E-KERAJAAN – KEMASKINI BANTUAN SARA HIDUP (BSH) 2019 |
|
Tarikh | : 09 Februari 2019 (Sabtu) |
Masa | : 11.00 Pagi – 1.00 Tengahari |
Lokasi |
: Pusat Internet Ulu Sepri |
Peserta | : 2 Orang |
TUJUAN :
- Membantu komuniti setempat untuk mengemaskini data yang diperlukan bagi memohon Bantuan Sara Hidup 2019
- Komuniti setempat boleh mengemaskini maklumat yang diperlukan secara atas talian tanpa perlu ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
- Di samping itu, dapat melahirkan komuniti setempat yang celik ilmu komputer dan internet
- Komuniti setempat dapat memanfaatkan kemudahan yang terdapat di Pusat Internet
AKTIVITI :
- Petugas memberi penerangan terlebih dahulu mengenai dokumen-dokumen penting yang diperlukan dalam proses mengemaskini atau permohonan baru Bantuan Sara Hidup 2019
- Petugas membawa peserta ke laman sesawang https://bsh.hasil.gov.my
- Para peserta dikehendaki mengisi nombor kad pengenalan dan nombor TAC yang dihantar menerusi nombor telefon bimbit yang telah didaftarkan
- Seterusnya para peserta dikehendaki mengemaskini ruangan yang disediakan iaitu :
- Maklumat Pemohon
- Maklumat Pasangan
- Maklumat Anak
- Maklumat Bank
- Memuatnaik Dokumen Sokongan
- Maklumat Waris
- Pengesahan dan Hantar
- Akhir sekali, petugas membantu mencetak dokumen yang telah selesai dikemaskini oleh para peserta sebagai bukti telah mengemaskini atau membuat permohonan baru BSH 2019