ENGLISH CENTRAL – ROBIN HOOD 1
Tarikh : 18 Februari 2018 (Ahad)
Masa : 10.00 Pagi – 12.30 Tengahari
Lokasi : Pusat Internet 1malaysia Ulu Sepri
Peserta : 7 Orang

 

TUJUAN  :

English Central merupakan penyedia penyelesaian dalam Bahasa Inggeris atas talian. Platform English Central menggabungkan video Bahasa Inggeris terbaik, oleh itu antara tujuannya adalah dapat mempelajari sistem perbendaharaan kata,tutorial secara langsung dan meningkatkan tahap penguasaan peserta dari segi kosa kata dan juga sebutan.

AKTIVITI  :

  1. Petugas meminta para peserta untuk membuka laman web English Central iaitu www.englishcentral.com. Seterusnya petugas meminta peserta untuk memilih video kategori kanak-kanak yang bertajuk Robin Hood 1.Peserta menonton video secara keseluruhan terlebih dahulu,seterusnya, peserta bersama-sama membaca perkataan ( learn the words) dan seterusnya mempelajari untuk menyebut perkataan dengan sebutan yang betul dan tepat (speak the lines).Peserta dapat mempelajari sebanyak 137 perkataan dalam Bahasa Inggeris menerusi video ini.

 

Gambar Disini