KELAS DASHBOARD KOMUNITI – MY KOMUNITI DAN GOOGLE IMAGE

Tarikh : 04 Januari 2019 (Jumaat)
Masa 3.00 Ptg - 5.00 Ptg
Lokasi

: Pusat Internet Ulu Sepri 

Peserta : 6 Orang

 

TUJUAN  :

  • Untuk menggalakkan peserta menggunakan My Komuniti.
  • Para peserta dapat membuat ucapan selamat tahun baru menggunakan medium My Komuniti
  • Untuk memahirkan lagi peserta dengan medium Google dan cara-cara memuat turun gambar.

 

AKTIVITI  :

  • Petugas membuka laman sesawang Dashboard Komuniti di Smartboard
  • Para peserta diminta untuk menggunakan enjin carian google dan menaip dashboard.pi1m.my 
  • Peserta memasukkan ID dan juga kata laluan sendiri ke dalam laman dashboard
  • Petugas menerangkan apa itu My Komuniti kepada para peserta
  • Peserta diberi tunjuk ajar untuk membuat pengumuman di Dashboard komuniti masing-masing
  • Peserta juga diajar cara-cara untuk memuat turun gambar dari google untuk dimasukkan ke dalam pengumuman.

 

Galeri Gambar

 

ADVOKASI – SEBENARNYA.MY & KLIK DENGAN BIJAK

Tarikh : 21 Disember 2018 (Sabtu)
Masa 10.00 Pagi - 11.00 Pagi
Lokasi

: Pusat Internet Ulu Sepri 

Peserta : 3 Orang

 

TUJUAN  :

  • Bagi mengekang penularan berita-berita palsu dalam talian
  • Bagi membolehkan masyarakat menyemak kesahihan maklumat yang diterima sebelum membuat keputusan untuk mempercayai maklumat tersebut / mentebarkan maklumat tersebut
  • Memupuk para peserta untuk berfikir dahulu dan klik dengan bijak sebelum berkongsi sesuatu info yang belum tentu kesasihannya

 

AKTIVITI  :

  • Petugas meminta para peserta untuk membuka laman sesawang https://sebenarnya.my/
  • Petugas menerangkan mengenai kandungan yang terdapat di laman sesawang tersebut
  • Para peserta membaca maklumat terkini yang terkandung di dalam laman sesawang sebenarnya.my
  • Para peserta menonton video yang berkaitan dengan Klik Dengan Bijak di saluran Youtube

 

Galeri Gambar

ADVOKASI – BULI SIBER

Tarikh : 13 Disember 2018 (Khamis)
Masa 2.00 Petang – 4.00 Petang
Lokasi

: Pusat Internet Ulu Sepri 

Peserta : 3Orang

 

TUJUAN  :

  • Memberi pendedahan kepada para peserta mengenai maksud buli siber secara terperinci
  • Para peserta didedahkan dengan keburukan internet jika disalah gunakan
  • Memberi penerangan kepada para peserta mengenai perkara-perkara yang sering dilakukan oleh pembuli siber
  • Seterusnya, memberi pendedahan langkah-langkah yang perlu diambil bagi mencegah buli siber

 

AKTIVITI  :

  • Petugas meminta para peserta untuk menggunakan enjin carian google dan mencari informasi mengenai buli siber
  • Petugas meminta para peserta untuk memahami isi kandungan informasi yang terkandung di dalam artikel buli siber tersebut
  • Kemudian, petugas memberi penerangan secara terperinci mengenai maksud buli siber dan juga cara melindungi diri daripada menjadi mangsa buli siber
  • Petugas memberi nasihat kepada para peserta agar berhati-hati dan klik dengan bijak ketika menggunakan komputer dan internet kerana lazimnya kanak-kanak lebih mudah dan lebih cenderung untuk dibuli
  • Menonton video yang berkaitan dengan buli siber di laman sesawang Youtube

 

Galeri Gambar

KELAS KEUSAHAWANAN – PERNIAGAAN SECARA ONLINE (LAZADA) & PERBANKAN ONLINE

Tarikh : 13 Disember 2018 (Khamis)
Masa 4.00 Petang – 6.00 Petang
Lokasi

: Pusat Internet Ulu Sepri 

Peserta : 3 Orang

 

TUJUAN  :

  • Memperkenalkan pelbagai laman web perniagaan yang boleh diterokai oleh peserta dalam membuat urusan jual beli seperti lazada
  • Dapat memudahkan urusan para peserta jika ingin membuat pembelian secara atas talian
  • Dapat memperkenalkan jenis-jenis perbankan online kepada para peserta
  • Dapat memudahkan urusan para peserta jika ingin membuat urusan jual beli

 

AKTIVITI  :

  • Petugas membuka enjin carian Google dan memperkenalkan laman sesawang Lazada kepada para peserta
  • Petugas menerangkan mengenai layout yang terdapat di laman sesawang Lazada mengikut kategori
  • Kemudian, petugas memberi penerangan cara-cara untuk membuat akaun di Lazada
  • Para peserta memulakan aktiviti mencipta akaun di Lazada
  • Petugas juga menerangkan mengenai jenis-jenis perbankan online kepada para peserta yang terlibat
  • Para peserta menerokai laman sesawang Lazada sejurus selesai mencipta akaun mereka sendiri

 

Galeri Gambar

YOUTUBE DAN PERMAINAN TRADISIONAL BATU SEREMBAN

Tarikh : 12 Disember 2018 (Rabu)
Masa 3.00 Petang – 5.00 Petang
Lokasi

: Pusat Internet Ulu Sepri 

Peserta : 4Orang

 

TUJUAN  :

  • Para peserta dapat diperkenalkan dengan permainan warisan yang telah lama ditinggalkan oleh masyarakat moden kini
  • Para peserta berpeluang untuk mengenali sejarah dan latar belakang permainan tradisional ini
  • Para peserta juga mempelajari mengenai cara permainan batu seremban, peraturan permainan dan juga cara mengira mata permainan batu seremban
  • Melalui aktiviti ini juga dapat menguji kecekapan pemain untuk mendapatkan sebarang banyak buah dari yang dimiliki oleh pihak lawan

 

AKTIVITI  :

  • Petugas memulakan aktiviti dengan membuka laman sesawang Youtube dan meminta para peserta mencari video yang berkaitan dengan permainan tradisional batu seremban
  • Setelah menonton beberapa video yang berkaitan di Youtube, petugas meminta para peserta untuk mencari maklumat yang berkaitan dengan asal usul permainan ini di enjin carian google
  • Petugas menerangkan mengenai asal usul permainan tradisional batu seremban, cara bermain dan juga peraturan permainan
  • Para peserta memulakan aktiviti bermain batu seremban bersama rakan-rakan

 

Galeri Disini