Microsoft Powerpoint: Random Wheel Picker Animation |
|
Tarikh |
: 14 Disember 2021 |
Masa |
: 2.00 Petang - 4.00 Petang |
Lokasi |
: Group Whatsapp Pusat Internet Ulu Seperi |
Peserta |
: 16 Orang |
TUJUAN:
- Berkongsi idea mengadakan sesuatu permainan dengan menggunakan Microsoft Powerpoint
- Mengajar kandungan-kandungan yang tersedia di dalam Microsoft Powerpoint untuk digunakan agar slaid bertambah menarik
- Memberi penerangan yang jelas dan ringkas mengenai cara-cara menyediakan roda impian atau Random Wheel Picker melalui Microsoft Powerpoint
AKTIVITI:
- Pertama sekali, kelas dimulakan dengan petugas memberi penjelasan mengenai tujuan Kelas Powerpoint yang diadakan pada petang itu
- Selepas itu, petugas berkongsi langkah-langkah menyediakan Random Wheel Picker dengan menggunakan Microsoft Powerpoint
- Petugas juga menjelaskan Random Wheel Picker ini boleh digunakan bagi tujuan membuat pilihan ataupun semasa cabutan bertuah dijalankan
- Langkah-langkah yang dikongsi oleh petugas melalui Group Whatsapp PIK Ulu Seperi adalah mengikut turutan yang betul bersama tangkapan skrin (screenshot) sebagai rujukan penduduk komuniti
E-Kerajaan: CIDB Malaysia |
|
Tarikh |
: 10 Disember 2021 |
Masa |
: 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari |
Lokasi |
: Group Whatsapp Pusat Internet Ulu Seperi |
Peserta |
: 10 Orang |
TUJUAN:
- Berkongsi dengan penduduk setempat mengenai Permohonan Kad CIDB secara online melalui laman web iBina.com.my
- Mengajak personnel binaan kawasan Ulu Seperi untuk bertanggungjawab menjaga perlindungan diri di bawah Pelan Takaful Personel Binaan Berkelompok CIDB
- Mempromosikan laman web yang telah disediakan pihak kerajaan untuk memudahkan urusan pendaftaran kad hijau CIDB
AKTIVITI:
- Aktiviti dimulakan dengan petugas memberikan pengenalan mengenai kad hijau CIDB
- Seterusnya petugas berkongsi 5 langkah pendaftaran kad hijau CIDB menggunakan laman web iBina.com.my
- Petugas menjelaskan 5 langkah-langkah pendaftaran kad hijau CIDB bersama tangkapan skrin mengikut turutan yang teratur
- Petugas mengakhiri kelas dengan memberi galakan kepada pekerja binaan Ulu Seperi untuk menggunakan platform iBina bagi urusan yang mudah dan pantas
E-Dagang: Aplikasi mudah.my |
|
Tarikh |
: 22 November 2021 |
Masa |
: 3.00 Petang - 5.00 Petang |
Lokasi |
: Group Whatsapp Pusat Internet Ulu Seperi |
Peserta |
: 16 Orang |
TUJUAN:
- Menambah pengetahuan penduduk setempat mengenai aplikasi tersedia E-Dagang yang dikenali sebagai Mudah.my, selaras dengan perkembangan aplikasi mudah alih di Malaysia agar tidak ketinggalan zaman
- Menjelaskan fungsi-fungsi aplikasi mudah.my yang disediakan sebagai satu platform yang berguna kepada para usahawan, pembekal dan juga penduduk komuniti
- Penduduk komuniti juga boleh mendapatkan pelbagai barang atau kemudahan yang diperlukan melalui aplikasi mudah.my seperti kenderaan, peluang pekerjaan dan lain-lain
AKTIVITI:
- Kelas dimulakan oleh petugas dengan pendahuluan mengenai aplikasi mudah alih E-Dagang iaitu mudah.my
- Setelah itu, petugas menjelaskan latar belakang aplikasi mudah.my
- Petugas seterusnya menerangkan bahawa aplikasi mudah.my menawarkan kepelbagaian daripada segi fungsi dan juga kemudahan
- Di akhir sesi kelas, petugas memberi pautan link daripada laman web Youtube langkah-langkah mendaftar kedalam aplikasi mudah.my
Kelas Keusahawanan: Penggunaan Aplikasi Foodpanda |
|
Tarikh |
: 05 Disember 2021 |
Masa |
: 3.00 Petang - 5.00 Petang |
Lokasi |
: Group Whatsapp Pusat Internet Ulu Seperi |
Peserta |
: 17 Orang |
TUJUAN:
- Meminta pihak komuniti untuk memuat turun aplikasi Foodpanda melalui Google Play Store ataupun Apps Store
- Mengajar para usahawan Ulu Seperi mendaftar sebagai vendor melalui Foodpanda
- Membuka peluang meluaskan jurang perniagaan atau keusahawanan kepada penduduk Ulu Seperi
AKTIVITI:
- Kelas dimulakan dengan pengenalan Aplikasi Foodpanda melalui Group Whatsapp PEDi Ulu Seperi oleh petugas
- Seterusnya, petugas berkongsi 8 langkah mudah untuk bekerjasama bersama Foodpanda
- Langkah-langkah tersebut diterangkan dengan jelas beserta tangkapan skrin sebagai rujukan pihak komuniti
Latihan Keusahawanan: Pendaftaran Sistem e-Perolehan |
|
Tarikh |
: 20 November 2021 |
Masa |
: 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari |
Lokasi |
: Group Whatsapp Pusat Internet Ulu Seperi |
Peserta |
: 15 Orang |
TUJUAN:
- Menambah pengetahuan komuniti setempat mengenai sistem ePerolehan (eP) yang telah ditubuhkan oleh Kementerian Kewangan (MOF) sebagai salah satu inisiatif di bawah Kerajaan Elektronik dalam usaha memodenkan urusan perolehan bekalan dan perkhidmatan bukan perunding
- Memperkemaskan lagi dasar keusahawanan penduduk komuniti berkaitan perolehan kerajaan agar selaras dengan amalan tadbir urus yang baik
- Memudahkan semua urusan perolehan bekalan usahawan dan perkhidmatan melalui Sistem e-Perolehan secara atas talian
AKTIVITI:
- Petugas memperkenalkan Sistem e-Perolehan LHDNM di awal permulaan kelas
- Petugas berkongsi kepada penduduk tempatan mengenai servis-servis yang ditawarkan melalui Sistem e-Perolehan LHDNM
- Seterusnya, petugas menjelaskan dengan terperinci berkaitan pelaksanaan platform e-Perolehan
- Petugas menerangkan bahawa pembekal perlu berdaftar bagi membolehkan pembekal untuk menyertai tawaran tender
- Petugas berkongsi pautan daripada laman web Youtube mengenai cara-cara pendaftaran pembekal Sistem e-Perolehan secara atas talian