KELAS TEKNIK ASAS PENGHASILAN SURAT RASMI

Tarikh : 06 Oktober 2018 (Sabtu)
Masa : 10.00 pagi – 12.00 tengahari
Lokasi : Pusat Internet Ulu Sepri 
Peserta : 7 Orang

 

TUJUAN  :

  • Para peserta dapat mempelajari cara-cara untuk menghasilkan dan menyediakan surat rasmi mengikut format yang betul
  • Para peserta juga mempelajari penggunaan bahasa yang sesuai dan tepat yang perlu digunakan semasa menghasilkan surat rasmi
  • Selain itu, supaya surat rasmi yang akan dihasilkan boleh difahami oleh penerima

 

AKTIVITI  :

  • Petugas menerangkan mengenai definisi surat rasmi kepada para peserta yang terlibat
  • Petugas memberi penerangan mengenai peranan surat rasmi
  • Kemudian, petugas memulakan aktiviti penerangan mengenai format surat rasmi iaitu mengandungi aspek:
  • Alamat pengirim
  • Garis panjang melintang : dibuat di bawah alamat pengirim
  • Nama dan alamat penerima
  • Tarikh
  • Panggilan hormat penerima
  • Perkara / tajuk
  • Isi-isi
  • Pengakuan dan tanda tangan pengirim
  • Nama dan jawatan pengirim
  • Peserta menggunakan enjin carian google untuk mencari contoh surat rasmi sebagai rujukan
  • Latihan tutorial menghasilkan surat rasmi

 

Galeri Gambar