Microsoft Powerpoint: Powerpoint Netflix Inspired

Tarikh

: 15 November 2021

Masa

: 2.00 Petang - 4.00 Petang

Lokasi

: Group Whatsapp Pusat Internet Ulu Seperi

Peserta

: 17 Orang

 

TUJUAN:

  • Berkongsi idea-idea kreatif untuk menyediakan pembentangan Powerpoint kepada pelajar-pelajar dan tenaga pengajar di Ulu Seperi
  • Mengajar kandungan-kandungan yang tersedia di dalam Microsoft Powerpoint untuk digunakan agar slaid bertambah menarik
  • Memberi penerangan yang jelas dan ringkas mengenai cara-cara menyediakan Powerpoint berdasarkan inspirasi daripada platform Netflix

 

AKTIVITI:

  • Pertama sekali, kelas dimulakan dengan petugas memberi penjelasan mengenai tujuan Kelas Powerpoint yang diadakan pada petang itu
  • Selepas itu, petugas berkongsi langkah-langkah menyediakan pembentangan Powerpoint menggunakan platform Netflix sebagai template
  • Langkah-langkah yang dikongsi oleh petugas melalui Group Whatsapp PIK Ulu Seperi adalah mengikut turutan yang betul bersama tangkapan skrin (screenshot) sebagai rujukan penduduk komuniti
  • Kelas diakhiri dengan kata-kata galakan kepada penduduk komuniti untuk mencuba menggunakan idea pembentangan menggunakan platform Netflix ini

 

Galeri gambar


 

E-Kerajaan – Mobile E-Waste Recycling

Tarikh

: 08 November 2021

Masa

: 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari

Lokasi

: Group Whatsapp Pusat Internet Ulu Seperi

Peserta

: 18 Orang

 

TUJUAN:

  • Mengajak penduduk setempat untuk mengitar semula telefon bimbit dan telefon pintar terpakai yang tidak lagi digunakan
  • Menerangkan kepada komuniti tentang impak-impak negatif sekiranya membuang telefon bimbit dan telefon pintar secara berleluasa
  • Menggunakan peluang ini untuk mempromosikan  paltform yang telah disediakan oleh kerajaan bagi mengitar semula telefon-telefon lama melalui saluran yang terkawal

 

AKTIVITI:

  • Aktiviti dimulakan dengan petugas memberikan penerangan terperinci mengenai kempen ‘Mobile E-Waste Recycling’
  • Seterusnya, petugas memberi galakan kepada penduduk komuniti untuk menyertai kempen mengitar semula barangan seperti tablet, telefon, telefon pintar, powerbank dan juga pemain mp3
  • Kemudian, petugas berkongsi fakta-fakta tentang kesan negatif yang diberikan kepada persekitaran dan kesihatan manusia sekiranya peranti-peranti seperti telefon dibuang secara sambil lewa
  • Setiap perkongsian dijelaskan dengan gambaran ringkas dan jelas yang diambil melalui laman web https://www.lalamove.com/malaysia/kualalumpur/en/blog/mobile-e-waste-recycling

 

Galeri gambar


 

E-Pembelajaran: Tutorial Menggunakan Google Drive

Tarikh

: 20 Oktober 2021

Masa

: 3.00 Petang - 5.00 Petang

Lokasi

: Group Whatsapp Pusat Internet Ulu Seperi

Peserta

: 9 Orang

 

TUJUAN:

  • Penjelasan kepada komuniti tentang kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh Google Drive
  • Berkongsi ilmu kepada komuniti cara-cara memanfaatkan aplikasi tersedia di dalam Google Drive sebagai media penyimpanan data
  • Mengajar langkah-langkah mudah untuk berkongsi fail kepada rakan-rakan sekaligus mengedit fail serentak bersama-sama rakan

 

AKTIVITI:

  • Aktiviti dimulakan oleh Puan Faraziah dengan memberi penerangan jelas dan padat berkenaan Google Drive
  • Kemudian, beliau menjelaskan fungsi-fungsi utama Google Drive sebagai media penyimpanan fail, perkongsian fail, mengedit fail dan juga melakukan backup data
  • Selepas itu, kelas diteruskan lagi dengan perkongsian tutorial menggunakan Google Drive
  • Tutorial tersebut dikongsi mengikut turutan langkah yang betul menggunakan tangkapan skrin yang telah diedit bersama penjelasan ringkas untuk kefahaman pihak komuniti

 

Galeri gambar


 

Kelas Keusahawanan: Aplikasi J&T Express

Tarikh

: 07 November 2021

Masa

: 3.00 Petang - 5.00 Petang

Lokasi

: Group Whatsapp Pusat Internet Ulu Seperi

Peserta

: 17 Orang

 

TUJUAN:

  • Meminta pihak komuniti untuk memuat turun aplikasi J&T melalui Google Play Store ataupun Apps Store untuk kemudahan mereka mengepos barang
  • Mengajar penduduk setempat menggunakan Smart Order melalui Aplikasi mudahalih J&T Express
  • Memudahkan urusan kerja pengeposan barang untuk penduduk setempat dengan mengisi terlebih dahulu maklumat-maklumat pengirim dan penerima barang pos

 

AKTIVITI:

  • Pertama sekali, kelas dimulakan dengan petugas memberi penerangan mengenai aplikasi mudahalih J&T Express
  • Setelah itu, petugas mengajar cara-cara membuat Single Order dengan betul
  • Petugas menjelaskan maklumat-maklumat yang perlu diisi bagi menyempurnakan order penghantaran barang yang ingin dilakukan oleh pengirim
  • Setiap langkah yang dijelaskan dalam menggunakan aplikasi J&T Express ini disertakan bersama tangkapan skrin (screenshot) untuk mudah difahami oleh penduduk setempat

 

Galeri gambar


 

Website: Weebly

Tarikh

: 15 Oktober 2021

Masa

: 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari

Lokasi

: Group Whatsapp Pusat Internet Ulu Seperi

Peserta

: 16 Orang

 

TUJUAN:

  • Memperkenalkan laman sesawang http://weebly.com/ kepada komuniti setempat
  • Para usahawan dapat belajar membina kedai atas talian
  • Lepasan pelajar dapat membuka laman web pengenalan diri sebagai platform resume
  • Penduduk komuniti dapat meluangkan masa berkongsi kisah atau resepi masakan dalam blog yang didirikan menggunakan laman sesawang Weebly

 

AKTIVITI:

  • Aktiviti dimulakan dengan petugas menerangkan mengenai aktiviti yang akan dijalankan kepada Group Whatsapp PIK Ulu Seperi
  • Petugas meminta komuniti membuat carian laman sesawang Weebly di Google Search dan mendaftar masuk akaun
  • Petugas memberi penerangan langkah demi langkah cara-cara untuk menggunakan laman sesawang Weebly bagi mendirikan laman pengenalan diri dan juga kedai di atas talian

 

Galeri gambar