Kelas Keusahawanan: Digital Marketing Bersama Google Primer

Tarikh

: 17 September 2022

Masa

: 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari

Lokasi

: Group Whatsapp PEDi Ulu Seperi

Peserta

: 19 Orang

 

TUJUAN:

  • Usahawan di Ulu Seperi dapat belajar untuk mengembangkan lagi aktiviti jualan mereka secara atas talian
  • Google Primer membantu usahawan belajar dalam bentuk modul secara percuma sebagai panduan mereka
  • Setiap langkah yang ingin dipelajari oleh usahawan dalam bahagian pemasaran digital boleh dibantu oleh Google Primer
  • Memudahkan usahawan untuk memahami langkah-langkah yang perlu diambil sekiranya ingin membuka platform digital

 

AKTIVITI:

  • Petugas mendedahkan aplikasi Google Primer kepada usahawan-usahawan PEDi Ulu Seperi
  • Google Primer boleh digunakan sebagai panduan usahawan untuk setiap kerunsingan yang bermain di kepala usahawan
  • Petugas menerangkan cara-cara membuat pendaftaran di Google Primer dan menetapkan cara untuk menggunakannya dengan betul
  • Akhir sekali, petugas menggalakkan usahawan belajar ilmu yang boleh didapati melalui Google Primer kerana modul dan penerangan yang disediakan adalah sangat padat dan berguna

 

Galeri gambar


 

Kelas Multimedia: Suntingan Video Menggunakan Movavi Clips

Tarikh

: 13 September 2022

Masa

: 2.00 Petang - 4.00 Petang

Lokasi

: Group Whatsapp PEDi Ulu Seperi

Peserta

: 20 Orang

 

TUJUAN:

  • Berkongsi idea menggunakan aplikasi Movavi Clips untuk suntingan video
  • Movavi Clips mempunyai fitur yang lebih banyak, efektif dan mudah diaplikasikan dalam setiap video suntingan
  • Mengembangkan ilmu pengetahuan setiap penduduk dalam daya kekreativitian mereka untuk mencipta sesuatu video melalui Movavi Clips

 

AKTIVITI:

  • Kelas dimulakan dengan perkongsian kepada komuniti mengenai aplikasi Movavi Clips
  • Petugas mengesyorkan penduduk untuk menggunakan Movavi Clips sebagai aplikasi menyunting video kerana ia menyediakan banyak fitur menarik
  • Seterusnya, petugas berkongsi tutorial menggunakan aplikasi Movavi Clips bersama layar tangkap (screenshot) sebagai rujukan
  • Tutorial yang dikongsikan diperjelas dengan mudah dan padat untuk rujukan penduduk Ulu Seperi

 

Galeri gambar


 

Kelas Multimedia: Resume Mudah Dicipta Menggunakan

cvmaker.com

Tarikh

: 06 September 2022

Masa

: 3.00 Petang - 5.00 Petang

Lokasi

: Group Whatsapp PEDi Ulu Seperi

Peserta

: 10 Orang

 

TUJUAN:

  • Petugas mengadakan kelas mencipta resume untuk tujuan persediaan penduduk komuniti menghadapi alam pekerjaan
  • Cvmaker menyediakan templat yang percuma dan mudah untuk dihubungsuai dengan citarasa pengguna
  • Komuniti dapat mencipta resume yang memuaskan berikutan resume dibuat menggunakan idea kretiviti sendiri
  • Dapat mengelakkan daripada menghabiskan wang dan masa dengan mengupah agen untuk menyediakan resume

AKTIVITI:

  • Petugas memulakan kelas dengan memperkenalkan aplikasi Cvmaker kepada komuniti terutamanya lepasan graduan yang sedang giat mencari kerja
  • Seterusnya, petugas mengajar langkah-langkah mencipta resume mengikut urutan yang betul
  • Setiap langkah yang diajar dikongsikan bersama layar tangkap (screenshot) untuk rujukan komuniti
  • Kelas diakhiri dengan pengajaran untuk memuat turun resume yang telah siap dicipta dan digunakan untuk dihantar kepada bakal majikan yang ingin dilamar

 

Galeri gambar


 

Kelas Keusahawanan: Permulaan Langkah Sebagai Seorang Usahawan

Tarikh

: 09 September 2022

Masa

: 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari

Lokasi

: Group Whatsapp PEDi Ulu Seperi

Peserta

: 20 Orang

 

TUJUAN:

  • Petugas mendidik komuniti Ulu Seperi untuk berjinak-jinak dalam dunia perniagaan
  • Bertujuan menambah kos sara diri komuniti Ulu Seperi bagi membantu meningkatkan pendapatan mereka
  • Berkongsi kisah kejayaan seorang usahawan sebagai motivasi diri usahawan baru di PEDi Ulu Seperi

Menanam keyakinan dalam diri usahawan bahawasanya setiap orang boleh berjaya jika berusaha dengan cara yang betul

AKTIVITI:

  • Petugas berkongsi petua kepada bakal usahawan untuk bersedia melangkah kealam perniagaan
  • Seterusnya, petugas berkongsi layar mengenai ikon usahawan yang menjadi contoh kepada para usahawan yang sedang giat mempelajari ilmu keusahawanan
  • Petugas mengakhiri kelas dengan perkongsian pautan sumber positif ikon usahawan tersebut dan berharap perkongsian adalah bermanfaat kepada para usahawan

 

Galeri gambar


 

E-Kerajaan: Semakan Scammer Diatas Talian

Tarikh

: 23 Ogos 2022

Masa

: 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari

Lokasi

: Group Whatsapp PEDi Ulu Seperi

Peserta

: 20 Orang

 

TUJUAN:

  • Mendewasakan pemikiran penduduk Ulu Seperi terutamanya belia yang sedang mencari pekerjaan agar tidak mudah tertipu dengan penipuan kerja diatas talian
  • Memperkenalkan portal CCID kepada komuniti untuk membuat semakan Scammer secara atas talian
  • Mudah menjejak scammer seandainya mendapat mesej serta pangggilan daripada nombor yang tidak dikenali

 

AKTIVITI:

  • Menjelaskan fungsi laman CCID dibangunkan diawal kelas dimulakan
  • Seterusnya, petugas berkongsi pautan laman CCID kepada peserta Ulu Seperi untuk mereka gunakan dimasa akan datang
  • Petugas menggalakkan peserta untuk menggunakan laman CCID sekiranya menerima tawaran kerja ataupun mesej dan panggilan yang mencurigakan unutk melakukan semakan
  • Petugas juga mengajar peseerta cara-cara untuk melakukan semakan scammer di laman CCID dengan ringkas

 

Galeri gambar