Kelas PIK Rural E-Tuisyen Tahun 6 – Subjek Matematik, Sains & Bahasa Inggeris |
|
Tarikh |
: 22 Mei 2021 |
Masa |
: 9.30 Pagi – 4.15 Petang |
Lokasi |
: Pusat Internet Ulu Sepri |
Peserta |
: 1 Orang |
TUJUAN:
- Menawarkan pendidikan alaf baru yang telah diperkasakan dengan datangnya norma baru bagi kemudahan komuniti setempat
- Pusat Internet Komuniti bergerak seiring dengan tuntutan baru dengan menyediakan Kelas Tuisyen Online dengan harga yang berpatutan
- Mempromosikan kemudahan dan perkhidmatan yang ada di PIK Ulu Seperi iaitu bilik latihan yang sangat kondusif dan dilengkapi dengan penghawa dingin
- Memberikan perkhidmatan E-Tuisyen kepada para pelajar Tahun 6
- Pelajar dapat mengikuti 4 Kelas E-Tuisyen iaitu bagi subjek Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris
AKTIVITI:
- Aktiviti dimulakan dengan petugas memberikan penerangan kepada pelajar yang terlibat mengenai Kelas E-Tuisyen akan berlangsung iaitu dengan menggunakan Aplikasi Zoom Meeting
- Petugas memberi tunjuk ajar dan penerangan cara-cara untuk menggunakan Aplikasi Zoom Meeting
- Petugas menyediakan nota kelas sebagai rujukan kepada pelajar yang terlibat
- Petugas memantau sepanjang kelas E-Tuisyen ini berlangsung
Kelas Multimedia – Video Maker |
|
Tarikh |
: 22 Mei 2021 |
Masa |
: 10.00 Pagi – 12.00 Tengahari |
Lokasi |
: Group Whatsapp Pusat Internet Ulu Sepri |
Peserta |
: 10 Orang |
TUJUAN:
- Memperkenalkan aplikasi atas talian bagi menghasilkan sebuah video yang menarik dan ringkas
- Dapat membantu komuniti setempat untuk mendalami bidang multimedia iaitu menghasilkan video
- Para peserta dapat menghasilkan video yang menarik dan mudah mengikut kreativiti masing-masing
AKTIVITI:
- Aktiviti dimulakan dengan petugas menerangkan mengenai aktiviti yang akan dijalankan iaitu Kelas Multimedia – Video Make
- Petugas menyediakan link laman sesawang https://clideo.com/ bagi memudahkan para peserta untuk memulakan proses mengedit video
- Kemudian, petugas memberi penerangan ringkas mengenai tools yang terdapat di dalam sesawang ini seperti crop video dan reverse video
- Petugas menghantar tangkapan skrin (screenshot) bagi memudahkan pemahaman para peserta
Latihan Keusahawanan – Ideas For My Dream Garden |
|
Tarikh |
: 17 Mei 2021 |
Masa |
: 03.00 Petang - 05.00 Petang |
Lokasi |
: Group Whatsapp Pusat Internet Ulu Sepri |
Peserta |
: 10 Orang |
TUJUAN:
- Melalui laman web yang disediakan ini, dapat memberi idea tentang perancangan tanaman kebun secara kecil-kecilan
- Memperkenalkan idea cara penambahan sistem penyiraman yang mudah kepada para pekebun
- Dapat menggalakkan usahawan yang ingin memulakan perniagaan pertanian untuk menambahkan lagi ilmu di dalam bidang ini
AKTIVITI:
- Petugas memberi penerangan mengenai aktiviti yang akan dijalankan iaitu Latihan Keusahawanan – Ideas For My Dream Garden
- Kemudian, para peserta diajar menggunakan laman sesawang https://www.gardena.com/int/garden-life/garden-planner/ bagi menjana idea bagaimana untuk menghasilkan sebuah kebun yang lebih sistematik dan terancang mengikut kapasiti kawasan tanaman yang ada
- Petugas telah menyediakan video ringkas dan mudah bagaimana untuk melayari laman sesawang ini seperti cara pemilihan luas kawasan tanaman, jenis tanaman yang diperlukan, sistem pemasangan air siraman dan sebagainya
-
Sesi soal jawab turut dijalankan bagi menambahkan pemahaman peserta.
Pembelajaran – Mahir Menaip |
|
Tarikh |
: 19 Mei 2021 |
Masa |
: 02.30 Petang - 04.30 Petang |
Lokasi |
: Group Whatsapp Pusat Internet Ulu Sepri |
Peserta |
: 10 Orang |
TUJUAN:
- Menjadi salah satu kaedah untuk melatih kemahiran menaip dengan lebih pantas
- Meningkatkan kemahiran penggunaan tetikus dan papan kekunci
- Dapat melatih para peserta teknik menaip dengan pantas tanpa mencari dan melihat papn kekunci
- Memberi pendedahan kepada para peserta mengenai fungsi Pusat Internet
AKTIVITI:
- Aktiviti dimulakan dengan petugas memberi penerangan mengenai aktiviti yang akan dijalankan iaitu Kelas Mahir Menaip dengan menggunakan aplikasi secara atas talian
- Kemudian petugas menghantar link laman sesawang yang perlu dilayari untuk menyertai aktiviti ini iaitu di https://www.kidztype.com/
- Petugas memberi cadangan agar para peserta yang ingin memyertai aktiviti ini agar bermula dengan tahap 1 bagi mereka yang baru belajar menaip
Permainan Dam & Chess Online Training |
|
Tarikh |
: 15 Mei 2021 |
Masa |
: 12.00 Tengahari - 02.30 Petang |
Lokasi |
: Group Whatsapp Pusat Internet Ulu Sepri |
Peserta |
: 10 Orang |
TUJUAN:
- Memperkenalkan laman sesawang https://cardgames.io/checkers/ kepada komuniti setempat
- Dapat melatih para peserta untuk menjadi seseorang yang hebat dalam permainan Dam Haji dan Chess secara atas talian
- Dapat memupuk semangat bersaing dalam diri para peserta untuk memenangi pertandingan Dam Haji
- Para peserta dapat mengisi masa yang terluang dengan melakukan aktiviti yang berfaedah
AKTIVITI:
- Aktiviti dimulakan dengan petugas menerangkan mengenai aktiviti yang akan dijalankan iaitu permainan Dam dan Chess secara atas talian
- Petugas memperkenalkan laman sesawang https://cardgames.io/checkers/ kepada komuniti setempat
- Petugas menghantar tangkapan skrin (screenshot) sebagai rujukan kepda para peserta yang ingin mengambil bahagian