TAJUK : KEYCHAIN SULAM KAIT & DROPSHIP MENJUAL BISKUT-BISKUT TRADISIONAL
NAMA : ZALIAH BINTI SUMERI
UMUR : 30 TAHUN
AHLI : 2019
LATAR BELAKANG :
Puan Zaliah berasal dari Teluk Panglima Garang, Selangor dan kini menetap di Kampung Seperi Tengah setelah mendirikan rumah tangga. Puan Zaliah kini menetap bersama suami dan keluarga mertua beliau di Kampung Seperi Tengah. Pada awalnya, ibu mertua Puan Zaliah terlebih dahulu mengusahakan Keychain Sulam Kait. Namun demikian, Puan Zaliah berminat untuk mempelajari cara-cara untuk menghasilkan keychain sulam kait juga bagi mengisi masa yang terluang.
SEBELUM PENGGUNAAN ICT :
Sebelum penggunaan ICT di Pusat Internet Ulu Seperi, Puan Zaliah hanya menggunakan telefon bimbit sepenuhnya bagi tujuan promosi dan juga berhubung dengan pelanggan. Puan Zaliah sememangnya tidak mahir dalam menggunakan komputer dan internet begitu juga dengan hal-hal yang berkaitan dengan teknologi maklumat.
Oleh hal yang demikian, Puan Zaliah seringkali mengunjungi Pusat Internet Ulu Seperi jika terdapat masa yang terluang untuk mempelajari mengenai komputer dan internet. Di samping itu, Puan Zaliah turut berminat untuk mempelajari kemahiran keusahawanan dan juga berminat untuk mempelajari mengenai Dashboard Komuniti terutamanya bagi kategori My Shop kerana kategori ini dicpta khas untuk para usahawan tempatan mempromosikan produk jualan mereka.
SELEPAS PENGGUNAAN ICT :
Setelah mengikuti beberapa siri latihan di Pusat Internet, terdapat perubahan yang dapat dilihat pada Puan Zaliah iaitu beliau kini sudah mampu untuk menggunakan komputer dan internet sebagai platform untuk mempromosikan produk jualan beliau. Selain itu, di Facebook milik Puan Zaliah juga dapat dilihat rakan-rakan beliau di media sosial berkenaan seringkali berkongsi gambar-gambar sulam kait yang menarik untuk dikongsi bersama Puan Zaliah dan secara tidak langsung Puan Zaliah dapat menjana idea untuk menghasilkan keychain sulam yang lebih kreatif dan menarik.
Selain itu, Puan Zaliah turut mengambil bahagian di dalam aktiviti keusahawanan yang dianjurkan oleh Pusat Internet semasa Program Lestari ICT & Cakna Kesihatan pada bulan Ogos yang lalu. Semasa program tersebut Puan Zaliah berpeluang untuk mempromosikan dan memasarkan produk jualan beliau iaitu keychain sulam kait dan juga biskut-biskut tradisional. Pada 31 Ogos yang lalu juga, Puan Zaliah telah mengambil peluang untuk berniaga sempena Program Sambutan Kemerdekaan komuniti Peringkat Daerah Dan Kenduri Kampung Seperi anjuran MPKK Kg Seperi. Hal ini secara tidak langsung dapat meningkatkan keyakinan Puan Zaliah untuk terus menceburi bidang keusahawanan.