ADVOKASI SKMM & E-PEMBELAJARAN : MOBILE E-WASTE + SEBENARNYA.MY & SUBJEK MATEMATIK |
|
Tarikh | : 17 November 2019 (Ahad) |
Masa | : 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari |
Lokasi |
: Pusat Internet Ulu Sepri |
Peserta |
: 4 Orang |
TUJUAN :
-
- Peserta didedahkan dengan manfaat yang akan diperolehi jika melakukan aktiviti yang disarankan dalam Program Mobile E-Waste
- Memupuk komuniti setempat untuk menguruskan E-Sisa Mudah Alih dengan betul
- Menerapkan amalan “Tidak Pasti, Jangan Kongsi” dalam kehidupan masyarakat kerana masyarakat kini cenderung untuk berkongsi apa sahaja maklumat yang diterima tanpa membuat tapisan terlebih dahulu
- Seterusnya, para peserta dapat bermain permainan pendidikan secara atas talian bagi subjek Matematik menerusi laman sesawang Arcademics Skills Builder
AKTIVITI :
-
- Aktiviti dimulakan dengan petugas meminta para peserta yang terlibat untuk membuka enjin carian google dan mencari maklumat yang berkaitan dengan Mobile E-Waste
- Petugas menerangkan mengenai apa itu Mobile E-Waste dan juga cara-cara yang betul bagi melupuskan e-sisa mudah alih
- Kemudian, petugas meminta para peserta untuk membuka portal sebenarnya .my dan petugas memberi tunjuk ajar cara-cara untuk menyemak kesasihan sesuatu maklumat sebelum berkongsi mengenai maklumat berkenaan dengan orang lain
- Aktiviti diteruskan dengan aktiviti E-Pembelajaran subjek Matematik menerusi laman sesawang https://www.arcademics.com/