TAJUK : MENCUCI KERETA DAN JUGA POLISH KERETA

NAMA : MOHAMAD HAFIZ B NASARUDIN

UMUR : 29TAHUN

AHLI   :  18 JANUARI 2018

LATAR BELAKANG : 

Encik Hafiz telah memulakan perniagaan mencuci kereta dan polish kereta pada Januari 2018 sebagai salah satu inisiatif beliau untuk menambah pendapatan sampingan bagi membantu meningkatkan lagi pendapatan keluarga. Beliau menjalankan perkhidmatan mencuci kereta dan polish kereta ini di kawasan kediaman beliau sendiri iaitu di Taman Pembina Jaya Kuarters JKR Jelebu Kuala Klawang.

Encik Hafiz seringkali mengunjungi Pusat Internet Ulu Seperi kerana beliau mempunyai kenalan di sini yang boleh membantu beliau untuk mempromosikan perkhidmatan yang beliau tawarkan. Jarak perjalanan dari kediaman beliau ke Pusat Internet mengambil masa kira-kira 15 minit sahaja

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat internet :

Sebelum mengunjungi Pusat Internet dan menggunakan kemudahan dan perkhidmatan yang ditawarkan Encik Hafiz hanya mempunyai pengetahuan asas dalam bidang teknologi maklumat. Selain itu,  Encik Hafiz hanya menggunakan media sosial Facebook   Encik Hafiz sebagai medium untuk menghubungi rakan-rakan sahaja.

 Di samping itu juga Encik Hafiz tidak begitu mahir menggunakan Microsoft Office Word, Microsoft Office Power Point dan juga Microsoft Office Excel.  Encik Hafiz  juga tidak tahu cara-cara untuk membuat posting dan membuat iklan yang menarik bagi menarik orang ramai menggunakan perkhidmatan yang beliau tawarkan iaitu mencuci kereta dan polish kereta. Oleh hal yang demikian, beliau mengambil keputusan untuk mengunjungi Pusat Internet dan mengikuti kelas-kelas dan aktiviti yang dianjurkan oleh petugas.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat internet :

Terdapat perubahan yang begitu ketara dapat dilihat kepada  Encik Hafiz setelah mengikuti beberapa siri latihan dan kelas yang telah disertai oleh beliau. Beliau kini boleh menggunakan komputer dan internet dengan hanya bimbingan minimal daripada petugas 

Di samping itu, dengan adanya ilmu keusahawanan yang diperoleh oleh Encik Hafiz, beliau kini lebih yakin untuk membuat iklan mengenai perkhidmatan mencuci kereta dan polish kereta di Facebook dan juga di aplikasi Whatsapp. Melalui ilmu pengetahuan yang dimiliki juga, beliau mampu untuk menambah bilangan pelanggan dan secara tidak langsung dapat meningkatkan lagi pendapatan sampingan beliau.

Jika terdapat sebarang permasalahan yang berkaitan dengan teknologi maklumat beliau akan segera merujuk kepada petugas Pusat Internet melalui aplikasi Whatsapp jika tidak mempunyai masa untuk berkunjung ke Pusat Internet. Secara keseluruhannya, kini Encik Hafiz lebih berkeyakinan dan bersemangat bagi meneruskan perniagaan mencuci kereta dan polish kereta beliau.

 

polish polish2layer