TAJUK : CELIK IT

NAMA : NUR SYAFIQAH

UMUR : 20 TAHUN

AHLI : 1 SEPTEMBER 2013

LATAR BELAKANG :

Syafiqah merupakan seorang pelajar yang bakal menamatkan pendidikan Diploma di Kolej Vokasional Kuala Klawang. Syafiqah menetap di Kampung Seperi Ulu bersama keluarga beliau. Kediaman beliau dengan Pusat Internet Ulu Seperi hanya 1.5 Kilometer sahaja dan ini memudahkan Syafiqah untuk lebih kerap mengunjungi Pusat Internet untuk menyelesaikan tugasan kolej yang diberikan oleh pensyarah beliau.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT :

Sebelum penglibatan di Pusat Internet, Syafiqah sudah mempunyai kemahiran asas dalam penggunaan komputer dan internet. Namun demikian, terdapat tugasan daripada pensyarah yang memerlukan Syafiqah untuk mengunjungi Pusat Internet dan memerlukan bantuan daripada petugas untuk menyelesaikan tugasan tersebut.

Oleh hal yang demikian, Syafiqah mengambil keputusan untuk mengunjungi Pusat Internet Ulu Seperi memandangkan terdapat pelbagai kemudahan dan perkhidmatan yang ditawarkan bagi memudahkan beliau untuk menyelesaikan pelbagai urusan. Selain itu, walaupun mempunyai kemahiran asas dalam penggunaan komputer dan internet, Syafiqah merasakan beliau perlu mempelajari mengenai ilmu-ilmu teknologi maklumat yang lain bagi persediaan masa hadapan beliau untuk menceburi bidang kerjaya kelak. Oleh itu, Syafiqah mengambil keputusan untuk mengunjungi Pusat Internet dan mendaftar sebagai ahli bagi mengikuti siri latihan dan kelas yang dianjurkan oleh petugas.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT :

Setelah mengikuti beberapa siri latihan dan kelas di Pusat Internet Ulu Seperi, Syafiqah kini mampu untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh pensyarah tepat pada waktunya dengan menggunakan segala kemudahan dan perkhidmatan yang terdapat di Pusat Internet. Syafiqah seringkali mengunjungi Pusat Internet dengan ditemani oleh rakan kolej beliau bagi memudahkan urusan perbincangan tugasan.

Terdapat perubahan ketara yang dapat dilihat pada diri Syafiqah setelah mengikuti beberapa siri latihan dan kelas yang dianjurkan oleh petugas. Hal ini demikian kerana, Syafiqah lebih berkeyakinan ketika melayari internet dan hanya memerlukan bantuan yang minimal daripada petugas. Selain itu, Syafiqah juga kini mampu memberi tunjuk ajar kepada rakan kolej yang lain jika mereka memerlukan bantuan.