Microsoft Office: Microsoft Excel

Tarikh

: 12 Oktober 2021

Masa

: 2.00 Petang - 4.00 Petang

Lokasi

: Group Whatsapp Pusat Internet Ulu Seperi

Peserta

: 16 Orang

 

TUJUAN:

  • Menambah kemahiran komuniti dalam mengurus data dengan lebih sistematik dan cekap
  • Menambah pengetahuan tentang cara merujuk sel agar pemprosesan data dapat ditaksir dengan mudah dan betul
  • Memberi peluang pihak komuniti mempelajari formula dalam excel untuk mendapatkan data yang tepat tanpa melakukan pengiraan manual

 

AKTIVITI:

  • Petugas memulakan kelas dengan memberi penerangan mengenai Microsoft Excel.
  • Kemudian, petugas berkongsi 4 tips dan tricks mudah yang boleh diaplikasikan dalam Microsoft Excel untuk mendapatkan hasil kerja yang padat dalam masa yang singkat
  • Petugas berkongsi gambaran skrin yang telah siap diedit bagi memudahkan pemahaman untuk penduduk komuniti
  • Setiap gambar yang dikongsi juga diperjelaskan lagi dengan tambahan huraian oleh petugas

 

Galeri gambar


 

E-Kerajaan: E-Penyata Gaji (JANM)

Tarikh

: 10 Oktober 2021

Masa

: 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari

Lokasi

: Group Whatsapp Pusat Internet Ulu Seperi

Peserta

: 15 Orang

 

TUJUAN:

  • Membuka minda penduduk komuniti untuk mengakses maklumat penyata gaji bagi mendapatkan penyata bulanan
  • Memudahkan urusan kerja penduduk komuniti dengan cara menggunakan kemudahan yang telah disediakan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM)
  • Dapat menyimpan setiap data gaji bagi setiap tahun hanya dengan memuatturun dokumen di aplikasi E-Penyata Gaji

 

AKTIVITI:

    • Kelas dimulakan dengan penerangan oleh Puan Faraziah mengenai laman web yang disediakan oleh pihak kerajaan iaitu E-Kerajaan: E-Penyata Gaji
    • Seterusnya, petugas berkongsi layar laman web melalui platform Google
  • Kemudian, petugas menerangkan langkah-langkah mendaftar akaun E-Penyata Gaji tersebut
  • Petugas menjelaskan cara-cara menyemak serta memuatturun penyata melalui laman web E-Penyata Gaji
  • Setiap penjelasan yang diberikan oleh petugas dikongsi bersama tangkapan skrin (screenshot) yang telah disediakan

 

Galeri gambar


 

 

E-Pembelajaran: Tips Menggunakan Google Search

Tarikh

: 19 September 2021

Masa

: 3.00 Petang - 5.00 Petang

Lokasi

: Group Whatsapp Pusat Internet Ulu Sepri

Peserta

: 10 Orang

 

TUJUAN:

  • Memberi pendedahan kepada komuniti setempat mengenai maksud Google Search iaitu satu program yang mencari dan mengidentifikasi informasi di dalam pangkalan data (database) yang sesuai dengan kata kunci yang dimasukkan oleh pengguna
  • Memberi tips kepada komuniti setempat cara-cara untuk menggunakan Google Search dengan betul dan pantas
  • Petugas memberikan penerangan mengenai setiap tips cara menggunakan Google Search bagi mendapatkan info yang lebih tepat dan pantas

 

AKTIVITI:

  • Aktiviti dimulakan dengan petugas memberikan penerangan mengenai aktiviti yang akan dijalankan iaitu 10 Tips menarik cara menggunakan Google Search
  • Petugas memberi pendedahan mengenai maksud Google Search kepada komuniti setempat
  • Kemudian, petugas berkongsi 10 tips menarik beserta penerangan bagi menggunakan Google Search untuk mendapatkan info yang lebih tepat dan pantas

 

Galeri gambar


 

Kelas Keusahawanan: Iklan Pemasaran (Facebook)

Tarikh

: 4 Oktober 2021

Masa

: 3.00 Petang - 5.00 Petang

Lokasi

: Group Whatsapp Pusat Internet Ulu Seperi

Peserta

: 17 Orang

 

TUJUAN:

  • Memberi peluang kepada usahawan untuk mempromosikan produk jualan mereka di laman Facebook
  • Menambah jumlah pengikut di Facebook Page jualan produk usahawan tersebut
  • Memudahkan para usahawan mempromosikan produk jualan secara global dalam masa yang singkat

 

AKTIVITI:

  • Aktiviti dimulakan dengan petugas memberi penerangan mengenai aktiviti yang akan dijalankan iaitu Kelas Keusahawanan-Iklan Pemasaran (Facebook)
  • Kemudian, petugas memberi pendedahan mengenai syarat-syarat untuk membuat iklan di Facebook
  • Petugas memberi penjelasan satu persatu mengenai cara-cara mendirikan iklan di Facebook
  • Penjelasan disertakan bersama-sama tangkapan skrin (screenshot) oleh petugas agar mudah difahami

 

Galeri gambar


 

E-Pembelajaran: Interactive Learning

Tarikh

: 17 September 2021

Masa

: 11.00 Pagi - 1.00 Tengahari

Lokasi

: Group Whatsapp Pusat Internet Ulu Sepri

Peserta

: 10 Orang

 

TUJUAN:

  • Memperkenalkan laman sesawang http://liveworksheets.com/ kepada komuniti setempat
  • Para ibu bapa boleh menggunakan aplikasi ini untuk memberi  latih tubi kepada anak-anak mereka
  • Dapat mengalakkan anak-anak untuk kekal duduk di rumah semasa pandemik ini dan melakukan aktiviti interaktif bersama ahli keluarga


AKTIVITI:

  • Aktiviti dimulakan dengan petugas menerangkan mengenai aktiviti yang akan dijalankan kepada Group Whatsapp PIK Ulu Seperi
  • Petugas memberikan laman sesawang Interactive Learning bagi memudahkan urusan komuniti setempat iaitu di https://www.liveworksheets.com/
  • Petugas memberi penerangan langkah demi langkah cara-cara untuk menggunakan laman interaktif ini bagi memudahkan kefahaman komuniti setempat

 

Galeri gambar