TAJUK : CELIK IT

NAMA : TUAN MUHAMMAD MUIZZ IRFAN BIN KAMARUL AZIZI

UMUR : 12 TAHUN

AHLI   :  23 OGOS 2017

LATAR BELAKANG : 

Adik Muizz telah menjadi ahli berdaftar Pusat Internet Kg Seperi pada 23 ogos 2017. Sejak awal penubuhan Pusat Internet ini Adik Muizz jarang berkunjung ke sini kerana agak jauh daripada kediaman beliau. Namun demikian, setelah ayah Adik Muizz yang berkhidmat sebagai guru dapat bertugas di Sekolah Kebangsaan Kg Seperi memudahkan beliau untuk seringkali berkunjung ke Pusat Internet setelah tamat sesi persekolahan.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT :

Sebelum berkunjung ke Pusat Internet, Adik Muizz juga seperti kanak-kanak yang lain, iaitu tidak tahu banyak mengenai ilmu komputer dan internet. Hal ini demikian kerana, di sekolah lazimnya para pelajar hanya di beri pendedahan mengenai asas komputer dan internet sahaja. Sebelum mempelajari mengenai ilmu ICT sememangnya beliau tidak mahir menggunakan komputer dan internet apatah lagi untuk menggunakan pelbagai perisian yang lain.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT :

Setelah berkunjung ke Pusat Internet dengan lebih kerap, kini beliau lebih berkeyakinan untuk menggunakan komputer dan internet. Hal ini demikian kerana, di Pusat Internet Adik Muizz telah mempelajari pelbagai ilmu pengetahuan menerusi kelas dan aktiviti yang telah dianjurkan oleh petugas. Antara kelas yang telah disertai oleh Adik Muizz pada tahun ini ialah kelas dashboard Komuniti, Klik dengan Bijak, Advokasi Teknologi & Anda, Web Browser kiddle.com, Microsoft Office Word dan menaip pantas, kelas keusahawanan dan pelbagai kelas yang lain.

 

akt1 4 kdb 8

lazada 9 littlechef 13