Kelas Multimedia: Remove.bg

Tarikh

: 14 Jun 2022

Masa

: 2.00 Petang - 4.00 Petang

Lokasi

: Group Whatsapp PEDi Ulu Seperi

Peserta

: 12 Orang

 

TUJUAN:

  • Memberi hebahan kepada komuniti Ulu Seperi berkenaan laman web remove.bg
  • Laman web remove.bg dapat membantu penduduk komuniti Ulu Seperi untuk menghasilkan kepingan gambar passport tanpa menggunakan sofware yang rumit seperti Adobe Photoshop
  • Laman web remove.bg mempunyai banyak pilihan latar passport yang sering digunakan seperti warna putih dan juga biru

 

AKTIVITI:

  • Kelas dimulakan dengan memperkenalkan apakah itu laman web remove.bg
  • Laman web remove.bg dijelaskan adalah untuk kegunaan penciptaan gambar berukuran passport hanya dengan sekali klik sahaja pada laman web remove.bg
  • Seterusnya, petugas memberi tangkapan skrin (screenshot) bersama penjelasan ringkas bagaimana cara membuang latar gambar di bahagian belakang
  • Selain itu, petugas juga berkongsi cara membuat latar baru bagi tujuan cetakan gambar berukuran passport seperti warna biru dan juga putih

 

Galeri gambar


 

Latihan Keusahawanan: Tutorial Memasukkan Produk Jualan

Di Katalog Whatsapp Business

Tarikh

: 10 Jun 2022

Masa

: 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari

Lokasi

: Group Whatsapp PEDi Ulu Seperi

Peserta

: 17 Orang

 

TUJUAN:

  • Mengajar para usahawan untuk memuat turun aplikasi Whatsapp Business bagi tujuan jualan dan mudah agar tidak bercampur dengan urusan Whatsapp peribadi
  • Menyusun produk jualan mengikut senarai dan folder yang sesuai bagi dipamerkan dalam katalogWhatsapp Business

 

AKTIVITI:

  • Petugas memperkenalkan aplikasi Whatsapp Business kepada para usahawan di Ulu Seperi
  • Seterusnya, petugas meminta para usahawan untuk memuat turun aplikasi Whatsapp Business tersebut
  • Setelah itu, petugas mengajar cara membuka katalog bisnes di aplikasi Whatsapp Business
  • Akhir sekali, para usahawan diajar untuk mengambil gambar dengan menarik untuk dimuat naik kedalam katalog agar tampak lebih menarik
  • Di ahkir kelas, petugas memberi satu pautan daripada Youtube mengenai car-cara membuka katalog di Whatsapp Business sebagai rujukan untuk memudahkan urusan para usahawan

 

Galeri gambar


 

E-Kerajaan: Rayuan BKM 2022

Tarikh

: 22 Mei 2022

Masa

: 3.00 Petang - 5.00 Petang

Lokasi

: Group Whatsapp PEDi Ulu Seperi

Peserta

: 10 Orang

 

TUJUAN:

  • Memberi tunjuk ajar membuat rayuan BKM 2022 secara atas talian
  • Bertujuan memberi peluang kepada komuniti Ulu Seperi untuk mendapatkan bantuan kerajaan

 

AKTIVITI:

  • Di permulaan kelas, petugas menjelaskan syarat kelayakan bagi membuat permohonan rayuan BKM 2022
  • Seterusnya, petugas menerangkan tarikh rayuan dibuka dan ditutup secara atas talian dan juga penghantaran borang secara manual
  • Setelah itu, petugas berkongsi pautan laman web BKM 2022 dan mengajar cara-cara meneruskan permohonan rayuan BKM 2022

 

Galeri gambar


 

Kelas Keusahawanan: Video Pendek CapCut

Tarikh

: 09 Jun 2022

Masa

: 3.00 Petang - 5.00 Petang

Lokasi

: Group Whatsapp PEDi Ulu Seperi

Peserta

: 17 Orang

 

TUJUAN:

  • Membuat video promosi barangan jualan melalui aplikasi video pendek CapCut
  • Mengajar para usahawan PEDi Ulu Seperi untuk menghasilkan video promosi menggunakan fitur-fitur yang disediakan oleh CapCut
  • Video promosi yang disediakan boleh dikongsi kepada pplatform Whatsapp, Facebook, Instagram, Shopee dan juga TikTok para usahawan

 

AKTIVITI:

  • Kelas keusahawanan pengenalan kepada aplikasi CapCut
  • Seterusnya, petugas memberi tangkapan skrin (screenshot) bersama penjelasan ringkas kepada setiap langkah yang dikongsi kepada para peserta
  • Petugas berkongsi 13 langkah ringkas untuk mencipta video promosi yang pendek kepada para peserta termasuklah cara untuk berkongsi video yang telah siap disunting diakhir kelas

 

Galeri gambar


 

Cop Digital Menggunakan Microsoft Word Dan Adobe Acrobat Reader

Tarikh

: 16 Mei 2022

Masa

: 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari

Lokasi

: Group Whatsapp PEDi Ulu Seperi

Peserta

: 19 Orang

 

TUJUAN:

  • Memberi pengajaran kepada golongan belia dan pelajar di Ulu Seperi mengenai cara-cara mencipta cop digital Microsoft Word dan Adobe Acrobat Reader
  • Mengajar mereka menjadi lebih kreatif dalam menggunakan aplikasi Microsoft Word
  • Para pelajar boleh gunakan cop digital yang telah mereka cipta dan menghantar tugasan diatas talian dengan lebih kemas

 

AKTIVITI:

  • Petugas menjelaskan cara-cara membuat cop digital menggunakan dua aplikasi iaitu Microsoft Word dan juga Adobe Acrobat Reader
  • Seterusnya, petugas berkongsi 6 langkah mudah dimana langkah pertama dimulakan dengan menggunakan Microsoft Word dan selebihnya ditetapkan menggunakan Adobe Acrobat Reader
  • Petugas berkongsi langkah-langkakh tersebut bersama tangkapan skrin dan juga panduan video tutorial untuk memudahkan kefahaman komuniti Ulu Seperi

 

Galeri gambar