TUJUAN:

  • Melalui laman web yang disediakan ini, dapat memberi idea tentang perancangan tanaman kebun secara kecil-kecilan
  • Memperkenalkan idea cara penambahan sistem penyiraman yang mudah kepada para pekebun
  • Dapat menggalakkan usahawan yang ingin memulakan perniagaan pertanian untuk menambahkan lagi ilmu di dalam bidang ini

 

AKTIVITI:

  • Petugas memberi penerangan mengenai aktiviti yang akan dijalankan iaitu Latihan Keusahawanan – Ideas For My Dream Garden
  • Kemudian, para peserta diajar menggunakan laman sesawang https://www.gardena.com/int/garden-life/garden-planner/ bagi menjana idea bagaimana untuk menghasilkan sebuah kebun yang lebih sistematik dan terancang mengikut kapasiti kawasan tanaman yang ada
  • Petugas telah menyediakan video ringkas dan mudah bagaimana untuk melayari laman sesawang ini seperti cara pemilihan luas kawasan tanaman, jenis tanaman yang diperlukan, sistem pemasangan air siraman dan sebagainya
  • Sesi soal jawab turut dijalankan bagi menambahkan pemahaman peserta.

Galeri Gambar