ADVOKASI SKMM & ASAS TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI – TEKNOLOGI & ANDA + PENGENALAN KEPADA KOMPUTER DAN INTERNET BERSAMA ANGGOTA KEJURURAWATAN PKD JELEBU

Tarikh : 21 November 2019 (Khamis)
Masa : 9.00 Pagi - 2.00 Petang
Lokasi

: Pusat Internet Ulu Sepri

Peserta

: 33 Orang

 

TUJUAN  :

      • Memberi pendedahan dan pendekatan kepada komuniti setempat mengenai teknologi masa kini iaitu komputer dan internet
      • Memberi pendedahan mengenai literasi digital dan media iaitu kemampuan seseorang untuk menggunakan pelbagai media untuk mengakses, menganalisis serta menghasilkan maklumat untuk keperluan dalam kehidupan seharian
  • Peserta didedahakan dengan asas teknologi maklumat dan komunikasi yang terkini seiring dengan peredaran masa
  • Dapat mempromosikan keseluruhan kemudahan dan perkhidmatan yang terdapat di Pusat Internet Ulu Seperi kepada anggota Jururawat PKD Jelebu

 

AKTIVITI  :

  • Aktiviti dimulakan dengan petugas memberi penerangan mengenai kemudahan dan perkhidmatan yang terdapat di Pusat Internet Ulu Seperi
  • Aktiviti diteruskan lagi dengan petugas memberi taklimat mengenai Advokasi SKMM – Teknologi & Anda
  • Kemudian aktiviti diteruskan dengan petugas memberi pendedahan dan penerangan mengenai Asas Teknologi Maklumat dan Komunikasi – Pengenalan kepada Komputer dan internet
  • Aktiviti yang seterusnya ialah petugas membantu dan membimbing para peserta untuk menggunakan komputer dan internet bagi Latihan MyHDW - Penggunaan Sistem Bagi Perkhidmatan Kesihatan Keluarga Peringkat Daerah Jelebu 2019

 

Galeri Gambar