ADVOKASI & LATIHAN KEUSAHAWANAN – BERKONGSI SECARA BERLEBIHAN & DAPUR SI KECIL ( APAM POLKADOT)

Tarikh : 07 Julai 2019 (Ahad)
Masa : 3.00 Petang – 6.00 Petang
Lokasi

: Pusat Internet Ulu Sepri

Peserta : 14 Orang

 

TUJUAN  :

  • Dapat melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru
  • Mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain
  • Memberi pendidikan kepada pengguna internet mengenai kepentingan kawal selia kendiri
  • Dapat membantu para peserta menjana idea perniagaan melalui Youtube
  • Dapat meningkatkan kemahiran peserta dalam penyediaan makanan yang ringkas dan mudah
  • Para peserta dapat mempelajai pelbagai menu ringkas yang lain menggunakan saluran Youtube

 

AKTIVITI  :

  • Aktiviti dimulakan dengan petugas memberi penerangan mengenai advokasi Berkongsi Secara Berlebihan
  • Kemudian, petugas membuka video yang berkaitan bagi menguji kefahaman para peserta
  • Aktiviti seterusnya ialah menonton cara-cara membuat kuih Apam Polkadot menerusi saluran Youtube
  • Seterusnya mencari resepi Apam Polkadot menerusi enjin carian google
  • Aktiviti membuat Apam Polkadot bermula

 

Galeri Gambar

ADVOKASI & E-PEMBELAJARAN – ADAB KEBERSIHAN DIRI & PERMAINAN TRADISIONAL NEGERI SEMBILAN (DIY BATU SEREMBAN)

Tarikh : 06 Julai 2019 (Sabtu)
Masa : 10.30 Pagi – 1.00 Petang
Lokasi

: Pusat Internet Ulu Sepri

Peserta : 13 Orang

 

TUJUAN  :

  • Memahami maksud kebersihan diri, tubuh badan, pakaian dan alatan
  • Menyenaraikan kepentingan penjagaan kebersihan diri, tubuh badan,pakaian dan alatan
  • Menjelaskan kesan-kesan pengabaian kebersihan diri, tubuh badan,pakaian dan alatan
  • Para peserta dapat diperkenalkan dengan permainan warisan yang telah lama ditinggalkan oleh masyarakat moden kini
  • Para peserta berpeluang untuk mengenali sejarah dan latar belakang permainan tradisional ini
  • Para peserta berpeluang menghasilkan DIY batu seremban mereka sendiri

 

AKTIVITI  :

  • Petugas memberi penerangan mengenai maksud, kepentingan dan juga kesan-kesan pengabaian kebersihan diri, tubuh badan, pakaian dan alatan
  • Kemudian, petugas memulakan aktiviti penerangan mengenai permainan tradisional masyarakat Negeri Sembilan iaitu permainan Batu Seremban
  • Aktiviti yang seterusnya ialah petugas menunjukkan cara-cara menghasilkan DIY  Batu Seremban dengan menggunakan enjin carian Google
  • Aktiviti menghasilkan Batu Seremban dimulakan

 

Galeri Gambar

KELAS ADVOKASI DAN E-PEMBELAJARAN : HAK DAN TANGGUNGJAWAB WARGA DIGITAL DAN SUBJEK MATEMATIK & BAHASA INGGERIS

Tarikh : 05 Julai 2019 (Jumaat)
Masa 3.00 Petang - 5.00 Petang
Lokasi

: Pusat Internet Ulu Sepri

Peserta : 8 Orang

 

TUJUAN  :

  • Para peserta didedahkan dengan latar belakang MCMC
  • Para peserta juga diberi penerangan mengenai jenayah siber dan contoh jenayah siber yang sering berlaku kini
  • Memberi pendedahan mengenai Peruntukan undang-undang AKM98
  • Seterusnya, para peserta dapat bermain permainan pendidikan secara atas talian bagi subjek Matematik dan juga Bahasa Inggeris

 

AKTIVITI  :

  • Aktiviti dimulakan dengan pendedahan daripada petugas mengenai Advokasi Hak dan Tanggungjawab Warga Digital
  • Kemudian, petugas menerangkan mengenai contoh-contoh jenayah siber yang sering berlaku pada masa kini
  • Sesi kedua iaitu, aktiviti pembelajaran bagi subjek Matematik dan bahasa Inggeris menerusi laman web https://www.arcademics.com/
  • Para peserta memulakan aktiviti dengan dibimbing oleh petugas

 

Galeri Gambar

PERJUMPAAN KLUSTER MENARIK DI JELEBU

Tarikh : 05 Julai 2019 (Jumaat)
Masa : 9.00 Pagi – 6.00 Petang
Lokasi

: Pusat Internet Ulu Sepri

Peserta : 6 Orang

 

TUJUAN  :

  • Untuk mengadakan perbincangan berkenaan lokasi menarik untuk tujuan penggambaran / shooting dan juga bagi menghasilkan storyboard video
  • Penghasilan video ini dilakukan bagi tujuan mengkomersialkan dan mempromosikan tempat-tempat menarik yang terdapat dibawah naungan Daerah Jelebu dan terutamanya di sekitar Pusat Internet beroperasi
  • Petugas turut melakukan perbincangan mengenai teknik suntingan video yang menrik dan boleh digunakan ke dalam setiap video yang dihasilkan

 

AKTIVITI  :

  • Aktiviti dimulakan dengan petugas membuat perbincangan berkenaan lokasi-lokasi menarik  yang terdapat di sekitar Daerah Jelebu
  • Kemudian melakukan aktiviti video editing dan juga menghasilkan storyboard video
  • Aktiviti penggambaran / shooting tempat-tempat menarik

 

Galeri Gambar

KELAS DASHBOARD KOMUNITI – MEMULAKAN PERNIAGAAN (MY SHOP)

Tarikh : 03 Julai 2019 (Rabu)
Masa 2.30 Petang - 4.30 Petang
Lokasi

: Pusat Internet Ulu Sepri

Peserta : 1 Orang

 

TUJUAN  :

  • Memperkenalkan keseluruhan aplikasi Dashboard Komuniti kepada peserta yang terlibat
  • Memperkenalkan modul My Shop kepada peserta sebagai medium untuk memulakan perniagaan menggunakan atas talian
  • Melalui aktiviti ini juga dapat meningkatkan penggunaan Dashboard Komuniti dalam kalangan komuniti setempat
  • Membantu peserta mempromosikan produk perniagaan mereka melalui media sosial yang lain dan aplikasi Dashboard Komuniti My Shop

 

AKTIVITI  :

  • Petugas memberi penerangan mengenai keseluruhan modul yang terdapat di dalam aplikasi Dashboard Komuniti
  • Peserta mempelajari dan memahami fungsi internet bagi tujuan perniagaan
  • Mempelajari fungsi dan langkah mempromosi produk perniagaan melalui media sosial Facebook dan aplikasi Dashboard Komuniti My Shop
  • Peserta mengisi borang usahawan tempatan yang telah disediakan oleh petugas
  • Petugas menunjukkan tutorial cara-cara untuk memuatnaik produk ke dalam My Shop

 

Galeri Gambar