TAJUK : CELIK IT
NAMA : AINUL MAISARAH BINTI NOORZI
UMUR : 15 TAHUN
AHLI : 4 MAC 2017
LATAR BELAKANG :
Saya mendapat maklumat mengenai Pusat Internet 1Malaysia (Pi1M) melalui Pengurus Pi1M berkenaan memandangkan Pengurus tersebut merupakan kakak saudara saya. Oleh hal yang demikian, jika terdapat sebarang tugasan sekolah yang melibatkan penggunaan komputer dan internet saya akan terus menghubungi Pengurus Pi1M dan membuat temujanji untuk berkunjung ke sana. Setelah mendengar penerangan daripada petugas Pi1M saya berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kelas-kelas yang dianjurkan kerana saya berminat untuk mempelajari bidang ilmu teknologi maklumat.
SEBELUM PENGGUNAAN ICT :
Kali pertama berkunjung ke Pi1M, saya terus membuat keputusan untuk mendaftar sebagai ahli Pi1M dengan bayaran RM5.00. Hal ini demikian kerana, setelah menjadi ahli Pi1M saya berpeluang untuk mengikuti latihan dan bimbingan kelas secara percuma.
Sebelum kunjungan saya ke Pi1M, saya tidak tidak begitu mahir menggunakan komputer dan internet iaitu hanya mengetahui secara asas sahaja. Namun, saya menyedari bahawa saya perlu membuat anjakan paradigma memandangkan tidak lama lagi saya akan menduduki Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) dan memerlukan saya untuk mempunyai kemahiran komputer dan internet bagi menyelesaikan tugasan kerja kursus yang diberikan oleh guru.
SELEPAS PENGGUNAAN ICT :
Setelah mengikuti beberapa siri kelas dan latihan yang dianjurkan oleh pihak Pi1M, kini saya lebih mahir dan berkeyakinan menggunakan komputer dan melayari internet. Antara kelas yang telah saya ikuti adalah pembelajaran komputer Intel Easy Steps, Publishing, dan Microsoft Office. Selain itu, saya juga telah diberi penerangan dan taklimat cara-cara menggunakan internet dengan bijak mellaui modul MCMC iaitu Klik Dengan Bijak (KDB), Mobile E-Waste dan juga Check Your Label (CYL). Saya juga telah didedahkan dengan website terbaru untuk memastikan kesahihan sesuatu berita iaitu melalui website http://sebenarnya.my/ , “Tidak Pasti Jangan Kongsi”.
Kini saya dapat melihat banyak perubahan pada diri saya terutamanya saya mendapat ilmu pengetahuan mengenai dunia teknologi maklumat. Selain itu, saya juga sudah mampu untuk menggunakan Microsoft Office Word dengan lebih lancar dan kini juga saya telah mahir untuk menggunakan enjin carian “Google” untuk mencari maklumat yang diperlukan bagi menyelesaikan tugasan kerja kursus saya dengan bantuan minima daripada petugas Pi1M.