YOUTUBE & PERMAINAN TRADISIONAL GETAH SKIPPING

Tarikh : 03 Mac 2019 (Ahad)
Masa 3.30 Petang – 5.30 Petang
Lokasi

: Pusat Internet Ulu Sepri 

Peserta : 6 Orang

 

TUJUAN  :

  • Para peserta dapat diperkenalkan dengan permainan warisan yang telah lama ditinggalkan oleh masyarakat moden kini
  • Para peserta berpeluang untuk mengenali sejarah dan latar belakang permainan tradisional ini
  • Para peserta juga dapat mempelajari cara-cara untuk menghasilkan getah skipping mereka sendiri
  • Melalui aktiviti ini, dapat memupuk sifat kerjasama dan tolak ansur para peserta bagi menghasilkan getah skipping

 

AKTIVITI  :

  • Petugas memulakan aktiviti dengan membuka laman sesawang Youtube dan meminta para peserta mencari video yang berkaitan dengan permainan tradisional getah skipping
  • Setelah menonton beberapa video yang berkaitan di Youtube, petugas meminta para peserta untuk mencari maklumat yang berkaitan dengan asal usul permainan ini di enjin carian google
  • Petugas menerangkan mengenai asal usul permainan tradisional getah skipping dan  cara bermain dan juga peraturan permainan
  • Petugas menerangkan mengenai bahan-bahan yang diperlukan bagi menghasilkan getah skipping
  • Para peserta memulakan aktiviti membuat getah skipping
  • Para peserta mencuba permainan tradisional ini bersama rakan-rakan mereka

 

Galeri Gambar