E-Kerajaan: Semakan Status Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022 |
|
Tarikh |
: 10 Februari 2022 |
Masa |
: 2.00 Petang - 4.00 Petang |
Lokasi |
: Group Whatsapp PEDi Ulu Seperi |
Peserta |
: 10 Orang |
TUJUAN:
- Memperkenalkan laman web Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022 kepada penduduk komuniti
- Mengajar cara-cara membuat semakan permohonan BKM 2022 mengikut turutan yang betul
- Berkongsi jadual pembayaran BKM 2022 kepada komuniti agar mereka cakna dengan kemasukan wang daripada pihak kerajaan
AKTIVITI:
- Petugas memperkenalkan laman web yang disediakan oleh kerajaan bagi membuat permohonan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022 kepada komuniti Ulu Seperi
- Setelah itu, petugas berkongsi turutan cara-cara membuat semakan status permohonan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022
- Langkah-langkah yang dikongsi oleh petugas disertai dengan tangkapan skrin (screenshot) untuk memberi lebih penjelasan kepada komuniti
- Akhir sekali, petugas berkongsi jadual kemasukan pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022 kepada komuniti di Ulu Seperi
E-Kerajaan: Semakan Blacklist CCRIS dan CTOS |
|
Tarikh |
: 08 Februari 2022 |
Masa |
: 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari |
Lokasi |
: Group Whatsapp PEDi Ulu Seperi |
Peserta |
: 10 Orang |
TUJUAN:
- Menerangkan fungsi laman web CCRIS dan CTOS kepada penduduk Ulu Seperi
- Menjelaskan maksud CCRIS dan CTOS serta perbezaan kedua-dua sistem kepada komuniti
- Mengajar penduduk Ulu Seperi membuat semakan senarai hitam CCRIS dan CTOS
- Berkongsi pautan borang semakan manual senarai hitam bagi CCRIS dan pautan senarai hitam bagi CTOS
AKTIVITI:
- Menerangkan kepada penduduk komuniti Ulu Seperi mengenai maksud CCRIS dan CTOS, perbezaan antara CCRIS dan CTOS, serta kepentingan mengetahui ilmu CCRIS dan CTOS
- Seterusnya, petugas menjelaskan maksud disebalik senarai hitam CCRIS dan CTOS kepada penduduk Ulu Seperi
- Petugas mengajar cara membuat semakan senarai hitam CCRIS melalui dua cara iaitu dengan mendaftar eccris di mana-mana cawangan Bank Negara ataupun dengan mengisi borang daripada pautan yang dikongsi
- Akhir sekali, petugas juga mengajar cara menyemak senarai hitam CTOS melalui pautan link yang telah disediakan
E-Dagang: Perniagaan Atas Talian Melalui Aplikasi Instagram |
|
Tarikh |
: 23 Januari 2022 |
Masa |
: 3.00 Petang - 5.00 Petang |
Lokasi |
: Group Whatsapp PEDi Ulu Seperi |
Peserta |
: 10 Orang |
TUJUAN:
- Mengajar usahawan Ulu Seperi untuk membuka akaun bisnes Instagram
- Membantu para usahawan meluaskan platform perniagaan atas talian melalui media sosial
- Memupuk semangat keusahawanan di dalam diri belia di Ulu Seperi
AKTIVITI:
- Mengajar belia di Ulu Seperi membuka akaun Instagram persendirian dan menetapkan akaun bisnes Instagram
- Setelah itu, berkongsi tangkapan skrin (screenshot) setiap langkah-langkah yang perlu diikuti agar mudah difahami
- Setiap tangkapan skrin dikongsi bersama penjelasan yang padat melalui Group Whatsapp PEDi Ulu Seperi
Kelas Keusahawanan: TikTok Promote! |
|
Tarikh |
: 04 Februari 2022 |
Masa |
: 11.00 Pagi - 1.00 Tengahari |
Lokasi |
: Group Whatsapp PEDi Ulu Seperi |
Peserta |
: 10 Orang |
TUJUAN:
- Mengajar usahawan Ulu Seperi menggunakan platform TikTok
- Memberi penerangan cara membuka akaun TikTok bagi tujuan perniagaan (TikTok for business)
- Berkongsi pautan tutorial membuka akaun TikTok for business daripada YouTube untuk lebih jelas
AKTIVITI:
- Kelas keusahawanan TikTok Promote dimulakan dengan cara memuat turun aplikasi TikTok melalui telefon pintar
- Selepas itu, petugas berkongsi pautan laman web dimana para usahawan dapat mengakses cara-cara membuka akaun bisnes di platform TikTok
- Seterusnya, petugas berkongsi tutorial daripada YouTube cara-cara mendirikan iklan di TikTok (TikTok Ads) bagi tujuan mempromosikan produk jualan
E-Pembelajaran: Aplikasi Microsoft Teams |
|
Tarikh |
: 17 Januari 2022 |
Masa |
: 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari |
Lokasi |
: Group Whatsapp PEDi Ulu Seperi |
Peserta |
: 10 Orang |
TUJUAN:
- Memberi pendekatan menggunakan platform Microsoft Teams untuk melakukan perjumpaan secara atas talian
- Memudahkan urusan guru dan pelajar untuk melakukan prosedur pengajaran dan pembelajaran diatas talian tanpa had kuantiti
AKTIVITI:
- Menjelaskan mengenai Microsoft Teams diawal permulaan kelas
- Setelah itu, mengajar cara untuk memuatturun aplikasi Microsoft Teams kepada komuniti Ulu Seperi
- Seterusnya, menjelaskan dengan lebih terperinci fungsi-fungsi yang dibekalkan oleh Microsoft Teams