USAHAWAN YANG MEMBEKAL DAN MENJUAL PELBAGAI MAKANAN DAN MINUMAN DI KANTIN

NAMA : ROSELIZA BINTI MOHD YUSOF

UMUR : 45TAHUN

AHLI : 13 APRIL 2014

LATAR BELAKANG :

Pada awal kewujudan Pusat Internet Ulu Sepri ini saya kurang berminat untuk berkunjung ke sana kerana merasakan tiada kepentingan untuk saya berbuat demikian. Namun, anak-anak saya sering berkunjung ke PI dan seringkali menceritakan pengalaman mereka ketika berkunjung ke PI.

Apabila anak-anak semakin teruja menceritakan mengenai perkhidmatan dan kelas-kelas yang dianjurkan oleh pihak PI, saya mula berasa berminat dan merasakan bahawa petugas di sana dapat membantu saya dalam pelbagai aspek terutamanya dari aspek kemahiran keusahawanan. Oleh itu, saya mengambil keputusan untuk berkunjung ke PI dan berjumpa dengan petugas di sana. Setelah mendengar penerangan dan taklimat ringkas daripada petugas, saya berasa amat teruja dengan perkhidmatan dan kelas-kelas latihan yang dijalankan di PI. Lantas saya mengambil keputusan untuk menjadi ahli PI dengan bayaran hanya RM5.00 untuk seumur hidup. Dengan menjadi ahli, saya dapat mengikuti pelbagai kelas dan latihan yang dianjurkan oleh petugas secara percuma.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan 

Sebelum penglibatan dengan PI, saya sememangnya seorang yang tidak mahir menggunakan perkhidmatan internet mahupun komputer begitu juga ilmu keusahawanan yang saya miliki begitu cetek. Oleh hal yang demikian, saya membuat kunjungan ke PI  dan membuat temujanji bersama petugas di PI untuk berbincang mengenai kelas dan latihan yang bakal saya jalani.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan 

Selepas selesai beberapa siri latihan keusahawanan yang dianjurkan oleh pihak PI, kini saya merasakan lebih berkeyakinan untuk meneruskan aktiviti keusahawanan yang sedang saya jalankan. Selain itu, terdapat banyak perubahan yang dapat dilihat selepas tamat latihan keusahawanan yang saya sertai di Pusat Internet Ulu Sepri ini. Hal ini demikian kerana, setelah menjalankan aktiviti promosi perniagaan saya, kini lebih ramai pelanggan yang menggunakan perkhidmatan yang saya tawarkan. Begitu juga dengan pihak PI Ulu Sepri yang akan menggunakan perkhidmatan katering saya jika terdapat sebarang program yang dianjurkan oleh pihak PI.

katering  katering2