TAJUK : CELIK IT
NAMA : SITI NUR AISHAH BINTI MOHD RIZAL
UMUR : 12 TAHUN
AHLI : 2 FEBRUARI 2012
LATAR BELAKANG :
Saya merupakan komuniti yang menetap di Kg Seperi bersama keluarga saya. Oleh hal yang demikian, jarak di antara Pusat internet Ulu Sepri dengan rumah saya hanya 2 kilometer sahaja yang membolehkan saya berkunjung ke Pi berjalan kaki mahupun membonceng basikal. Saya seringkali berkunjung ke Pi1M bersama-sama dengan kawan-kawan saya untuk mengulangkaji pelajaran disamping mengikuti setiap kelas atau latihan ICT yang dijalankan oleh petugas.
SEBELUM PENGGUNAAN ICT :
Memandangkan saya baru sahaja berusia 12 tahun dan bakal menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini, saya merasakan saya perlu mempelajari menggunakan komputer dan internet. Hal ini demikian kerana, di sekolah guru-guru seringkali memberi tugasan yang memerlukan saya untuk mencari maklumat atau bahan-bahan pelajaran melalui internet.
Namun demikian, saya tidak mahir menggunakan komputer dan internet pada usia saya sekarang. Atas galakan keluarga dan kawan-kawan akhirnya saya berkunjung ke Pi untuk mendapatkan khidmat nasihat daripada petugas. Setelah mendapat kata putus, saya mengambil keputusan untuk mendaftar sebagai ahli Pi dengan bayaran RM5.00 untuk seumur hidup. Dengan mendaftar menjadi ahli saya kini boleh mengikuti kelas dan latihan yang dijalankan secara percuma.
SELEPAS PENGGUNAAN ICT :
Setelah mengikuti beberapa siri latihan dan program yang dianjurkan di Pi, saya kini lebih berkeyakinan untuk menggunakan komputer dan internet dengan bantuan yang minima daripada petugas. Antara kelas yang telah saya ikuti adalah pembelajaran komputer Intel Easy Steps, Publishing, Klik Dengan Bijak dan Microsoft Office.
Terdapat banyak perubahan yang dapat dilihat terutamanya saya mendapat ilmu pengetahuan mengenai dunia teknologi maklumat. Selain itu, saya juga sudah boleh menggunakan Microsoft Office Word dengan lebih lancar dan kini saya sudah mahir menggunakan enjin carian “Google” untuk mencari maklumat yang saya perlukan. Di samping itu, saya juga telah mahir menggunakan web browser Youtube untuk menonton video-video yang berkaitan dengan pelajaran saya dan yang berkaitan dengan isu semasa.
TAJUK : USAHAWAN
NAMA : FAZURA BINTI ABD GHANI
UMUR : 33 TAHUN
AHLI : 17 NOV 2017
LATAR BELAKANG :
Jarak di antara Pidengan rumah saya tidak melebihi 5 kilometer, maka mudah bagi saya untuk berkunjung ke Pusat Internet Ulu Sepri ini jika terdapat kelapangan pada hari biasa atau pada hujung minggu.Sebelum saya mengusahakan jualan kuih-kuih sejuk beku dan aneka jenis roti, saya adalah seorang pekerja swasta yang bekerja waktu shif. Ini agak menyukarkan saya untuk menjaga anak-anak memandangkan saya telah berkahwin dan mempunyai dua orang anak.
SEBELUM PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PI :
Saya tidak mendapat pendedahan yang mendalam mengenai ilmu kemahiran keusahawanan ini. Hal ini kerana, sebelum ini saya hanya mengetahui asas-asas keusahawanan sahaja dan tidak pernah mengikuti mana-mana kelas keusahawanan. Pendek kata, saya mempunyai ilmu yang agak cetek di dalam bidang ini dan berminat dan bersemangat untuk menimba sesuatu yang baru bagi menjamin masa depan saya di samping dapat menjana pendapatan sampingan kelak.
SELEPAS PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PI
Terdapat banyak perubahan yang dapat dilihat selepas tamat latihan kemahiran keusahawanan yang saya sertai di Pusat Internet Ulu Sepri ini. Atas usaha gigih dan dengan bantuan kemahiran keusahawanan yang dipelajari di Pi kini saya mampu untuk menambah lagi peralatan untuk memperbanyakkan lagi produk-produk sejuk beku saya.
Jika terdapat sebarang permasalahan yang berkaitan dengan teknologi maklumat saya akan segera merujuk kepada petugas Pi. Dengan adanya bantuan yang berterusan daripada pihak Pi secara tidak langsung, hasil jualan yang dahulunya hanya mencecah RM250 satu hari kini mampu mencecah RM500 kerana mendapat banyak tempahan dari pelanggan.
USAHAWAN YANG MEMBEKAL DAN MENJUAL PELBAGAI MAKANAN DAN MINUMAN DI KANTIN
NAMA : ROSELIZA BINTI MOHD YUSOF
UMUR : 45TAHUN
AHLI : 13 APRIL 2014
LATAR BELAKANG :
Pada awal kewujudan Pusat Internet Ulu Sepri ini saya kurang berminat untuk berkunjung ke sana kerana merasakan tiada kepentingan untuk saya berbuat demikian. Namun, anak-anak saya sering berkunjung ke PI dan seringkali menceritakan pengalaman mereka ketika berkunjung ke PI.
Apabila anak-anak semakin teruja menceritakan mengenai perkhidmatan dan kelas-kelas yang dianjurkan oleh pihak PI, saya mula berasa berminat dan merasakan bahawa petugas di sana dapat membantu saya dalam pelbagai aspek terutamanya dari aspek kemahiran keusahawanan. Oleh itu, saya mengambil keputusan untuk berkunjung ke PI dan berjumpa dengan petugas di sana. Setelah mendengar penerangan dan taklimat ringkas daripada petugas, saya berasa amat teruja dengan perkhidmatan dan kelas-kelas latihan yang dijalankan di PI. Lantas saya mengambil keputusan untuk menjadi ahli PI dengan bayaran hanya RM5.00 untuk seumur hidup. Dengan menjadi ahli, saya dapat mengikuti pelbagai kelas dan latihan yang dianjurkan oleh petugas secara percuma.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan
Sebelum penglibatan dengan PI, saya sememangnya seorang yang tidak mahir menggunakan perkhidmatan internet mahupun komputer begitu juga ilmu keusahawanan yang saya miliki begitu cetek. Oleh hal yang demikian, saya membuat kunjungan ke PI dan membuat temujanji bersama petugas di PI untuk berbincang mengenai kelas dan latihan yang bakal saya jalani.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan
Selepas selesai beberapa siri latihan keusahawanan yang dianjurkan oleh pihak PI, kini saya merasakan lebih berkeyakinan untuk meneruskan aktiviti keusahawanan yang sedang saya jalankan. Selain itu, terdapat banyak perubahan yang dapat dilihat selepas tamat latihan keusahawanan yang saya sertai di Pusat Internet Ulu Sepri ini. Hal ini demikian kerana, setelah menjalankan aktiviti promosi perniagaan saya, kini lebih ramai pelanggan yang menggunakan perkhidmatan yang saya tawarkan. Begitu juga dengan pihak PI Ulu Sepri yang akan menggunakan perkhidmatan katering saya jika terdapat sebarang program yang dianjurkan oleh pihak PI.
TAJUK : CELIK IT
NAMA : PUTRI NUR FARHANA BINTI MOHD ROZINAWATI
UMUR : 13 TAHUN
AHLI : 21 MAC 2016
LATAR BELAKANG :
Saya mengetahui mengenai Pusat Internet kerana ianya berhampiran dengan tempat tinggal saya. Oleh hal yang demikian, jika terdapat sebarang tugasan sekolah yang melibatkan penggunaan komputer dan internet saya akan terus berkunjung ke sana. Saya selalu menghadirkan diri ke kelas-kelas yang dianjurkan kerana saya berminat untuk mempelajari bidang ilmu teknologi maklumat.
SEBELUM PENGGUNAAN ICT :
Sebelum ini saya tidak begitu mahir menggunakan komputer dan internet dan hanya mengetahui secara asas sahaja. Setelah saya menyedari bahawa saya perlu membuat penambah baikkan dalam bidang ini menjadikan saya tidak teragak-agak menyertai kelas yang disediakan petugas. Bagi menyelesaikan tugasan kerja kursus yang diberikan oleh guru, ianya memerlukan saya untuk mempunyai kemahiran komputer dan internet.
SELEPAS PENGGUNAAN ICT :
Kini terdapat banyak perubahan pada diri saya terutamanya saya dapat menambah ilmu pengetahuan mengenai dunia teknologi maklumat. Selain itu, saya juga sudah mahir untuk menggunakan Microsoft Office Word. Kini saya lebih mudah untuk mencari maklumat dengan menggunakan enjin carian “Google” bagi menyelesaikan tugasan kerja kursus saya dengan bantuan minima daripada petugas.
USAHAWAN SUP WARISAN OMAK DEN
NAMA : MOHAMMAD SHAHRIL BIN MOHD SAMSI
UMUR : 28 TAHUN
AHLI : 21 APRIL 2015
LATAR BELAKANG :
Saya mula menjadi ahli Pi1M Ulu Sepri pada 21 April 2015. Jarak di antara Pi dengan rumah saya tidak melebihi 4 kilometer, maka mudah bagi saya untuk berkunjung ke Pusat Internet Ulu Sepri ini jika terdapat kelapangan pada hari biasa atau pada hujung minggu. Saya memilih untuk membuka kedai sup gearbox sebagai menu utama kerana saya inginkan kelainan dan seperti yang kita sedia maklum sup gearbox ini jarang dijumpai dan lain dari makanan yang terdapat di kedai biasa.
SEBELUM PENGGUNAAN ICT :
Sebelum mengikuti kelas kemahiran keusahawanan yang dijalankan di Pusat Internet Ulu Sepri ini, saya hanya mempunyai ilmu keusahawanan yang minimal sahaja. Oleh itu, saya mengambil keputusan untuk berkunjung ke Pi kerana saya mendapati petugas di sini dapat membantu saya dalam memantapkan kemahiran penggunaan komputer dan internet. Dalam erti kata lain, petugas di sini dapat memberikan latihan yang berkaitan dengan teknologi maklumat yang dijalankan secara percuma kepada komuniti setempat.
SELEPAS PENGGUNAAN ICT :
Terdapat banyak perubahan yang dapat dilihat selepas tamat latihan kemahiran keusahawanan yang saya sertai di Pusat Internet Ulu Sepri ini. Hal ini demikian kerana pada tahun lepas saya hanya menumpang menyewa di tapak kedai peniaga lain. Namun, atas usaha gigih dan dengan bantuan kemahiran keusahawanan yang dipelajari di Pi kini saya mampu untuk menyewa sebuah premis kedai makan sendiri yang lebih besar dan selesa.