TUJUAN:

  • Memberi penerangan pengenalan Google Forms  kepada komuniti setempat
  • Memberi pendedahan mengenai maksud Google Forms iaitu Google Forms adalah borang maya yang membolehkan kita mendapatkan maklumat-maklumat tertentu yang dikumpul dari responden yang telah kita tetapkan
  • Memberi pendedahan mengenai fungsi Aplikasi Google Forms iaitu memberi kelebihan dalam mengurus data serta dapat berinteraksi dengan pengguna

 

AKTIVITI:

  • Aktiviti dimulakan dengan petugas membuat hantaran video ke dalam Group Whatsapp Pusat Internet Ulu Seperi
  • Petugas memberi penerangan mengenai apa itu Aplikasi Google Forms
  • Petugas memberi pendedahan mengenai perkara-perkara yang boleh dihasilkan dengan menggunakan google forms
  • Petugas memberi penerangan cara-cara untuk membina borang kutipan data dengan menggunakan aplikasi Google Forms
  • Para peserta menjawab soalan kuiz yang disediakan oleh petugas dengan menggunakan Aplikasi Google Forms

 

Galeri Gambar


 


TUJUAN:

  • Memperkenalkan komuniti setempat dengan Aplikasi Whatsapp Web
  • Memberi tunjuk ajar kepada komuniti setempat tutorial mudah dan ringkas untuk menghantar fail / dokumen dengan menggunakan aplikasi Whatsapp Web
  • Komuniti setempat diberi pendedahan dengan asas teknologi maklumat mengikut peredaran waktu
  • Dapat memudahkan pelbagai urusan komuniti setempat bagi menghantar dokumen/fail yang penting kepada orang lain

 

AKTIVITI:

  • Aktiviti dimulakan dengan petugas menghantar video tutorial yang bertajuk “ Tutorial Log Masuk, Menghantar Fail/Dokumen dan Log Keluar di Aplikasi Whatsapp Web” kepada Group Whatsapp Pusat Internet Ulu Seperi
  • Di dalam hantaran video berkenaan, petugas menunjukkan langkah-langkah untuk membuka whatsapp Web menerusi komputer / komputer riba
  • Langkah pertama, para peserta perlu menaip Whatsapp Web di enjin carian Google dan kemudian  Scan di QR Code yang dipaparkan
  • Seterusnya petugas menerangkan elemen-elemen yang terdapat di aplikasi Whatsapp Web dan memberi tunjuk ajar cara-cara untuk menghantar dokumen/fail
  • Akhir sekali, petugas memberi tunjuk ajar cara-cara untuk log keluar daripada aplikasi Whatsapp Web tersebut

 

Galeri Gambar


 

E-Kerajaan – Cara Pengisian E-Census (Banci Penduduk 2020) Secara Atas Talian
Tarikh : 23 November 2020 
Masa : 2.40 Petang – 4.40 Petang
Lokasi

: Pusat Internet Ulu Sepri

Peserta

:18 Orang


TUJUAN:

  • Memberi penerangan dan tutorial cara pengisian E-Census (Banci Penduduk 2020) secara atas talian
  • Berdasarkan Akta Banci 1960 mewajibkan semua orang awam untuk mengambil bahagian menjawab semua soalan banci
  • Pelaksanaan banci penduduk dan perumah adalah penting bagi mengenalpasti saiz, taburan, komposisi dan ciri sosio ekonomi penduduk serta perumahan di Malaysia

 

AKTIVITI:

  • Mendapat maklumat dan penerangan mengenai Objektif Banci 2020 :
  • Mengumpul stok serta profil penduduk dan Perumahan Negara meliputi ciri-ciri demografi dan sosio-ekonomi sehingga ke peringkat gegrafi terkecil
  • Menjadi input perancangan pembangunan negara termasuk pengagihan per kapita seperti yang termaktub dalam Perlembagaan
  • Menjadi asas Anggaran dan Unjuran bagi penduduk dan tempat kediaman
  • Menjadi input penanda aras baharu dalam penyediaan indikator sosio-ekonomi 

 

Galeri Gambar


 

 Kelas  Multimedia – Tutorial mendaftar / sign up Akaun Aplikasi Canva Secara Atas Talian
Tarikh : 24 November 2020 
Masa :11.30 Pagi – 1.30 Petang
Lokasi

: Pusat Internet Ulu Sepri

Peserta

:10 Orang


TUJUAN:

  • Melalui aktiviti ini para peserta dapat mencipta akaun Aplikasi Canva mereka sendiri
  • Para peserta boleh bersama-sama membuat tutorial mendaftar akaun Aplikasi Canva sambil melihat hantaran video daripada petugas
  • Para peserta dapat menghasilkan poster, flyers, kad jemputan majlis dan lain-lain secara atas talian
  • Para peserta dapat mempelajari sesuatu yang baru dengan cara yang mudah iaitu secara atas talian sahaja (Online Class)

 

AKTIVITI:

  • Aktiviti dimulakan dengan petugas menghantar video tutorial mendaftar/ sign up Akaun Aplikasi Canva ke dalam Group Whatsapp Pusat Internet Ulu Seperi
  • Petugas memberi penerangan mengenai kegunaan aplikasi Canva ini kepada para peserta
  • Di dalam hantaran video berkenaan terdapat tutorial mendaftar akaun Aplikasi Canva dengan menggunakan 4 kaedah iaitu Sign Up With Google,sign Up With Facebook,Sign Up With Apple,Sign Up With Email
  • Seterusnya di dalam video ini juga ada menerangkan mengenai apa itu Canva dan juga fungsi aplikasi Canva
  • Memberi tunjuk ajar ringkas cara-cara untuk memilih template yang terdapat di dalam aplikasi Canva

 

Galeri Gambar


 

Kelas Multimedia Online – Tutorial Membuat Sticker Whatsapp
Tarikh : 22 November 2020 
Masa : 10.30 Pagi – 12.30 Tengahari
Lokasi

: Pusat Internet Ulu Sepri

Peserta

:15 Orang


TUJUAN:

  • Para peserta dapat menghasilkan sticker Whatsapp dengan menggunakan 2 kaedah iaitu Picsart dan juga personal sticker
  • Para peserta juga dapat menghasilkan sendiri sticker Whatsapp mengikut kreativiti mereka sendiri
  • Dapat memberi manfaat dan faedah kepada komuniti setempat
  • Dapat meningkatkan kemahiran multimedia para peserta

 

AKTIVITI:

  • Aktiviti dimulakan dengan petugas menghantar hebahan/video yang bertajuk “ Tutorial Membuat Sticker Whatsapp” kepada Group Whatsapp Pusat Internet Ulu Seperi
  • Di dalam hantaran video berkenaan, terdapat penerangan dan tutorial membuat Sticker Whatsapp mengikut kreativiti para peserta
  • Sesi soal jawab di antara petugas dan para peserta menerusi Group Whatsapp Pusat Internet Ulu Seperi

 

Galeri Gambar