E-Kerajaan – Kemaskini & Permohonan Baru Bantuan Prihatin Rakyat (BPR 2021) | |
Tarikh | : 23 Januari 2021 |
Masa | : 10.30 Pagi – 11.30 Tengahari |
Lokasi |
: Pusat Internet Komuniti Ulu Sepri |
Peserta |
: 2 Orang |
TUJUAN:
- Membantu komuniti setempat untuk mengemaskini dan membuat permohonan baru Bantuan Prihatin Rakyat (BPR 2021)
- Dapat mempromosikan kemudahan dan perkhidmatan yang terdapat di Pusat Internet Komuniti Ulu Seperi
- Dapat menarik komuniti setempat untuk berkunjung ke Pusat Internet Komuniti Ulu Seperi
- Dapat memudahkan urusan komuniti setempat untuk membuat permohonan baru BPR 2021
AKTIVITI:
- Aktiviti dimulakan dengan petugas menghantar link permohanan baru BPR 2021 https://bpr.hasil.gov.my/ ke aplikasi Whatsapp komuniti setempat
- Kemudian, petugas memberi tunjuk ajar kepada para peserta cara-cara untuk membuka whatsapp web dan seterusnya membuka laman sesawang BPR 2021
- Petugas memberi tunjuk ajar kepada para peserta untuk mendaftar akaun baru BPR 2021
- Petugas membantu para peserta untuk mencetak dokumen apabila permohonan telah berjaya di buat
Permainan Pendidikan – Jigsaw Puzzle | |
Tarikh | : 22 Januari 2021 |
Masa | : 10.00 Pagi – 12.00 Tengahari |
Lokasi |
: Group Whatsapp Pusat Internet Ulu Sepri |
Peserta |
: 10 Orang |
TUJUAN:
- Untuk mencabar ketangkasan, penaakulan spatial dan logik fikiran para peserta
- Untuk menjadikan otak kita bekerja dikedua-dua belah bahagian pada masa yang sama
- Untuk melihat produk akhir (puzzle yang siap), sementara bahagian logik pula bekerja untuk memadankan kepingan-kepingan puzzle dengan betul dan sempurna.
- Dapat memupuk kerjasama dalam kalangan para peserta ketika menyelesaikan tugasan yang diberikan
AKTIVITI:
- Aktiviti dimulakan dengan petugas memberi penerangan mengenai aktiviti yang akan dijalankan iaitu Jigsaw Puzzle online
- Kemudian petugas menyediakan link permainan pendidikan ini bagi memudahkan komuniti setempat untuk menyertai pertandingan ini iaitu di laman sesawang www.jigsawplanet.com
- Petugas menyediakan 2 contoh permainan pendidikan Jigsaw Puzzle yang boleh dipilih oleh komuniti setempat mengikut kategori umur mereka
Kelas E-Pembelajaran – Khat D’Excel | |
Tarikh | : 15 Januari 2021 |
Masa | : 10.00 Pagi – 12.00 Tengahari |
Lokasi |
: Group Whatsapp Pusat Internet Ulu Sepri |
Peserta |
: 10 Orang |
TUJUAN:
- Khat merupakan salah satu wasilah perhubungan kemanusian dan merapatkan hubungan antara manusia bagi merealisasikan kehidupan yang sempurna
- Dapat mendidik komuniti setempat untuk menyintai khat dan mempunyai perasaan dan jiwa yang halus serta yakin
- Khat juga merupakan sumber rezeki kepada komuniti setempat yang mempunyai bakat dan kesungguhan dalam bidang ini
- Dapat memelihara Al-Quran dengan tulisan
AKTIVITI:
- Aktiviti dimulakan dengan petugas menghantar video ke dalam Group Whatsapp Pusat Internet Ulu Seperi yang bertajuk “Cara Buat Khat Kuffi Menggunakan Microsoft Excel”
- Di dalam hantaran video berkenaan ada menunjukkan tutorial untuk menghasilkan tulisan khat dengan menggunakan Microsoft Excel
- Para peserta diajar cara mengubah saiz column dan row di Microsoft Excel
- Seterusnya, para peserta beljar menggunakan warna di Microsoft Excel untuk membentuk tulisan khat
- Petugas memberikan contoh tulisan khat yang telah siap sebagai rujukan kepada para peserta yang mengambil bahagian
Kuiz Advokasi – Klik Dengan Bijak | |
Tarikh | : 19 Januari 2021 |
Masa | : 10.00 Pagi – 12.00 Tengahari |
Lokasi |
: Group Whatsapp Pusat Internet Ulu Sepri |
Peserta |
: 10 Orang |
TUJUAN:
- Memberi pendedahan kepada komuniti setempat mengenai kepentingan untuk klik dengan bijak ketika menggunakan internet
- Melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet)
- Mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain
- Memberi pendidikan kepada pengguna internet tentang kepentingan kawal selia kendiri
- Mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pengguna melayari internet
AKTIVITI:
- Aktiviti dimulakan dengan petugas menghantar soalan kuiz Klik Dengan Bijak ke dalam Group Whatsapp Pusat Internet Ulu Seperi dengan menggunakan aplikasi Google Form
- Petugas menerangkan mengenai aktiviti kuiz yang akan dijalankan
- Sesi soal jawab bersama komuniti setempat yang mengambil bahagian
Permainan Pendidikan – 3D Coloring Online | |
Tarikh | : 13 Januari 2021 |
Masa | : 10.30 Pagi – 12.30 Tengahari |
Lokasi |
: Group Whatsapp Pusat Internet Ulu Sepri |
Peserta |
: 10 Orang |
TUJUAN:
- Para peserta dapat mengisi masa terluang dengan melakukan aktiviti yang berfaedah dan bermanfaat di rumah
- Melalui kelas permainan pendidikan ini para peserta dapat bermain pendidikan ini bersama keluarga dan rakan-rakan yang lain
- Melalui aktiviti ini dapat meningkatkan kreativiti dan tahap fokus para peserta dalam menyelesaikan tugasan yang diberikan
AKTIVITI:
- Aktiviti dimulakan dengan petugas menghantar link aktiviti mewarna http://coloritbynumbers.com/ ke dalam Group Whatsapp Pusat Internet Ulu Seperi
- Kemudian, petugas menerangkan aktiviti yang bakal dijalankan
- Sesi soal jawab bersama para peserta yang mengambil bahagian