ASAS TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI & DASHBOARD KOMUNITI : WHATSAPP WEB & MY KOMUNITI |
|
Tarikh | : 10 Ogos 2019 (Sabtu) |
Masa | : 10.00 Pagi – 12.00 Tengahari |
Lokasi |
: Pusat Internet Ulu Sepri |
Peserta | : 5 Orang |
TUJUAN :
- Para peserta diberi pendedahan mengenai tatacara penggunaan aplikasi Whatsapp Web
- Untuk melatih para peserta menggunakan aplikasi komunikasi ini secara atas talian iaitu menggunakan web browser
- Mempromosikan keseluruhan Aplikasi Dashboard kepada komuniti terdekat
- Untuk mendedahkan lagi My Komuniti kepada para peserta dan memberi tunjuk ajar kepada peserta cara untuk membuat hebahan dan menghantarnya.
- Dapat menggalakkan lebih ramai komuniti setempat untuk menggunakan Dashboard Komuniti
- Para peserta dapat membuat ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha menggunakan medium My Komuniti
AKTIVITI :
- Petugas memperkenalkan asas teknologi maklumat dan komunikasi iaitu Whatsapp Web
- Petugas memberi pendedahan cara-cara penggunaan Whatsapp Web
- Petugas menerangkan faedah menggunakan Whatsapp Web dan Telegram Web
- Para peserta diminta untuk menggunakan enjin carian google dan menaip dashboard.pi1m.my
- Peserta memasukkan ID dan juga kata laluan sendiri ke dalam laman dashboard dan petugas menerangkan apa itu My Komuniti kepada para peserta
- Peserta diberi tunjuk ajar untuk membuat pengumuman di Dashboard komuniti masing-masing
- Peserta juga diajar cara-cara untuk memasukkan gambar yang menarik semasa aktiviti membuat pengumuman
- Para peserta juga dikehendaki untuk memuat turun gambar dan pantun yang berkaitan hari raya dan aktiviti membuat pengumuman dimulakan