TAJUK : REMPAH SUP HERBA POWER, CHICKEN CHOP POWER, NASI LEMAK CHICKEN CHOP SECARA CASH ON DELIVEY (COD)

NAMA : SUZANA BINTI MOHD SAMSI

UMUR : 39 TAHUN

AHLI   :  31 DISEMBER 2017

LATAR BELAKANG : 

Puan Suzana merupakan seorang suri rumah tangga sepenuh masa yang menetap bersama suami di Kampung Ulu Jelebu. Puan Suzana mempunyai minat yang amat mendalam dalam bidang masakan. Memandangkan beliau mempunyai masa yang terluang beliau mengambil keputusan untuk membantu suami bagi menjana pendapatan smpingan. Oleh hal yang demikian, beliau mendapat idea untuk memulakan perniagaan secara Cash On Delivery (COD) iaitu merupakan perkhidmatan menghantar pesanan terus kepada pelanggan yang telah membuat tempahan.

Pada awalnya, beliau memproses bahan-bahan semulajadi untuk dijadikan rempah sup power dan produk ini mendapat tempahan yang amat menggalakkan. Bagi meluaskan perniagaan beliau, Puan Suzana telah membuat tempahan Chicken Chop dan juga Nasi Lemak Chicken Chop. Namun demikian, beliau merasakan bahawa beliau  perlu mempelajari lebih mendalam lagi cara-cara untuk menarik lebih ramai pelanggan dan seterusnya ingin mempromosikan produk jualan dengan lebih meluas lagi.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PI :

Sebelum berkunjung ke Pusat Internet ini,beliau hanya mempromosikan produk jualan hanya di media sosial Facebook sahaja. Namun demikian, Puan Suzana berpendapat bahawa beliau harus melakukan perubahan agar produk jualan lebih dikenali oleh masyarakat luar. Hal ini demikian kerana, Puan Suzana tidak mahir menggunakan komputer dan internet kerana sebelum ini beliau hanya menggunakan telefon bimbit sebagai alat telekomunikasi.

Puan Suzana juga tidak mahir menggunakan Microsoft Office Word, Microsoft Office Power Point dan juga Microsoft Office Excel. Pada dasarnya, Puan Suzana memerlukan kelas-kelas kemahiran keusahawanan seperti kelas Latihan Asas Media Baru, suntingan imej, sosial media dan lain-lain kelas keusahawanan.

Oleh hal yang demikian, Puan Suzana mengambil keputusan untuk menjadi ahli berdaftar Pusat Internet dan seterusnya mengikuti dan menyertai kelas-kelas atau program yang dianjurkan oleh Pusat Internet.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PI :

Memandangkan jarak rumah Puan Suzana dengan Pusat Internet Ulu Seperi agak jauh, maka beliau cuba untuk mengikuti beberapa siri latihan dan kelas yang diadakan mengikut kesesuaian masa beliau. Setelah mengikuti beberapa siri latihan dan kelas kemahiran keusahawan yang dianjurkan oleh Pusat Internet, Puan Suzana kini mampu untuk menggunakan komputer dan internet dengan hanya bimbingan yang minimal daripada petugas.

Selain itu, kini Puan Suzana juga telah mempelajari cara-cara untuk membuat posting yang menarik untuk mempromosikan produk jualan di media sosial Facebook. Terdapat perubahan yang begitu ketara yang dapat dilihat iaitu perubahan positif Puan Suzana sebelum dan selepas menyertai kelas-kelas yang telah dianjurkan.

 

rempah sup1  rempah sup2