Kelas Multimedia – Canva.com
Tarikh : 05 September 2020
Masa : 3.00 Petang - 5.00 Petang
Lokasi

: Pusat Internet Ulu Sepri

Peserta

: 11 Orang

 

TUJUAN:

  • Membantu para peserta untuk menghasilkan poster yang menarik dan mengikut kreativiti para peserta
  • Dapat memupuk semangat bersaing dalam diri para peserta untuk menghasilkan poster paling cantik
  • Para peserta dapat mengisi masa yang terluang dengan melakukan aktiviti yang berfaedah
  • Para peserta dapat mempelajari setiap elemen yang terdapat di dalam aplikasi canva.com

 

AKTIVITI:

  • Aktiviti dimulakan dengan petugas meminta para peserta untuk membuka enjin carian google dan membuka laman sesawang canva.com di https://www.canva.com/
  • Kemudian, petugas menerangkan secara keseluruhan mengenai setiap elemen yang terdapat di dalam aplikasi tersebut
  • Para peserta memulakan aktiviti mencipta poster dengan bimbingan daripada petugas

 

Galeri Gambar


 

 Kelas Asas Teknologi Maklumat – Google Meeting
Tarikh : 04 September 2020
Masa : 3.00 Petang - 5.00 Petang
Lokasi

: Pusat Internet Ulu Sepri

Peserta

: 2 Orang

 

TUJUAN:

  • Dapat membantu para peserta untuk menyertai Taklimat Undang-undang dan Peraturan Asas Bola Sepak Secara Asas Talian (Google Meet) bagi Sekolah Rendah Peringkat MSSNS, Tahun 2020
  • Para peserta dapat mempelajari mengenai Asas Teknologi Maklumat yang terkini iaitu Google Meet
  • Para peserta dapat berhubung bersama guru dan rakan-rakan melalui secara atas talian

 

AKTIVITI:

  • Aktiviti dimulakan dengan petugas meminta para peserta untuk membuka enjin carian google dan membuka laman sesawang https://meet.google.com/
  • Kemudian, petugas memberi tunjuk ajar kepada para peserta cara-cara untuk log masuk ke Google Meet dengan menggunakan emel dan kata laluan yang telah disediakan oleh pihak sekolah
  • Seterusnya, petugas memberi penerangan cara-cara untuk menggunakan aplikasi Google Meet

 

Galeri Gambar


 

Kelas Keusahawanan – Junior Chef
Tarikh : 17 Ogos 2020
Masa : 2.30 Petang - 4.30 Petang
Lokasi

: Pusat Internet Ulu Sepri

Peserta

: 13 Orang

 

TUJUAN:

  • Dapat membantu para peserta menjana idea perniagaan melalui Youtube
  • Dapat meningkatkan kemahiran peserta dalam penyediaan makanan yang ringkas dan mudah
  • Para peserta dapat mempelajai pelbagai menu ringkas yang lain menggunakan saluran Youtube
  • Menggalakkan para peserta untuk bersifat berdikari dan tidak mengharapkan ibu bapa bagi menyediakan makanan yang ringkas

 

AKTIVITI:

  • Petugas membuka laman Youtube dan membuka contoh-contoh resepi yang berkaitan
  • Setelah menonton video di laman Youtube, petugas memberi penerangan bagaimana untuk menghasilkan menu ringkas juadah minum petang iaitu sandwich telur
  • Para peserta diperkenalkan dengan satu persatu bahan-bahan yang diperlukan
  • Petugas mencetak resepi untuk membuat sandwich telur bagi memudahkan pemahaman para peserta untuk menghasilkan sandwich telur mengikut citarasa mereka sendiri
  • Petugas membahagikan para peserta kepada dua kumpulan iaitu peserta lelaki dan perempuan
  • Aktiviti membuat sandwich telur dimulakan

 

Galeri Gambar


 

 Editing Class: Postermywall
Tarikh : 03 September 2020
Masa : 2.30 Petang - 4.30 Petang
Lokasi

: Pusat Internet Ulu Sepri

Peserta

: 15 Orang

 

TUJUAN:

  • Menggalakkan remaja untuk terus aktif dengan Pusat Internet
  • Aktiviti kreatif untuk remaja
  • Meningkatkan penggunaan My Vote dalam aplikasi Dashboard
  • Dapat melahirkan komuniti yang kreatif dan inovatif dalam menghasilkan poster pertandingan

 

AKTIVITI:

  • Aktiviti dimulakan dengan petugas meminta peserta untuk membuka email masing- masing dan cuba untuk login ke Postermywall.
  • Seterusnya, petugas menasihatkan peserta untuk menghasilkan poster yang lebih kreatif.
  • Aktiviti dimulakan iaitu aktiviti multimedia mencipta poster Pusat Internet dengan  menggunakan aplikasi Postermywall.
  • Petugas memberi tunjuk ajar setiap elemen yang terdapat di dalam aplikasi Postermywall bagi menghasilkan poster "PUSAT INTERNET PEMANGKIN KOMUNITI DIGITAL"

 

Galeri Gambar


 

Kelas Multimedia – Poster Pusat Internet (Canva.com)

T arikh : 15 Ogos 2020
Masa : 3.00 Petang – 5.00 Petang
Lokasi

: Pusat Internet Ulu Sepri

Peserta

: 7 Orang

 

TUJUAN:

  • Menggalakkan remaja untuk terus aktif dengan Pusat Internet
  • Aktiviti kreatif untuk remaja
  • Meningkatkan penggunaan My Vote dalam aplikasi Dashboard
  • Dapat melahirkan komuniti yang kreatif dan inovatif dalam menghasilkan poster pertandingan

 

AKTIVITI:

  • Aktiviti dimulakan dengan petugas menerangkan mengenai syarat-syarat pertandingan poster Pusat Internet  yang bertajuk “ Pusat Internet Pemangkin Komuniti Digital”
  • Seterusnya, petugas memberi penerangan mengenai tempoh pertandingan poster
  • Aktiviti dimulakan iaitu aktiviti multimedia mencipta poster Pusat Internet dengan  menggunakan aplikasi canva.com
  • Petugas memberi tunjuk ajar setiap elemen yang terdapat di dalam aplikasi canva.com bagi menghasilkan poster  yang menarik dan kreatif

 

Galeri Gambar