Microsoft Powerpoint: Powerpoint Netflix Inspired

Tarikh

: 15 November 2021

Masa

: 2.00 Petang - 4.00 Petang

Lokasi

: Group Whatsapp Pusat Internet Ulu Seperi

Peserta

: 17 Orang

 

TUJUAN:

  • Berkongsi idea-idea kreatif untuk menyediakan pembentangan Powerpoint kepada pelajar-pelajar dan tenaga pengajar di Ulu Seperi
  • Mengajar kandungan-kandungan yang tersedia di dalam Microsoft Powerpoint untuk digunakan agar slaid bertambah menarik
  • Memberi penerangan yang jelas dan ringkas mengenai cara-cara menyediakan Powerpoint berdasarkan inspirasi daripada platform Netflix

 

AKTIVITI:

  • Pertama sekali, kelas dimulakan dengan petugas memberi penjelasan mengenai tujuan Kelas Powerpoint yang diadakan pada petang itu
  • Selepas itu, petugas berkongsi langkah-langkah menyediakan pembentangan Powerpoint menggunakan platform Netflix sebagai template
  • Langkah-langkah yang dikongsi oleh petugas melalui Group Whatsapp PIK Ulu Seperi adalah mengikut turutan yang betul bersama tangkapan skrin (screenshot) sebagai rujukan penduduk komuniti
  • Kelas diakhiri dengan kata-kata galakan kepada penduduk komuniti untuk mencuba menggunakan idea pembentangan menggunakan platform Netflix ini

 

Galeri gambar