Kelas Multimedia – Teknik Sunting Imej Menggunakan 2 Kaedah Dengan Mudah Dan Cepat
Tarikh : 19 November 2020 
Masa : 3.00 Petang – 6.00 Petang
Lokasi

: Pusat Internet Ulu Sepri

Peserta

:10 Orang


TUJUAN:

  • Para peserta dapat mempelajari teknik menyunting imej yang mudah dan cepat dengan menggunakan kaedah yang betul
  • Melatih para peserta menggunakan Microsoft Office Power Point bagi tujuan menyunting imej iaitu menyunting latar belakang imej (remove background)
  • Para peserta juga mempelajari menggunakan aplikasi secara atas talian bagi tujuan menyunting imej
  • Para peserta lebih mudah untuk membuat latihan tutorial dengan berpandukan video yang diberikan

 

AKTIVITI:

  • Petugas membuat hantaran video yang bertajuk “Teknik Sunting Imej Menggunakan 2 Kaedah Dengan Mudah Dan Cepat” kepada kumpulan whatsapp Pusat Internet Ulu Seperi
  • Di dalam video berkenaan ada menunjukkan tutorial cara-cara untuk menyunting imej (remove background) dengan menggunakan 2 kaedah iaitu :
    • Microsoft Office Power Point
  • Remove Background From Image (Online)
  • Di dalam video berkenaan juga menunjukkan cara-cara untuk memuat turun imej dengan menggunakan Google Image
  • Kemudian,video dilanjutkan dengan menunjukkan cara-cara untuk menyunting imej dengan menggunakan kaedah secara atas talian iatu Remove Background From Image
  • Diakhir video menunjukkan perbandingan imej yang telah disunting dengan menggunakan kedua-dua kaedah ini

 

Galeri Gambar


 

Kelas Permainan Pendidikan – Find A Word  Search Online
Tarikh : 13 November 2020 
Masa : 12.00 Tengah hari – 2.00 Petang
Lokasi

: Pusat Internet Ulu Sepri

Peserta

:20 Orang


TUJUAN:

  • Meningkatkan tahap fokus para peserta semasa menyelesaikan aktiviti mencari perkataan yang tersembunyi
  • Menguji kemahiran berfikir para peserta dan fokus untuk menyelesaikan masalah
  • Dapat merangsang otak para peserta, melatih kesabaran dan ketabahan serta dapat meningkatkan pengetahuan tentang perkataan berkaitan
  • Para peserta dapat menambah pengetahuan kosa kata di dalam Bahasa Inggeris

 

AKTIVITI:

  • Aktiviti dimulakan dengan petugas menghantar 2 tugasan di dalam Group Whatsapp Pusat Internet  Ulu Seperi
  • Kemudian, petugas memberi penerangan cara-cara untuk menandakan jawapan dengan menggunakan aplikasi yang terdapat di dalam telefon para peserta
  • Petugas menghantar contoh-contoh untuk menandakan jawapan dengan cara yang betul
  • Para peserta diberi masa untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh petugas
  • Sesi soal jawab bersama peserta yang terlibat

 

Galeri Gambar


 

Healthy Life – Sepak Takraw
Tarikh : 2 November 2020 
Masa : 4.00 Petang – 6.00 Petang
Lokasi

: Pusat Internet Ulu Sepri

Peserta

:10 Orang


TUJUAN:

  • Melalui aktiviti riadah ini dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara para peserta
  • Dapat melahirkan komuniti yang sihat dan cergas
  • Para peserta terhindar daripada melakukan aktiviti yang tidak sihat seperti melepak dan merokok
  • Para peserta didedahkan dengan manfaat dan faedah jika melakukan aktiviti sukan
  • Memberi pendedahan kepada para peserta mengenai kepentingan untuk menjaga kesihatan diri dengan melakukan aktiviti riadah

 

AKTIVITI:

  • Aktiviti dimulakan dengan petugas memberi penerangan mengenai aktiviti yang akan dijalankan iaitu permainan Sepak Takraw
  • Kemudian, petugas meminta para peserta untuk melakukan senaman ringan bagi tujuan memanaskan badan
  • Seterusnya petugas membahagikan para peserta kepada 2 kumpulan
  • Permainan sepak takraw dimulakan dengan pemantauan daripada petugas

 

Galeri Gambar


 

Kelas E-Pembelajaran – Subjek Bahasa Melayu (Peribahasa Bergambar)
Tarikh : 6 November 2020 
Masa : 3.00 Petang – 5.00 Petang
Lokasi

: Pusat Internet Ulu Sepri

Peserta

:6 Orang


TUJUAN:

  • Pada akhir pembelajaran para peserta dapat menyatakan definisi peribahasa secara tepat
  • Para peserta dapat menyenaraikan jenis-jenis peribahasa beserta contoh
  • Mengukuhkan pemahaman tentang peribahasa yang pernah dipelajari dan yang akan dipelajari
  • Para peserta dapat memahami dan menggunakan –peribahasa yang dipelajari berdasarkan situasi

 

AKTIVITI:

  • Aktiviti dimulakan dengan petugas menerangkan mengenai kelas akan bakal diadakan
  • Kemudian, petugas membuka peribahasa bergambar di smart board
  • Para peserta perlu meneka dan menjawab peribahasa berdasarkan gambar yang ditayangkan
  • Petugas meminta para peserta untuk menerangkan maksud peribahasa bergambar tersebut beserta contoh
  • Petugas memberikan maksud sebenar peribahasa bergambar bagi meningkatkan kefahaman para peserta

 

Galeri Gambar


 

 Kelas Permainan Pendidikan – Dam Haji Online
Tarikh : 20 Oktober 2020 
Masa : 2.00 Petang – 4.00 Petang
Lokasi

: Pusat Internet Ulu Sepri

Peserta

:6 Orang


TUJUAN:

  • Dapat melatih para peserta untuk menjadi seseorang yang hebat dalam permainan Dam Haji secara atas talian
  • Dapat memupuk semangat bersaing dalam diri para peserta untuk memenangi pertandingan Dam Haji
  • Para peserta dapat mengisi masa yang terluang dengan melakukan aktiviti yang berfaedah

 

AKTIVITI:

  • Petugas meminta para peserta untuk membuka enjin carian google dan mencari Chess Training Online
  • Petugas memberi tunjuk ajar kepada para peserta sebelum aktiviti permainan ini dimulakan
  • Pertandingan permainan Dam Haji secara atas talian dimulakan

 

Galeri Gambar