ADVOKASI SKMM + DASHBOARD KOMUNITI – MAKLUMAT PALSU + MY HEALTH & PENGURUSAN BERAT BADAN

Tarikh : 13 Disember 2019 (Jumaat)
Masa : 3:00 Petang - 5.00 Petang
Lokasi

: Pusat Internet Ulu Sepri

Peserta

: 10 Orang

 

TUJUAN :

  • Penerangan berkaitan kesan berkongsi maklumat palsu di internet dan memperolehi info yang tidak sahih .  
  • Dapat memberi kesedaran kepada para peserta kepentingan melindungi data peribadi masing-masing daripada orang lain.
  • Menerusi aktiviti My Health para peserta didedahkan dengan manfaat yang diperoleh jika membuat saringan kesihatan sekurang-kurangnya 2 kali setahun.
  • Seterusnya, para peserta didedahkan dengan cara-cara pengurusan berat badan dengan betul.

 

AKTIVITI :

  • Aktiviti dimulakan dengan petugas meminta para peserta untuk membuka enjin carian google dan mencari maklumat mengenai maklumat palsu yang terkandung di dalam elemen Klik Dengan Bijak
  • Kemudian, petugas memberi penerangan mengenai Maklumat Palsu dan bersoal jawab bersama para peserta bagi menguji tahap kefahaman mereka
  • Para peserta meneruskan aktiviti dengan menonton video yang berkaitan dengan maklumat palsu menerusi saluran Youtube
  • Aktiviti yang seterusnya ialah My Health iaitu, pengukuran berat badan, pemeriksaan tekanan darah dan juga pemeriksaan tahap gula dalam darah.
  • Aktiviti diteruskan lagi dengan memberi tips dan cara-cara pengurusan berat badan yang betul kepada para peserta

 

Galeri Gambar


  •  

 

KDB + ASAS TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI – BULI SIBER & EMAIL?APA ITU?

Tarikh : 06 Disember 2019 (Jumaat)
Masa : 2.30 Petang - 5.30 Petang
Lokasi

: Pusat Internet Ulu Sepri

Peserta

: 6 Orang

 

TUJUAN  :

          • Menerangkan keseluruhan aspek buli dalam kalangan pelajar sekolah
  • Para peserta didedahkan dengan jenis-jenis buli, faktor-faktor berlakunya gejala buli, implikasi serta cara-cara mengatasi masalah buli daripada terus berleluasa
  • Melalui aktiviti seterusnya, para peserta didedahakan dengan cara-cara untuk mencipta akaun email menggunakan akaun Gmail
  • Petugas memberi penerangan ikon-ikon yang terdapat pada paparan akaun Gmail
  • Petugas memberi pendedahan mengenai kegunaan dan kepentingan Email untuk memudahkan urusan pada masa kini

 

AKTIVITI  :

  • Aktiviti dimulakan dengan petugas menerangkan tajuk Klik dan Bijak iaitu Buli Siber

Petugas memberi pendedahan mengenai aspek :

- Maksud buli

- Jenis-jenis buli

- Implikasi buli

- Cara-cara mengatasi buli

  • Aktiviti diteruskan dengan petugas memberi penerangan mengenai cara-cara untuk membuka akaun Gmail peribadi
  • Petugas menunjukkan cara-cara untuk mendaftar akaun Gmail dengan menunjukkan cara-cara menerusi saluran Youtube bagi memudahkan lagi kefahaman para peserta
  • Tutorial mencipta akaun Gmail dimulakan dan para peserta mencuba menggunakan Email masing-masing dengan berinteraksi sesama peserta menerusi pesanan email

 

Galeri Gambar

ADVOKASI SKMM & ASAS TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI – TEKNOLOGI & ANDA + PENGENALAN KEPADA KOMPUTER DAN INTERNET BERSAMA ANGGOTA KEJURURAWATAN PKD JELEBU

Tarikh : 21 November 2019 (Khamis)
Masa : 9.00 Pagi - 2.00 Petang
Lokasi

: Pusat Internet Ulu Sepri

Peserta

: 33 Orang

 

TUJUAN  :

      • Memberi pendedahan dan pendekatan kepada komuniti setempat mengenai teknologi masa kini iaitu komputer dan internet
      • Memberi pendedahan mengenai literasi digital dan media iaitu kemampuan seseorang untuk menggunakan pelbagai media untuk mengakses, menganalisis serta menghasilkan maklumat untuk keperluan dalam kehidupan seharian
  • Peserta didedahakan dengan asas teknologi maklumat dan komunikasi yang terkini seiring dengan peredaran masa
  • Dapat mempromosikan keseluruhan kemudahan dan perkhidmatan yang terdapat di Pusat Internet Ulu Seperi kepada anggota Jururawat PKD Jelebu

 

AKTIVITI  :

  • Aktiviti dimulakan dengan petugas memberi penerangan mengenai kemudahan dan perkhidmatan yang terdapat di Pusat Internet Ulu Seperi
  • Aktiviti diteruskan lagi dengan petugas memberi taklimat mengenai Advokasi SKMM – Teknologi & Anda
  • Kemudian aktiviti diteruskan dengan petugas memberi pendedahan dan penerangan mengenai Asas Teknologi Maklumat dan Komunikasi – Pengenalan kepada Komputer dan internet
  • Aktiviti yang seterusnya ialah petugas membantu dan membimbing para peserta untuk menggunakan komputer dan internet bagi Latihan MyHDW - Penggunaan Sistem Bagi Perkhidmatan Kesihatan Keluarga Peringkat Daerah Jelebu 2019

 

Galeri Gambar

BENGKEL E-DAGANG + KLIK DENGAN BIJAK – ONLINE GROOMING & BISNES SECARA ATAS TALIAN DENGAN APLIKASI SHOPEE

Tarikh : 01 Disember 2019 (Ahad)
Masa : 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari
Lokasi

: Pusat Internet Ulu Sepri

Peserta

: 4 Orang

 

TUJUAN  :

        • Mendedahkan maksud Online Grooming kepada para peserta iaitu Grooming merupakan proses membina hubungan emosional dengan mangsa, untuk mendapatkan kepercayaan mereka untuk eksploitasi dan penderaan masa depan
        • Memberi pendedahan kepada para peserta mengenai Online Grooming  yang menjadi tular pada masa kini
        • Memperkenalkan pelbagai laman web perniagaan yang boleh diterokai oleh peserta dalam membuat urusan jual beli seperti Shopee
  • Dapat memudahkan urusan para peserta jika ingin membuat pembelian secara atas talian
  • Dapat memudahkan urusan para peserta jika ingin membuat urusan jual beli
      • Para peserta turut didedahkan dengan cara-cara untuk menggunakan ikon-ikon yang terdapat di laman sesawang Shopee bagi memudahkan urusan pembelian mereka

 

AKTIVITI  :

    • Aktiviti dimulakan dengan petugas meminta para peserta untuk membuka enjin carian google dan mencari informasi dan maklumat mengenai Online grooming dan juga Cyber Grooming
  • Kemudian petugas memberi penerangan mengenai Online grooming dan juga Cyber Grooming
  • Para peserta kemudian menonton video yang berkaitan dengan Online Grooming di saluran Youtube bagi memudahkan lagi tahap kefahaman mereka
  • Aktiviti diteruskan lagi dengan petugas meminta para peserta untuk membuka aplikasi Shopee di enjin carian google
  • Petugas menerangkan mengenai setiap aspek dan kategori yang terdapat pada aplikasi berkenaan
  • Petugas memberi tunjuk ajar kepada para peserta cara-cara untuk mendaftar akaun di aplikasi Shopee

 

Galeri Gambar

ADVOKASI SKMM & E-PEMBELAJARAN : MOBILE E-WASTE + SEBENARNYA.MY & SUBJEK MATEMATIK

Tarikh : 17 November 2019 (Ahad)
Masa : 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari
Lokasi

: Pusat Internet Ulu Sepri

Peserta

: 4 Orang

 

 

TUJUAN  :

    • Peserta didedahkan dengan manfaat yang akan diperolehi jika melakukan aktiviti yang disarankan dalam Program Mobile E-Waste
    • Memupuk komuniti setempat untuk menguruskan E-Sisa Mudah Alih dengan betul
  • Menerapkan amalan “Tidak Pasti, Jangan Kongsi” dalam kehidupan masyarakat kerana masyarakat kini cenderung untuk berkongsi apa sahaja maklumat yang diterima tanpa membuat tapisan terlebih dahulu
  • Seterusnya, para peserta dapat bermain permainan pendidikan secara atas talian bagi subjek Matematik menerusi laman sesawang Arcademics Skills Builder

 

AKTIVITI  :

    • Aktiviti dimulakan dengan petugas meminta para peserta yang terlibat untuk membuka enjin carian google  dan mencari maklumat yang berkaitan dengan Mobile E-Waste
    • Petugas menerangkan mengenai apa itu Mobile E-Waste dan juga cara-cara yang betul bagi melupuskan e-sisa mudah alih
  • Kemudian, petugas meminta para peserta untuk membuka portal sebenarnya .my dan petugas memberi tunjuk ajar cara-cara untuk menyemak kesasihan sesuatu maklumat sebelum berkongsi mengenai maklumat berkenaan dengan orang lain
  • Aktiviti diteruskan dengan  aktiviti E-Pembelajaran subjek Matematik menerusi laman sesawang https://www.arcademics.com/

 

Galeri Gambar