)

Tarikh : 01 November 2019 (Jumaat)
Masa : 10.00 Pagi – 12.00 Tengahari
Lokasi

: Pusat Internet Ulu Sepri

Peserta

: 4 Orang

 

TUJUAN  :

  • Membantu para peserta untuk mengemaskini data dan maklumat mereka di Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8)
  • Membantu para peserta untuk mengisi jawatan kosong yang terdapat di SPA8i dengan mengikut kelayakan dan taraf pendidikan mereka
  • Kemudian, dapat membantu para peserta dalam menghasilkan Resume dan Curriculum Vitae (CV)  dengan menggunakan 2 kaedah iaitu menggunakan canva dan juga Microsoft Office Word

 

AKTIVITI  :

  • Aktiviti dimulakan dengan petugas membantu dan menerangkan cara-cara untuk mendaftar akaun SPA 8i di laman web https://putra2.spa.gov.my/spa8new/login.jsp
  • Kemudian, petugas memberi penerangan dan memberi tunjur ajar untuk mengemaskini maklumat mereka di Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8)
  • Aktiviti seterusnya ialah, peserta diajar menggunakan dua kaedah dalam menghasilkan resume dan curriculum vitae (CV) iaitu dengan menggunakan Canva dan juga Microsoft Office Word

 

ADVOKASI SKMM & DASHBOARD KOMUNITI – MOBILE E-WASTE + DOKTOR CILIK (PEMERIKSAAN KESIHATAN) & MY KOMUNITI

Tarikh : 12 Oktober 2019 (Sabtu)
Masa : 10.00 Pagi – 12.00 Tengahari
Lokasi

: Pusat Internet Ulu Sepri

Peserta : 4 Orang

 

TUJUAN  :

  • Peserta didedahkan dengan manfaat yang akan diperolehi jika melakukan aktiviti yang disarankan dalam Program Mobile E-Waste
  • Memupuk komuniti setempat untuk menguruskan E-Sisa Mudah Alih dengan betul
  • Dapat memupuk dan mendorong komuniti setempat untuk terus melakukan pemeriksaan kesihatan di Pusat Internet
  • Dapat mendorong komuniti setempat untuk membuat pengumuman menggunakan medium My Komuniti di aplikasi Dashboard Komuniti
  • Para peserta juga dapat mengenali peralatan-peralatan yang digunakan untuk melakukan pemeriksaan kesihatan dan secara tidak langsung dapat mendidik mereka menjadi doktor cilik

 

AKTIVITI  :

  • Aktiviti dimulakan dengan petugas meminta para peserta membuka enjin carian google dan mendapatkan maklumat mengenai  Advokasi SMM Mobile E-Waste
  • Kemudian, petugas menerangkan apa itu kempen Mobile E-Waste dan juga cara-cara yang betul bagi melupuskan sisa mudah alih dengan betul
  • Seterusnya, petugas meneruskan aktiviti dengan memperkenalkan peralatan pemeriksaan kesihatan kepada para peserta yang terlibat
  • Aktiviti pemeriksaan kesihatan dimulakan
  • Aktiviti yang seterusnya ialah, petugas membantu para peserta untuk membuat pengumuman menggunakan medium My Komuniti di aplikasi Dashboard Komuniti

 

Galeri Gambar