TAJUK : CELIK IT
NAMA : SITI NUR AISHAH BINTI MOHD RIZAL
UMUR : 12 TAHUN
AHLI : 2 FEBRUARI 2012
LATAR BELAKANG :
Saya merupakan komuniti yang menetap di Kg Seperi bersama keluarga saya. Oleh hal yang demikian, jarak di antara Pusat internet Ulu Sepri dengan rumah saya hanya 2 kilometer sahaja yang membolehkan saya berkunjung ke Pi berjalan kaki mahupun membonceng basikal. Saya seringkali berkunjung ke Pi1M bersama-sama dengan kawan-kawan saya untuk mengulangkaji pelajaran disamping mengikuti setiap kelas atau latihan ICT yang dijalankan oleh petugas.
SEBELUM PENGGUNAAN ICT :
Memandangkan saya baru sahaja berusia 12 tahun dan bakal menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini, saya merasakan saya perlu mempelajari menggunakan komputer dan internet. Hal ini demikian kerana, di sekolah guru-guru seringkali memberi tugasan yang memerlukan saya untuk mencari maklumat atau bahan-bahan pelajaran melalui internet.
Namun demikian, saya tidak mahir menggunakan komputer dan internet pada usia saya sekarang. Atas galakan keluarga dan kawan-kawan akhirnya saya berkunjung ke Pi untuk mendapatkan khidmat nasihat daripada petugas. Setelah mendapat kata putus, saya mengambil keputusan untuk mendaftar sebagai ahli Pi dengan bayaran RM5.00 untuk seumur hidup. Dengan mendaftar menjadi ahli saya kini boleh mengikuti kelas dan latihan yang dijalankan secara percuma.
SELEPAS PENGGUNAAN ICT :
Setelah mengikuti beberapa siri latihan dan program yang dianjurkan di Pi, saya kini lebih berkeyakinan untuk menggunakan komputer dan internet dengan bantuan yang minima daripada petugas. Antara kelas yang telah saya ikuti adalah pembelajaran komputer Intel Easy Steps, Publishing, Klik Dengan Bijak dan Microsoft Office.
Terdapat banyak perubahan yang dapat dilihat terutamanya saya mendapat ilmu pengetahuan mengenai dunia teknologi maklumat. Selain itu, saya juga sudah boleh menggunakan Microsoft Office Word dengan lebih lancar dan kini saya sudah mahir menggunakan enjin carian “Google” untuk mencari maklumat yang saya perlukan. Di samping itu, saya juga telah mahir menggunakan web browser Youtube untuk menonton video-video yang berkaitan dengan pelajaran saya dan yang berkaitan dengan isu semasa.