TAJUK : SURPRISE DELIVERY (AL ZAHRA GIFT JELEBU)

NAMA : HAFIRA BINTI MAURIS

UMUR : 38 TAHUN

AHLI   :  12 JULAI 2014

LATAR BELAKANG :

Puan Hafira merupakan penaung bagi syarikat Al Zahra Gift Jelebu dan syarikat ini merupakan perniagaan berbentuk Surprise Delivery. Perkhidmatan Surprise Delivery yang diusahakan oleh Puan Hafira merupakan perkhidmatan yang pertama di Jelebu dan perniagaan ini telah dimulakan semenjak tahun 2017. Puan Hafira memulakan perkhidmatan Surprise Delivery ini kerana mempunyai minat yang mendalam dalam menghasilkan gubahan yang pelbagai. Puan Hafira memulakan perniagaan ini daripada rumah dan semakin hari perkhidmatan Surprise Delivery ini mendapat sambutan yang begitu menggalakkan daripada masyarakat setempat dan masyarakat luar.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PI :

Puan Hafira mengakui bahawa beliau sememangnya tidak begitu mahir menggunakan komputer dan internet. Hal ini demikian kerana, Puan Hafira lebih selesa menggunakan telefon bimbit sebagai medium mempromosikan perkhidmatan Surprise Delivery beliau.

Puan Hafira sememangnya jarang menggunakan komputer dan internet. Oleh sebab itu, Puan Hafira mengambil keputusan untuk berkunjungi ke Pusat Internet Ulu Seperi dan  ingin mempelajari mengenai asas komputer dan keusahawanan kerana beliau merasakan Pusat Internet Ulu Seperi merupakan institusi yang sesuai bagi mempelajari mengenai komputer dan internet.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PI :

Jika mempunyai masa yang terluang, Puan Hafira akan mengunjungi Pusat Internet Ulu Seperi dan akan mempelajari mengenai asas komputer dan internet. Di samping itu juga, Puan Hafira juga telah mempelajari tentang ilmu keusahawanan daripada petugas. Selepas mengikuti beberapa siri latihan dan kelas yang dianjurkan oleh Pusat Internet, petugas kini bertambah yakin untuk menggunakan komputer dan internet dengan hanya bantuan yang minimal daripada petugas.

Selain itu, terdapat permintaan yang begitu memberangsangkan terhadap perkhidmatan Surprise Delivery ini dan pendapatan kasar Puan Hafira boleh mencecah RM2500.00 sebulan. Dalam masa satu minggu sekurang-kurangnya beliau akan mendapat lima orang pelanggan yang menggunakan perkhdimatan Surprise Delivery Puan Hafira. Hal ini kerana, Puan Hafira mengaplikasikan ilmu keusahawanan yang beliau peroleh daripada Pusat Internet ke dalam perniagaan beliau.

delivery 1 delivery 2

delivery 3 delivery 4