E-Kerajaan: Semakan Scammer Diatas Talian

Tarikh

: 23 Ogos 2022

Masa

: 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari

Lokasi

: Group Whatsapp PEDi Ulu Seperi

Peserta

: 20 Orang

 

TUJUAN:

  • Mendewasakan pemikiran penduduk Ulu Seperi terutamanya belia yang sedang mencari pekerjaan agar tidak mudah tertipu dengan penipuan kerja diatas talian
  • Memperkenalkan portal CCID kepada komuniti untuk membuat semakan Scammer secara atas talian
  • Mudah menjejak scammer seandainya mendapat mesej serta pangggilan daripada nombor yang tidak dikenali

 

AKTIVITI:

  • Menjelaskan fungsi laman CCID dibangunkan diawal kelas dimulakan
  • Seterusnya, petugas berkongsi pautan laman CCID kepada peserta Ulu Seperi untuk mereka gunakan dimasa akan datang
  • Petugas menggalakkan peserta untuk menggunakan laman CCID sekiranya menerima tawaran kerja ataupun mesej dan panggilan yang mencurigakan unutk melakukan semakan
  • Petugas juga mengajar peseerta cara-cara untuk melakukan semakan scammer di laman CCID dengan ringkas

 

Galeri gambar


 

Kelas Keusahawanan – Jual Di TikTok Shop

Tarikh

: 22 Ogos 2022

Masa

: 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari

Lokasi

: Group Whatsapp PEDi Ulu Seperi

Peserta

: 19 Orang

 

TUJUAN:

  • Usahawan di Ulu Seperi dapat belajar untuk mengembangkan lagi aktiviti jualan mereka secara atas talian
  • Ramai pengguna menggunakan TikTok sebagai platform digital sebagai daya tarikan yang sesuai untuk digunakan sebagai akaun jualan para usahawan
  • TikTok juga boleh menyediakan pelbagai fitur menarik dalam mempromosikan produk jualan seperti video pendek dan efek-efek menarik

 

AKTIVITI:

  • Petugas mengajar usahawan cara mendaftar akaun TikTok Shop dan mula menjual sebagai Seller
  • Petugas menerangkan syarat-syarat untuk mendaftar sebagai penjual di TikTok Shop terlebih dahulu sebelum memulakan perkongsian
  • Setelah itu, barulah petugas berkongsi tatacara pendaftaran di TikTok Shop
  • Tatacara yang dikongsikan kepada para usahawan adalah mudah untuk diikut dan difahami

 

Galeri gambar


 

E-Kerajaan: Pendaftaran Kali Pertama Portal mySIKAP

 

Tarikh

: 05 Ogos 2022

Masa

: 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari

Lokasi

: Group Whatsapp PEDi Ulu Seperi

Peserta

: 17 Orang

 

TUJUAN:

  • Petugas mendidik komuniti Ulu Seperi untuk mendaftar di Portal mySIKAP bagi memudahkan urusan kerja penduduk
  • Portal mySIKAP boleh digunakan oleh pihak komuniti untuk melakukan pelbagai urusan seperti pembaharuan lesen dan cukai jalan, menyemak saman dan lain lain

 

AKTIVITI:

  • Petugas memulakan kelas dengan pengenalan kepada portal mySIKAP
  • Seterusnya, petugas berkongsi layar mengenai cara-cara mendaftar dalam portal mySIKAP sebagai pengguna
  • Petugas juga mengajar cara melakukan semakan saman melalui portal mySIKAP
  • Petugas mengakhiri kelas dengan perkongsian pautan portal bagi pendaftaran pengguna mySIKAP

 

Galeri gambar


 

E-Kerajaan: Penabungan myASNB untuk Tujuan

Simpanan Masa Hadapan

Tarikh

: 19 Ogos 2022

Masa

: 2.00 Petang - 4.00 Petang

Lokasi

: Group Whatsapp PEDi Ulu Seperi

Peserta

: 19 Orang

 

TUJUAN:

  • Penabungan myASNB dapat membantu penduduk untuk lebih bersedia menghadapi menghadapi masa hadapan
  • Penabungan menggunakan ASNB adalah percuma dan lebih mudah serta pantas melalui myASNB
  • myASNB juga mudah diakses untuk membuat semakan maklumat akaun serta memuat turun dokumen pelaburan

 

AKTIVITI:

  • Kelas dimulakan dengan perkongsian kepada komuniti mengenai myASNB
  • Petugas mengesyorkan penduduk untuk menggunakan myASNB sebagai laman penabungan mereka kerana sistem yang disediakan adalah lebih selamat
  • Seterusnya, petugas berkongsi tutorial untuk menetapkan potongan simpanan bulanan melalui auto-labur ASB
  • Tutorial yang dikongsikan diperjelas dengan mudah dan padat untuk rujukan penduduk Ulu Seperi

 

Galeri gambar


 

Kelas Keusahawanan: Taklimat Pendaftaran Perniagaan (SSM)

Tarikh

: 01 Ogos 2022

Masa

: 3.00 Petang - 5.00 Petang

Lokasi

: Pautan Google Meet

Peserta

: 20 Orang

 

TUJUAN:

  • Petugas menyertai Taklimat Pendaftaran Perniagaan (SSM) untuk mempelajari tatacara pendaftaran perniagaan pengguna demi usahawan kelak
  • Taklimat yang dipelajari akan diturunkan kepada para usahawan di komuniti Ulu Seperi
  • Dapat berhubung secara terus dengan pegawai SSM dalam mendalami ilmu Pendaftaran Perniagaan (SSM)
  • Dapat bertanya pelbagai soalan yang dipersoal oleh komuniti kepada pegawai

 

AKTIVITI:

  • Kelas dimulakan dengan pendaftaran peserta yang terlibat dengan taklimat pendaftaran perniagaan SSM
  • Seterusnya, kami menyertai taklimat tersebut secara atas talian melalui pautan Google Meet yang diberikan
  • Setelah itu, taklimat dijalankan selama 3 jam bersama pegawai yang terlibat pada setiap sesi
  • Taklimat diakhiri dengan sesi soal jawab untuk menjawab kerunsingan peserta yang menyertai taklimat

 

Galeri gambar