E-Kerajaan: Perbaharui Lesen Kenderaan Menggunakan Aplikasi MYEG

Tarikh

: 11 September 2021

Masa

: 10.30 Pagi - 12.30 Tengahari

Lokasi

: Group Whatsapp Pusat Internet Ulu Sepri

Peserta

: 10 Orang

 

TUJUAN:

  • Dapat mendigitalkan operasi serta perkhidmatan, JPJ telah bekerjasama dengan MyEG untuk menawarkan perkhidmatan secara online
  • Inisiatif ini selaras dengan pengesyoran oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam mendepani pandemik COVID-19 yang melanda dunia dan negara
  • Dapat mengurangkan kontak fizikal dan urusan JPJ dapat diselesaikan secara atas talian dengan mudah dan pantas
  • Dapat memudahkan urusan komuniti setempat untuk memperbaharui lesen kenderaan mereka secara atas talian


AKTIVITI:

  • Aktiviti dimulakan dengan petugas memberi penerangan mengenai aktiviti yang akan dijalankan iaitu Kelas E-Kerajaan – Perbaharui Lesen Kenderaan Menggunakan Aplikasi MYEG
  • Petugas menyediakan laman sesawang MyEG bagi memudahkan urusan komuniti setempat https://www.myeg.com.my/
  • Petugas menghantar gambar beserta keterangan langkah demi langkah sebagai rujukan kepada komuniti setempat untuk menggunakan aplikasi ini

 

Galeri gambar