Kelas E-Pembelajaran – Arcademics Skill Builder (Subjek Matematik)

Tarikh : 14 Ogos 2020
Masa : 3.00 Petang – 5.00 Petang
Lokasi

: Pusat Internet Ulu Sepri

Peserta

: 3 Orang

 

TUJUAN:

  • Para peserta dapat mengulangkaji pelajaran di dalam subjek  Matematik
  • Para peserta dapat belajar sambil bermain bersama rakan-rakan
  • Dapat menguji tahap kepantasan para peserta dalam menyelesaikan tugasan yang diberikan
  • Para peserta dapat melakukan aktiviti yang berfaedeah ketika mempunyai masa terluang

 

AKTIVITI:

  • Aktiviti diteruskan dengan aktiviti E-Pembelajaran bagi subjek Matematik
  • Petugas meminta peserta untuk membuka enjin carian Google dan menaip Arcademics Skill Builder
  • Aktiviti dimulakan dan peserta bebas memilih permainan pendidikan mengikut peringkat umur yang bersesuaian
  • Petugas memberi tunjuk ajar kepada para peserta yang memerlukan bantuan

 

Galeri Gambar


 

Aktiviti Riadah Petang – Live Good Life Good

Tarikh : 11 Ogos 2020
Masa : 3.00 Petang – 5.00 Petang
Lokasi

: Pusat Internet Ulu Sepri

Peserta

: 6 Orang

 

TUJUAN:

  • Melalui aktiviti ini para peserta dapat menguji tahap pengetahuan am mereka mengenai topik yang telah diplih oleh para peserta
  • Aktiviti pembelajaran menjadi lebih menarik dan interaktif yang secara tidak langsung dapat menarik minat peserta
  • Dapat memupuk semangat kerjasama dan berpasukan antara peserta semasa ingin mendapatkan jawapan yang paling tepat
  • Melalui aktiviti ini para peserta dapat menambahkan ilmu pengetahuan mengenai pelbagai aspek yang menarik

 

AKTIVITI:

  • Petugas meminta para peserta untuk membuka website https://quizizz.com 
  • Para peserta bebas memilih topik daripada subjek Bahasa Melayu yang mereka gemari dengan pemantauan daripada petugas
  • Peserta memulakan aktiviti menjawab soalan yang disediakan di laman web https://quizizz.com

Galeri Gambar


 

Advokasi SKMM – Online Grooming & Kahoot IT

Tarikh : 8 Ogos 2020
Masa :10.00 Pagi – 12.00 Tengahari
Lokasi

: Pusat Internet Ulu Sepri

Peserta

: 13 Orang

 

TUJUAN:

      • Memberi pendedahan terhadap kepentingan penggunaan internet
  • Memberi didikan dan kesedaran tentang penggunaan internet dengan bijak bagi mengelakkan daripada ditipu oleh mereka yang menyalahgunakan internet
  • Memberi pendedahan kepada para peserta mengenai kaedah untuk kanak-kanak menjadi mangsa seks secara atas talian / online
  • Memberi pendedahan bagaimana aplikasi chat dapat memberi kesan negatif terhadap kanak-kanak yang tidak berhati-hati ketika menggunakan kemudahan internet

 

AKTIVITI:

      • Aktiviti dimulakan dengan petugas memberi penerangan mengenai maksud sebenar Online Grooming
  • Peserta diberi pendedahan mengenai tujuan seseorang itu melakukan aktiviti online grooming
  • Seterusnya, peserta diberi penerangan mengenai aplikasi chat seperti Wechat, Facebook Massenger, Whatsapp, Beetalk dan Line digunakan untuk memperdaya mangsa bagi tujuan seksual, keganasan dan jenayah
  • Petugas juga menunjukkan cara bagaimana mangsa terpedaya dengan orang yang tidak dikenali melalui aplikasi chat
  • Para peserta juga menonton video yang berkaitan Online Grooming bagi meningkatkan tahap kefahaman mereka

 

Galeri Gambar


 

Aktiviti Riadah Petang – Live Good Life Good

Tarikh : 10 Ogos 2020
Masa : 4.00 Petang – 6.00 Petang
Lokasi

: Pusat Internet Ulu Sepri

Peserta

: 13 Orang

 

TUJUAN:

  • Memberi penerangan keseluruhan mengenai aktiviti sukan.
  • Memberi pendedahan kepada para peserta mengenai kepentingan untuk menjaga kesihatan diri dengan melakukan aktiviti riadah
  • Dapat mencergaskan tubuh badan para peserta
  • Dapat mengisi masa lapang para peserta dengan melakukan aktiviti yang berfaedah dan bermanfaat
  • Dapat membentuk disiplin diri yang tinggi dalam kalangan para peserta

 

AKTIVITI:

  • Aktiviti dimulakan dengan petugas memberi taklimat dan pendedahan mengenai aktiviti sukan
  • Seterusnya, petugas memberi taklimat mengenai peraturan permainan yang perlu dipatuhi iaitu permainan bola beracun dan juga bola tampar
  • Kemudian, aktiviti yang seterusnya ialah petugas meminta para peserta untuk membuat senaman ringan sebelum aktiviti dimulakan
  • Petugas mebahagikan para peserta kepda 2 kumpulan
  • Aktiviti pertama dimulakan iaitu permainan bola beracun dan ikuti aktiviti yang kedua iaitu bola tampar

 

Galeri Gambar


 

Bengkel Keusahawanan  – Perniagaan Secara Atas Talian (Shopee)

Tarikh : 7 Ogos 2020
Masa :10:00 Pagi – 4:00 Petang
Lokasi

: Pusat Internet Ulu Sepri

Peserta

: 6 Orang

 

TUJUAN:

    • Memberi penerangan mengenai peringatan untuk pembeli anda
  • Memberi pendedahan secara keseluruhan mengenai Apa itu Pusat Pemasaran
  • Memberi bimbingan dan tunjuk ajar secara langsung mengenai peralatan pemasaran

 

AKTIVITI:

    • Aktiviti dimulakan dengan memberi penerangan mengenai peringatan untuk pembeli anda iaitu Cara menikmati penghantaran percuma Shopee
    • Kemudian, petugas memberi penerangan mengenai Apa itu Pusat Pemasaran
  • Memberi gambaran keseluruhan mengenai peralatan pemasaran.
  • Tutorial dan tunjuk ajar secara langsung membuat promosi diskaun, baucar, hadiah pengikut dan pilihan tertinggi

 

Galeri Gambar