TAJUK : TELAGA EMAS CHE’PAH ENTERPRISE

NAMA : SHARIFAH ROHAIZAH AL QADRY

UMUR : 36 TAHUN

AHLI : 2020

LATAR BELAKANG :

Puan Sharifah lebih dikenali sebgai Kak pah merupakan seorang wanita yang telah berkeluarga dan mempunyai tiga  orang cahaya mata dan kini menetap di Taman Klawang Jaya bersama suami dan anak-anak beliau. Kak pah bekerja sepenuh masa sebagai peniaga.

Kak Pah juga membantu peniaga lain untuk meletakkan barang jualan mereka di gerai Kak pah. Gerai kak pah sememangnya menjadi tumpuan kerana bersebelahan dengan Maybank. 

 

SEBELUM PENGGUNAAN ICT :

Sebelum ini Kak pah hanya menggunakan telefon bimbit sebagai medium untuk mempromosikan produk jualan beliau ,kemudian  beliau mengambil keputusan untuk mengunjungi Pusat Internet. Selain itu, Kak pah sememangnya tidak mempunyai kemahiran dalam penggunaan komputer dan internet. Sebelum berkunjung ke Pusat Internet juga, aktiviti promosi dan jualan produk kurang mendapat sambutan daripada para pelanggan.

Oleh hal yang demikian, memandangkan Kak pah dan petugas Pusat Internet Ulu Sepri merupakan rakan kenalan, maka Kak pah mengambil keputusan untuk mengunjungi Pusat Internet dan mengikuti kelas-kelas dan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan seperti kelas keusahawanan bagi menambahkan pengetahuan sedia ada beliau.

 

SELEPAS PENGGUNAAN ICT :

Kak pah akan mengunjungi Pusat Internet Ulu Seperi jika mempunyai kelapangan masa ekoran kekangan waktu bekerja. Namun demikian, Kak pah merupakan seorang yang cepat belajar dan sentiasa fokus dalam kelas yang beliau ikuti. Terdapat perubahan yang begitu ketara yang dapat dilihat pada Kak pah setelah mengikuti beberapa siri latihan yang dianjurkan oleh Pusat Internet.

Kak pah kini telah mampu untuk menggunakan media sosial baru iaitu Facebook dan Instagram sebagai medium mempromosikan produk jualan beliau. Dengan ilmu kemahiran keusahawanan yang diperoleh daripada petugas Pusat Internet, Kak pah dapat meningkatkan hasil jualan dan seterusnya produk jualan beliau kini lebih dikenali oleh komuniti setempat dan komuniti luar. Di samping itu, Kak pah juga kini lebih berkeyakinan untuk membuat aktiviti promosi di akaun Facebook beliau. Kak pah juga kini mampu untuk menggunakan komputer dan internet dengan hanya bantuan minimal daripada petugas.

 

WhatsApp Image 2020-03-11 at 3.43.22 PM (3).jpeg  WhatsApp Image 2020-03-11 at 3.43.21 PM (1).jpeg