Cop Digital Menggunakan Microsoft Word Dan Adobe Acrobat Reader

Tarikh

: 16 Mei 2022

Masa

: 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari

Lokasi

: Group Whatsapp PEDi Ulu Seperi

Peserta

: 19 Orang

 

TUJUAN:

  • Memberi pengajaran kepada golongan belia dan pelajar di Ulu Seperi mengenai cara-cara mencipta cop digital Microsoft Word dan Adobe Acrobat Reader
  • Mengajar mereka menjadi lebih kreatif dalam menggunakan aplikasi Microsoft Word
  • Para pelajar boleh gunakan cop digital yang telah mereka cipta dan menghantar tugasan diatas talian dengan lebih kemas

 

AKTIVITI:

  • Petugas menjelaskan cara-cara membuat cop digital menggunakan dua aplikasi iaitu Microsoft Word dan juga Adobe Acrobat Reader
  • Seterusnya, petugas berkongsi 6 langkah mudah dimana langkah pertama dimulakan dengan menggunakan Microsoft Word dan selebihnya ditetapkan menggunakan Adobe Acrobat Reader
  • Petugas berkongsi langkah-langkakh tersebut bersama tangkapan skrin dan juga panduan video tutorial untuk memudahkan kefahaman komuniti Ulu Seperi

 

Galeri gambar


 

E-Dagang: Touch N Go RFID Card

Tarikh

: 13 Mei 2022

Masa

: 2.00 Petang - 4.00 Petang

Lokasi

: Group Whatsapp PEDi Ulu Seperi

Peserta

: 16 Orang

 

TUJUAN:

  • Memberi hebahan kepada komuniti Ulu Seperi berkenaan kad pintar Touch N Go RFID
  • Menerangkan fungsi kad RFID memudahkan urusan sistem pembayaran tol
  • Mengajar cara-cara mendaftar kad RFID secara atas talian

 

AKTIVITI:

  • Petugas mengajar penduduk Ulu Seperi untuk mendaftar kad pintar RFID melalui Portal Pendaftaran RFID secara atas talian
  • Petugas memulakan kelas dengan memperkenalkan fungsi kad pintar RFID dan bagaimana ianya berfungsi
  • Seterusnya, petugas meneruskan pengajaran mengenai pendaftaran kad tersebut
  • Petugas berkongsi 6 langkah mudah dan jelas yang perlu diikuti oleh komuniti Ulu Seperi bagi urusan pendaftaran kad RFID

 

Galeri gambar


 

Kelas Keusahawanan: Courier Services By Flash Express 

Tarikh

: 07 Mei 2022

Masa

: 3.00 Petang - 5.00 Petang

Lokasi

: Group Whatsapp PEDi Ulu Seperi

Peserta

: 16 Orang

 

TUJUAN:

  • Memperkenal servis kurier yang ditawarkan oleh Flash Express
  • Berkongsi layar laman web Flash Malaysia Express
  • Menjelaskan servis-servis yang ditawarkan kepada pengguna Flash Malaysia Express

 

AKTIVITI:

  • Kelas keusahawanan dimulakan dengan memperkenalkan apakah itu Flash Malaysia Express
  • Seterusnya, kelas diteruskan dengan perkongsian tangkapan skrin laman web Flash Malaysia Express mengenai visi dan misi syarikat tersebut
  • Di akhir kelas, saya berkongsi pautan laman web tersebut beserta senarai panjang fungsi-fungsi yang tersedia oleh Flash Malaysia Express

 

Galeri gambar


 

E-Kerajaan: Pembayaran Saman PDRM Menggunakan Mesin ATM Maybank

Tarikh

: 09 Mei 2022

Masa

: 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari

Lokasi

: Group Whatsapp PEDi Ulu Seperi

Peserta

: 14 Orang

 

TUJUAN:

  • Mengajar cara menyelesaikan pembayaran saman PDRM melalui mesin ATM Maybank
  • Menjimatkan masa untuk membayar saman PDRM tanpa perlu melawat Pejabat Trafik
  • Memudahkan urusan kerja penduduk komuniti Ulu Seperi

 

AKTIVITI:

  • Kelas dimulakan dengan langsung mengenai cara-cara membayar saman PDRM menggunakan Mesin ATM Maybank
  • Petugas menerangkan 6 langkah mudah beserta imej tangkapan daripada mesin ATM agar penduduk komuniti dapat mengikut dengan lebih mudah
  • Akhir sekali, penduduk komuniti Ulu Seperi diberi galakan untuk mencetak resit setelah melakukan pembayaran di mesin ATM Maybank bagi menyimpan bukti pembayaran yang telah dilakukan

 

Galeri gambar


 

E-Kerajaan: Pembayaran Hutang PTPTN Menggunakan Simpanan KWSP

Tarikh

: 19 April 2022

Masa

: 3.00 Petang - 5.00 Petang

Lokasi

: Group Whatsapp PEDi Ulu Seperi

Peserta

: 23 Orang

 

TUJUAN:

  • Memberi tunjuk ajar membayar hutang PTPTN dengan menolak baki simpanan wang KWSP
  • Bertujuan menarik minat komuniti untuk membayar hutang PTPTN sementara diskaun masih dibuka kepada semua
  • Seterusnya, menjelaskan pelbagai diskaun yang ditawarkan oleh pihak PTPTN bagi meringankan beban hutang pengguna PTPTN

 

AKTIVITI:

  • Petugas menarik minat komuniti dengan menghebahkan mengenai Diskaun Bayaran Balik PTPTN sebanyak 10%, 12% dan 15%
  • Seterusnya, petugas menjelaskan mengenai e-Pengeluaran kepada komuniti setempat
  • Setelah itu petugas mengajar 3 langkah mudah cara permohonan Bayar PTPTN menggunakan KWSP

 

Galeri gambar