ADVOKASI SKMM – TERLEBIH KONGSI MAKLUMAT & PERMAINAN DAM ULAR KDB |
|
Tarikh | : 10 Ogos 2019 (Sabtu) |
Masa | : 2.30 Petang – 4.30 Petang |
Lokasi |
: Pusat Internet Ulu Sepri |
Peserta | : 7 Orang |
TUJUAN :
- Dapat melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru
- Mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain
- Memberi pendidikan kepada pengguna internet mengenai kepentingan kawal selia kendiri
- Dapat mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pengguna melayari internet
- Melalui permainan Dam Ular Gergasi KDB dapat memupuk para peserta untuk fokus dan bekerjasama di dalam kumpulan
AKTIVITI :
- Aktiviti dimulakan dengan petugas memberi maklumat mengenai Klik dengan Bijak – Terlebih kongsi maklumat
- Kemudian, petugas membuka video-video yang berkaitan dengan tajuk advokasi berkenaan
- Petugas membahagikan para peserta ke dalam kumpulan dan menerangkan cara-cara permainan Dam Ular Gergasi KDB
- Aktiviti permainan Dam Ular Gergasi KDB dimulakan