KELAS ICT : RANGKAIAN KOMPUTER DAN KOMUNIKASI |
|
Tarikh | : 05 Ogos 2018 (Ahad) |
Masa | :10.00 pagi – 12.00 tengahari |
Lokasi | : Pusat Internet Ulu Sepri |
Peserta | : 7 Orang |
TUJUAN :
- Para peserta dapat mengenalpasti jenis-jenis rangkaian
- Dapat meningkatkan pengetahuan ICT para peserta mengenai konsep asas rangkaian komputer dan komunikasi
- Peserta mempelajari mengenai kepentingan rangkaian komputer dan komunikasi
AKTIVITI :
- Petugas memulakan aktiviti dengan memberi penerangan kepada peserta mengenai definisi rangkaian komputer dan definisi komunikasi
- Petugas memberi pendedahan mengenai kepentingan rangkaian komputer dan komunikasi iaitu :
- Berkongsi fail/data/informasi
- Kongsi Talian Internet
- Berkongsi Perkakasan seperti pencetak dan pengimbas
- Menggalakkan Perdagangan Elektronik
- Peluang pendidikan meluas
- Menyediakan proses komunikasi yang pelbagai
- Kemudian, petugas menerangkan dengan lebih lanjut mengenai jenis-jenis rangkaian komputer.