KELAS GOOGLE & MEMBUAT VIDEO (KIZOA.COM) – TENTANG MALAYSIA |
|
Tarikh | : 18 Ogos 2018 (Sabtu) |
Masa | : 10.00 pagi – 1.00 tengahari |
Lokasi | : Pusat Internet Ulu Sepri |
Peserta | : 8 Orang |
TUJUAN :
- Para peserta dapat menghasilkan video yang bertemakan “tentang Malaysia”
- Para peserta mendapat ilmu pengetahuan mengenai Malaysia secara tidak langsung
- Dapat melahirkan para peserta yang kreatif dan inovatif dengan menghasilkan video yang menarik
- Memupuk semangat patriotik para peserta sempena menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-61
AKTIVITI :
- Petugas memulakan aktiviti dengan menceritakan mengenai sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-61 pada tahun ini
- Petugas meminta para peserta untuk memberi pandangan dan idea mereka bagi menghasilkan sebuah video yang menarik
- Para peserta memulakan aktiviti mencari bahan yang diperlukan untuk menghasilkan video yang menarik dengan menggunakan enjin carian google
- Setelah mendapat idea, para peserta memulakan aktiviti membuat video dengan menggunakan aplikasi Kizoa.com
- Petugas memberi tunjuk ajar kepada peserta sehingga tamat sesi aktiviti