Kelas Keusahawanan – Sub Account Shopee Platform 

Tarikh

: 18 Julai 2022

Masa

: 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari

Lokasi

: Group Whatsapp PEDi Ulu Seperi

Peserta

: 20 Orang

 

TUJUAN:

  • Membuka kelas terbuka kepada usahawan komuniti Ulu Seperi untuk mengenai Akaun Kecil di Shopee
  • Menggalakkan usahawan bekerjasama menguruskan akaun Shopee untuk mengelakkan urusan tergendala
  • Dapat meneruskan urusan perniagaan seandainya akaun utama mempunyai masalah

 

AKTIVITI:

  • Kelas dimulakan dengan pengenalan kepada apakah itu ‘Sub-Account’ shopee
  • Memberi pendedahan kepada para usahawan mengenai faedah-faedah yang boleh didapati melalui akaun penghubung ‘Sub Account’
  • Petugas seterusnya mengajar para usahawan untuk membina akaun kecil ataupun ‘Sub Account’
  • Setelah menagajar cara membuka ‘Sub Account’, petugas mengajar cara untuk menyambungkan (link) akaun tersebut dengan akaun utama (Main Account)

 

Galeri gambar


 

E-Kerajaan – Pendaftaran Sistem Janjitemu Klinik KKM 

Tarikh

: 12 Julai 2022

Masa

: 2.00 Petang - 4.00 Petang

Lokasi

: Group Whatsapp PEDi Ulu Seperi

Peserta

: 20 Orang

 

TUJUAN:

  • Memberi hebahan kepada komuniti Ulu Seperi berkenaan laman web Janji Temu Klinik melalui https://www.malaysia.gov.my/portal/index
  • Laman web Janji Temu Klinik dapat membantu penduduk komuniti Ulu Seperi untuk menempah Janji Temu di klinik yang dikehendaki
  • Aplikasi Janji Temu Klinik memudahkan pesakit untuk membuat tempahan tanpa perlu hadir di klinik dan menunggu giliran

 

AKTIVITI:

  • Kelas dimulakan dengan memperkenalkan apakah itu laman web https://www.malaysia.gov.my/portal/index dan Aplikasi Janji Temu Klinik
  • Aplikasi Janji Temu Klinik dijelaskan adalah untuk pesakit yang ingin ‘walk-in’ tanpa memerlukan rawatan susulan
  • Seterusnya, petugas memberi tangkapan skrin (screenshot) bersama penjelasan ringkas bagaimana cara melakukan pendaftaran dalam Sistem Janji Temu Klinik KKM
  • Selain itu, petugas juga berkongsi cara membuat tempahan janji temu di klinik bersama tangkapan skrin agar mudah difahami

 

Galeri gambar


 

E-Kerajaan: Pendaftaran Majlis Qurban Melalui eQurban 

Tarikh

: 04 Julai 2022

Masa

: 3.00 Petang - 5.00 Petang

Lokasi

: Group Whatsapp PEDi Ulu Seperi

Peserta

: 20 Orang

 

TUJUAN:

  • Mempromosikan laman web yang telah disediakan oleh pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS)
  • Membuka ruang ppendaftaran kepada agensi terlibat sebelum menyambut perayaan Aidil Adha
  • Memudahkan urusan kerja orang-orang masjid untuk mengisi borang dengan cepat dan mudah

 

AKTIVITI:

  • Kelas dimulakan dengan pengenalan kepada laman web eQurban
  • Seterusnya, petugas memberi tangkapan skrin (screenshot) bersama penjelasan ringkas kepada setiap langkah yang dikongsi kepada komuniti Ulu Seperi
  • Petugas juga membuat satu contoh pendaftaran agar komuniti Ulu Seperi dapat memahami dengan mudah
  • Akhir sekali, petugas mengajar cara mendapatkan borang status keputusan permohonan untuk tujuan cetakan dan dibawa semasa majlis qurban dijalankan

 

Galeri gambar


 

Kelas Keusahawanan: Kesilapan Dalam Perniagaan 

Tarikh

: 05 Julai 2022

Masa

: 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari

Lokasi

: Group Whatsapp PEDi Ulu Seperi

Peserta

: 15 Orang

 

TUJUAN:

  • Mendedahkan para usahawan supaya lebih berhati-hati dalam menjalankan urusan perniagaan
  • Menggalakkan para usahawan untuk lebih terbuka mempelajari ilmu-ilmu keusahawanan
  • Mengelakkan para usahawan daripada melakukan kesilapan diawal perniagaan

Supaya usahawan dapat belajar daripada kesilapan-kesilapan yang dilakukan dan tidak mengulanginya semula

AKTIVITI:

      • Petugas membuat perkongsian kepada para usahawan mengenai Kesilapan Dalam Bisnes
  • Petugas berkongsi slaid yang telah disediakan oleh petugas PEDi Menteritip
  • Terdapat 5 senarai kesilapan dalam perniagaan yang dikongsikan kepada komuniti Ulu Seperi
  • Petugas menerangkan setiap senarai kesilapan bersama penjelesan pendek dan padat kepada para usahawan di Ulu Seperi

 

Galeri gambar


E-Kerajaan: Pembayaran Bil Menggunakan

Touch N Go eWallet

Tarikh

: 21 Jun 2022

Masa

: 3.00 Petang - 5.00 Petang

Lokasi

: Group Whatsapp PEDi Ulu Seperi

Peserta

: 14 Orang

 

TUJUAN:

  • Memberi satu pilihan kepada penduduk cara untuk melangsaikan pembayaran bil menggunakan aplikasi Touch N Go eWallet
  • Touch N Go eWallet menawarkan pelbagai jenis pembayaran bil seperti TNB, Unifi, ASTRO, bil air dan juga bil telco anda
  • Memudahkan urusan pembayaran setiap bil hanya melalui satu aplikasi sahaja

 

AKTIVITI:

  • Di permulaan kelas, petugas menjelaskan mengenai aplikasi Touch N Go eWallet
  • Petugas berkongsi tangkapan skrin bahawa setiap pembayaran bil disediakan melalui aplikasi Touch N Go eWallet tersebut
  • Petugas menjelaskan bahawa pembayaran bil boleh dilakukan memalui pelbagai cara iaitu perbankan diatas talian, debit atau kredit dan juga melalui Topup Touch N Go sahaja

 

Galeri gambar