YOUTUBE DAN PERMAINAN TRADISIONAL BATU SEREMBAN

Tarikh : 12 Disember 2018 (Rabu)
Masa 3.00 Petang – 5.00 Petang
Lokasi

: Pusat Internet Ulu Sepri 

Peserta : 4Orang

 

TUJUAN  :

  • Para peserta dapat diperkenalkan dengan permainan warisan yang telah lama ditinggalkan oleh masyarakat moden kini
  • Para peserta berpeluang untuk mengenali sejarah dan latar belakang permainan tradisional ini
  • Para peserta juga mempelajari mengenai cara permainan batu seremban, peraturan permainan dan juga cara mengira mata permainan batu seremban
  • Melalui aktiviti ini juga dapat menguji kecekapan pemain untuk mendapatkan sebarang banyak buah dari yang dimiliki oleh pihak lawan

 

AKTIVITI  :

  • Petugas memulakan aktiviti dengan membuka laman sesawang Youtube dan meminta para peserta mencari video yang berkaitan dengan permainan tradisional batu seremban
  • Setelah menonton beberapa video yang berkaitan di Youtube, petugas meminta para peserta untuk mencari maklumat yang berkaitan dengan asal usul permainan ini di enjin carian google
  • Petugas menerangkan mengenai asal usul permainan tradisional batu seremban, cara bermain dan juga peraturan permainan
  • Para peserta memulakan aktiviti bermain batu seremban bersama rakan-rakan

 

Galeri Disini