KELAS E-KERAJAAN – SEMAKAN TAWARAN KE KOLEJ MATRIKULASI

Tarikh : 17 April  2019 (Rabu)
Masa : 10.00 Pagi – 12.00 tengahari
Lokasi

: Pusat Internet Ulu Sepri 

Peserta : 3 Orang

 

TUJUAN  :

  • Bagi membantu para peserta yang bakal melanjutkan pelajaran ke Matrikulasi untuk menyemak permohonan mereka
  • Bagi membantu para peserta yang mendapat tawaran ke Matrikulasi untuk mencetak dokumen-dokumen yang diperlukan
  • Memberi pendedahan kepada para peserta mengenai kehidupan di luar kawasan sekolah

 

AKTIVITI  :

  • Aktiviti dimulakan dengan petugas membantu para peserta untuk membuka enjin carian google dan membuka laman sesawang https://matrikulasi.moe.gov.my/system/tawaran/check.cfm
  • Selepas memasukkan nombor kad pengenalan, para peserta menyemak sama ada permohonan ke Matrikulasi berjaya atau tidak
  • Setelah mendapat keputusan permohonan berjaya, petugas membantu para peserta untuk mencetak dokumen-dokumen yang diperlukan semasa sesi pendaftaran pada 13 Mei 2019
  • Petugas memberi pendedahan mengenai kehidupan di luar kawasan sekolah dan memberi kata-kata semangat kepada para peserta

 

Galeri Gambar