E-LEARNING – MATHEMATICS CLASS
Tarikh : 24 Februari 2018 (Sabtu)
Masa : 10.00 Pagi – 12.30 Tengahari
Lokasi : Pusat Internet 1malaysia Ulu Sepri
Peserta : 6 Orang

 

TUJUAN  :

Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk membantu para pelajar menguasai subjek matematik dan membimbing mereka cara-cara untuk menyelesaikan persoalan yang diberikan dengan mudah.

AKTIVITI  :

  1. Petugas memberikan bahan edaran kepada peserta iaitu berbentuk soalan matematik mengikut tahap umur para peserta. Seterusnya peserta memulakan aktiviti mereka dan melakukan perbincangan bersama peserta yang lain.Dalam pada masa yang sama petugas membimbing para peserta dan bersama-sama menyelesaikan soalan yang dibekalkan.

 

Gambar Disini

ENGLISH CENTRAL – ROBIN HOOD 1
Tarikh : 18 Februari 2018 (Ahad)
Masa : 10.00 Pagi – 12.30 Tengahari
Lokasi : Pusat Internet 1malaysia Ulu Sepri
Peserta : 7 Orang

 

TUJUAN  :

English Central merupakan penyedia penyelesaian dalam Bahasa Inggeris atas talian. Platform English Central menggabungkan video Bahasa Inggeris terbaik, oleh itu antara tujuannya adalah dapat mempelajari sistem perbendaharaan kata,tutorial secara langsung dan meningkatkan tahap penguasaan peserta dari segi kosa kata dan juga sebutan.

AKTIVITI  :

  1. Petugas meminta para peserta untuk membuka laman web English Central iaitu www.englishcentral.com. Seterusnya petugas meminta peserta untuk memilih video kategori kanak-kanak yang bertajuk Robin Hood 1.Peserta menonton video secara keseluruhan terlebih dahulu,seterusnya, peserta bersama-sama membaca perkataan ( learn the words) dan seterusnya mempelajari untuk menyebut perkataan dengan sebutan yang betul dan tepat (speak the lines).Peserta dapat mempelajari sebanyak 137 perkataan dalam Bahasa Inggeris menerusi video ini.

 

Gambar Disini

PROGRAM KESEDARAN ICT DAN KLIK DENGAN BIJAK
Tarikh : 10 Februari 2018 (Sabtu)
Masa : 10.00 Pagi – 12.30 Tengahari
Lokasi : Pusat internet 1malaysia Ulu Sepri
Peserta : 9 Orang

 

TUJUAN  :

  • Memberi kesedaran kepada para peserta mengenai kepentingan mempelajari dan menguasai bidang komputer.

 

AKTIVITI  :

  • Petugas memberikan pendedahan tentang kemahiran menggunakan komputer untuk persediaan menghadapi dunia teknologi masa kini antaranya :
  • Untuk memproses dan menyimpan maklumat
  • Untuk memperoleh ilmu pengetahuan dan berita semasa
  • Untuk memudahakn pelajar berkomunikasi secara maya dengan guru mahupun rakan
  • Untuk dijadikan alat mengulangkaji pelajaran
  • Untuk memberikan hiburan dan kegembiraan kepada pelajar
  • Menjadi bahan dakwah kepada pelajar
  • Petugas juga menerangkan mengenai Klik Dengan Bijak penggunaan komputer dan internet

 

Gambar Disini

E-LEARNING – WORDS SEARCH PUZZLES
Tarikh : 11 Februari 2018 (Ahad)
Masa : 10.00 Pagi – 12.00 Tengahari
Lokasi : Pusat Internet 1malaysia Ulu Sepri
Peserta : 4 Orang

 

TUJUAN  :

  • Antara tujuan aktiviti ini ialah :
  • Dapat mencerdaskan minda para peserta
  • Para peserta dapat meningkatkan perbendaharaan kata dalam penggunaan Bahasa Inggeris
  • Dapat memupuk sifat sabar dalam diri peserta

 

AKTIVITI  :

  • Petugas mengedarkan bahan edaran kepada para peserta
  • Petugas menerangkan cara-cara untuk menyelesaikan aktiviti berkenaan
  • Peserta memulakan aktiviti
  • Petugas membimbing setiap peserta kerana peserta terdiri daripada tahap umur yang berbeza
  • Peserta membantu sesama mereka untuk menyelesaikan aktiviti
  • Petugas menerangkan maksud setiap perkataan yang terdapat pada bahan edaran

 

Gambar Disini

 

 

KELAS DASHBOARD KOMUNITI

Tarikh : 7 Februari 2018 (Rabu)
Masa : 3.00 Petang – 5.00 Petang
Lokasi : Pusat internet 1malaysia Ulu Sepri
Peserta : 11 Orang

 

TUJUAN  :

  • Memberi pendedahan keseluruhan kepada para peserta mengenai Dashboard Komuniti terutamanya My Komuniti

 

AKTIVITI  :

  • Petugas membuka laman sesawang Dashboard Komuniti di Smartboard
  • Petugas meminta para peserta untuk menggunakan enjin carian google dan menaip dashboard.pi1m.my
  • Peserta memasukkan ID dan juga kata laluan
  • Sesi penerangan daripada petugas
  • Peserta membuat pengumuman di Dashboard komuniti masing-masing

 

Gambar Disini