TAJUK : SURPRISE DELIVERY (AL ZAHRA GIFT JELEBU)

NAMA : HAFIRA BINTI MAURIS

UMUR : 38 TAHUN

AHLI   :  12 JULAI 2014

LATAR BELAKANG :

Puan Hafira merupakan penaung bagi syarikat Al Zahra Gift Jelebu dan syarikat ini merupakan perniagaan berbentuk Surprise Delivery. Perkhidmatan Surprise Delivery yang diusahakan oleh Puan Hafira merupakan perkhidmatan yang pertama di Jelebu dan perniagaan ini telah dimulakan semenjak tahun 2017. Puan Hafira memulakan perkhidmatan Surprise Delivery ini kerana mempunyai minat yang mendalam dalam menghasilkan gubahan yang pelbagai. Puan Hafira memulakan perniagaan ini daripada rumah dan semakin hari perkhidmatan Surprise Delivery ini mendapat sambutan yang begitu menggalakkan daripada masyarakat setempat dan masyarakat luar.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PI :

Puan Hafira mengakui bahawa beliau sememangnya tidak begitu mahir menggunakan komputer dan internet. Hal ini demikian kerana, Puan Hafira lebih selesa menggunakan telefon bimbit sebagai medium mempromosikan perkhidmatan Surprise Delivery beliau.

Puan Hafira sememangnya jarang menggunakan komputer dan internet. Oleh sebab itu, Puan Hafira mengambil keputusan untuk berkunjungi ke Pusat Internet Ulu Seperi dan  ingin mempelajari mengenai asas komputer dan keusahawanan kerana beliau merasakan Pusat Internet Ulu Seperi merupakan institusi yang sesuai bagi mempelajari mengenai komputer dan internet.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PI :

Jika mempunyai masa yang terluang, Puan Hafira akan mengunjungi Pusat Internet Ulu Seperi dan akan mempelajari mengenai asas komputer dan internet. Di samping itu juga, Puan Hafira juga telah mempelajari tentang ilmu keusahawanan daripada petugas. Selepas mengikuti beberapa siri latihan dan kelas yang dianjurkan oleh Pusat Internet, petugas kini bertambah yakin untuk menggunakan komputer dan internet dengan hanya bantuan yang minimal daripada petugas.

Selain itu, terdapat permintaan yang begitu memberangsangkan terhadap perkhidmatan Surprise Delivery ini dan pendapatan kasar Puan Hafira boleh mencecah RM2500.00 sebulan. Dalam masa satu minggu sekurang-kurangnya beliau akan mendapat lima orang pelanggan yang menggunakan perkhdimatan Surprise Delivery Puan Hafira. Hal ini kerana, Puan Hafira mengaplikasikan ilmu keusahawanan yang beliau peroleh daripada Pusat Internet ke dalam perniagaan beliau.

delivery 1 delivery 2

delivery 3 delivery 4

TAJUK : DIANZ KOSMETIK DAN PRODUK SARANG BURUNG LOVLIN BIRD’S

NAMA : NOOR FARAHIM BINTI JAMLUDIN

UMUR : 30 TAHUN

AHLI   :  11 JULAI 2010

LATAR BELAKANG :

Puan Farahim merupakan seorang wanita yang telah berkeluarga dan mempunyai dua orang cahaya mata dan kini menetap di Kg Sepri Tengah bersama suami dan anak-anak beliau. Kerja hakiki Puan Farahim ialah menjadi Pembantu Am di Kantin Hospital Jelebu di bawah kendalian Sapinah Teknik Enterprise.

Namun, disebabkan oleh kekangan ekonomi masa kini, Puan Farahim mengambil keputusan untuk mencuba menjadi dropsip / ejen bagi produk Dianz Kosmetik dan juga Produk Sarang Burung Lovlin Bird’s.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PI :

Memandangkan Puan Farahim dan petugas Pusat Internet Ulu Sepri merupakan rakan kenalan, maka Puan Farahim mengambil keputusan untuk mengunjungi Pusat Internet dan mengikuti kelas-kelas dan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan seperti kelas keusahawanan bagi menambahkan pengetahuan sedia ada beliau.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PI :

Puan Farahim kini telah mampu untuk menggunakan media sosial baru iaitu Facebook sebagai medium mempromosikan produk jualan beliau. Dengan ilmu kemahiran keusahawanan yang diperoleh daripada petugas Pusat Internet, Puan Farahim dapat meningkatkan hasil jualan dan seterusnya produk jualan beliau kini lebih dikenali oleh komuniti setempat dan komuniti luar. Di samping itu, Puan Farahim juga kini lebih berkeyakinan untuk membuat aktiviti promosi di akaun Facebook beliau. Puan Farahim juga kini mampu untuk menggunakan komputer dan internet dengan hanya bantuan minimal daripada petugas.

q2 2 q2 1

TAJUK : COKLAT CHOCO YUMMY DAN BROWNIES

NAMA : SITI SABIRAH BINTI ABU SAMAH

UMUR : 29 TAHUN

AHLI   :  24 JULAI 2016

LATAR BELAKANG :

Puan Sabirah merupakan seorang wanita yang telah mendirikan rumah tangga dan telah dikurniakan seramai tiga orang cahaya mata. Puan Sabirah juga merupakan seorang suri rumah sepenuh masa yang menguruskan anak-anak dan suami. Puan Sabirah menetap di Kampung Simpang Gelami iaitu anggaran 20 minit untuk berkunjung ke Pusat Internet Kg Seperi.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PI :

Sebelum berkunjung ke Pusat Internet, Puan Sabirah sememangnya kurang berkemahiran dan kurang berkeyakinan jika urusan yang melibatkan komputer dan internet. Oleh hal yang demikian, Puan Sabirah menghubungi petugas di Pusat Internet untuk membuat temu janji kelas atau latihan keusahawanan yang bakal disertai oleh Puan Sabirah.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PI :

Sejurus mempelajari cara-cara untuk membuat promosi dan posting yang menarik, pelanggan Puan Sabirah telah bertambah dari hari ke hari. Selain itu, beliau juga mendapat maklum balas yang begitu memberangsangkan daripada para pelanggan yang telah mencuba produk yang dijual oleh Puan Sabirah. Dengan adanya peningkatan pelanggan dari semasa ke semasa membolehkan Puan Sabirah meningkatkan lagi pendapatan sampingan beliau bagi membantu membiayai kos sara hidup yang kian meningkat kini.

choco yummy 1 choco yummy 3

choco yummy 4 choco yummy 11

TAJUK : CELIK IT

NAMA : MOHD NUR AMIROL ADAM

UMUR : 11 TAHUN

AHLI   :  1 JUN 2017

LATAR BELAKANG : 

Adik Adam merupakan komuniti setempat yang menetap di Kampung Seperi Tengah bersama keluarganya. Adik Adam bersekolah di Sekolah Kebangsaan Sepri Tengah dan kini berada di darjah lima. Adik Adam telah menjadi ahli berdaftar Pusat Internet semenjak tahun 2017 lagi. Jarak antara rumah Adik Adam dan Pusat Internet Ulu Seperi hanya mengambil masa dalam 10 minit sahaja. Adik Adam selalu mengunjungi Pusat Internet bersama rakan-rakan yang lain dengan menaiki basikal atau berjalan kaki.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT :

Seiring dengan negara kita yang kian pesat membangun pastinya ilmu asas komputer dan internet menjadi satu kewajipan dan kemestiaan untuk setiap pelajar mempelajarinya. Oleh hal yang demikian, Adik Adam mengambil keputusan untuk mengunjungi Pusat Internet dan mendaftar sebagai ahli berbayar dengan hanya bayran RM5.00 untuk seumur hidup. Adik Adam mengambil keputusan untuk menjadi ahli berdaftar kerana sejurus selepas menjadi ahli membolehkan Adik Adam untuk mengikuti kelas-kelas dan aktiviti-aktiviti anjuran Pusat Internet secara percuma

SELEPAS PENGGUNAAN ICT :

Selepas mendaftar sebagai ahli dan mengikuti pelbagai kelas dan aktiviti yang dianjurkan, terdapat perubahan yang begitu ketara dapat dilihat pada Adik Adam. Adik Adam kini, telah mempu menggunakan komputer dan internet dengan hanya bantuan minima daripada petugas. Adik Adam juga kini mampu memberi tunjuk ajar yang mudah kepada rakan-rakan lain yang memerlukan bantuan.

Selain mempelajari asas ilmu komputer dan internet, Adik Adam juga mempelajari mengenai Advokasi Klik Dengan Bijak, ilmu asas Multimedia dan pelbagai ilmu pengetahuan yang mempunyai kaitan dengan komputer dan internet. Kini, Adik Adam lebih kerap meluangkan masa di Pusat Internet bagi menyelesaikan tugasan sekolah mahupun mengulangkaji pelajaran bersama rakan-rakan yang lain.

 

photo6118629935259166751 

TAJUK : AYAQ WORLD

NAMA : NURUL FARHANA BT AHMAD

UMUR : 30 TAHUN

AHLI   :  3 JULAI 2017

LATAR BELAKANG :

Puan Farhana merupakan seorang suri rumah sepenuh masa dan mempunyai dua orang cahaya mata. Puan Farhana kini menetap di Kampung Tembun bersama keluarga beliau.

 Minat yang mendalam untuk menceburi bidang keusahawanan mendorong Puan Farhana untuk menjinakkan diri di dalam bidang keusahawanan iaitu dengan menjadi agen/dropship yang menjual Ayaq World, Peria Chrispy Original & Spicy, Bawang Putih Chrispy dan Bayam Chrispy. Puan Farhana perlahan-lahan mencuba menceburi bidang ini kerana Puan Farhana merasakan beliau perlu membantu suaminya bagi menjana pendapatan sampingan untuk membiayai kos hidup yang semakin meningkat kini.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PI :

Pada mulanya Puan Farhana mengunjungi Pusat Internet Ulu Seperi bersama suami dan anaknya untuk menggunakan kemudahan komputer dan internet seperti pengunjung yang lain. Oleh hal yang demikian, petugas di Pusat Internet mempelawa Puan Farhana untuk mengikuti kelas keusahawanan yang dianjurkan oleh Pusat Internet Ulu Seperi. Puan Farhana bersetuju untuk menyertai kelas keusahawanan ini kerana beliau ingin menambahkan pengetahuan sedia ada beliau di samping berminat mempelajari cara-cara untuk mempromosikan lagi produk jualan beliau.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PI :

Puan Farhana kini mampu menggunakan komputer dan internet dengan yakin dengan hanya bantuan minimal daripada petugas. Lantaran, tugas hakiki Puan Farhana sebagai seorang suri rumah tangga yang menguruskan pelbagai keperluan keluarga menyebabkan beliau jarang mendapat peluang untuk mengunjungi Pusat Internet, beliau mengambil inisiatif untuk mendapatkan khidmat nasihat dan bantuan daripada petugas melalui aplikasi Whatsapp.

54514996 277664399797391 4250702370909978624 n ayaq 6