KELAS MULTIMEDIA – CANVA.COM ( KAD RESEPI)

Tarikh :7 Julai 2018  (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi – 11.00 pagi
Lokasi : Pusat Internet Ulu Sepri 
Peserta : 11 Orang

 

TUJUAN  :

Bagi melahirkan para peserta yang kreatif dan inovatif  dalam mencipta kad resepi. Para peserta diajar cara-cara untuk menghasilkan kad resepi yang mudah dan ringkas. Dengan adanya aktiviti ini ia dapat meningkatkan kemahiran peserta dalam bidang grafik selain untuk menggalakkan komuniti setempat untuk mengunjungi Pusat Internet dan mengikuti kelas dan aktiviti yang dijalankan.

 

AKTIVITI  :

Petugas meminta para peserta untuk membuka laman sesawang www.canva.com. Seterusnya petugas menerangkan mengenai kandungan yang terdapat pada laman sesawang tersebut. Petugas meminta para peserta untuk membuka enjin carian google dan mencari resepi kek batik kemudian, petugas menunjukkan cara-cara untuk menggunakan canva bagi menghasilkan kad resepi yang cantik dan ringkas. Para peserta melakukan tugasan yang diberi petugas dengan jayanya. Petugas memberi tunjuk ajar kepada peserta yang memerlukan pertolongan.

 

Galeri Gambar