TAJUK : USAHAWAN

NAMA : FAZURA BINTI ABD GHANI

UMUR : 33 TAHUN

AHLI   :  17 NOV 2017

LATAR BELAKANG : 

Jarak di antara Pidengan rumah saya tidak melebihi 5 kilometer, maka mudah bagi saya untuk berkunjung ke Pusat Internet Ulu Sepri ini jika terdapat kelapangan pada hari biasa atau pada hujung minggu.Sebelum saya mengusahakan jualan kuih-kuih sejuk beku dan aneka jenis roti, saya adalah seorang pekerja swasta yang bekerja waktu shif. Ini agak menyukarkan saya untuk menjaga anak-anak memandangkan saya telah berkahwin dan mempunyai dua orang anak.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PI :

Saya tidak mendapat pendedahan yang mendalam mengenai ilmu kemahiran keusahawanan ini. Hal ini kerana, sebelum ini saya hanya mengetahui asas-asas keusahawanan sahaja dan tidak pernah mengikuti mana-mana kelas keusahawanan. Pendek kata, saya mempunyai ilmu yang agak cetek di dalam bidang ini dan berminat dan bersemangat untuk menimba sesuatu yang baru bagi menjamin masa depan saya di samping dapat menjana pendapatan sampingan kelak.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PI

Terdapat banyak perubahan yang dapat dilihat selepas tamat latihan kemahiran keusahawanan yang saya sertai di Pusat Internet Ulu Sepri ini. Atas usaha gigih dan dengan bantuan kemahiran keusahawanan yang dipelajari di Pi kini saya mampu untuk menambah lagi peralatan untuk memperbanyakkan lagi produk-produk sejuk beku saya.

Jika terdapat sebarang permasalahan yang berkaitan dengan teknologi maklumat saya akan segera merujuk kepada petugas Pi. Dengan adanya bantuan yang berterusan daripada pihak Pi secara tidak langsung, hasil jualan yang dahulunya hanya mencecah RM250 satu hari kini mampu mencecah RM500 kerana mendapat banyak tempahan dari pelanggan.

 

WhatsApp Image 2017 11 06 at 15.24.31 22554724 1511310942256214 9211761760552119384 n